Daging salai masak lemak ialah hidangan tradisional Negeri Sembilan yang menggunakan daging yang telah diasap dan dimasak dengan santan kelapa serta rempah ratus. Bahan-bahan utama termasuk daging salai, santan kelapa, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, daun kunyit, daun limau purut dan bumbu-bumbu yang lain.
Untuk memasaknya, tumis dahulu bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan daging salai dan kacau sebentar. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Apabila hampir masak, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga kuah pekat dan minyak santan timbul ke permukaan.
1. Resepi Daging Salai Masak Lemak
Bahan-bahan
- Daging
Bahan blend
- Cili padi
- Kunyit
Cara buat Daging Salai Masak Lemak
- Bersihkan daging. Kelar sikit lepastu gaul dengan kunyit. Bakar atas arang tu.
Bakar sampai kering. - Selepas itu angkat dan hiris.
- Cili padi ikut suka macam kami 50 batang cili padi hijau dan merah. Blend dengan kunyit hidup sekali.
- Kalau suka tambah bawang. Tambah lah bawang kecik. Ikut suka.
- Selepas itu kita rebus daging yang dihiris. Dengan cili padi yang dah di blend. Masukkan serai yang dah diketuk dengan daun kunyit. Masukkan juga asam keping.
- Rebus sampai daging lembut. Masukkan santan dan perasakan.
Sumber: Mirara Hishamuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh
Bahan-bahan
- 1 kg daging salai
- 15 biji belimbing buluh
- 4 batang serai dititik
- Semangkuk santan segar
- 3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar
- 4 ulas bawang merah
- Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
- 1 inci belacan
- 1 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
Cara buat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh
- Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip.
- Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau.
- Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. - Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.
- Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Norhayati Che Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Masak Lemak Daging Salai + Pucuk Ubi
Bahan-bahan
- Cili api + kunyit hidup (blender)
- Daging dah di bakar @ salai (perap dengan sos tiram +garam) dan hiris nipis
- Asam keping
- Garam
- Santan pekat
- Pucuk ubi rebus
Cara buat Masak Lemak Daging Salai + Pucuk Ubi
- Masak cilipadi+kunyit hidup (blender) bersama daging yang di hiris nipis.
- Kacau sebati.
- Masukkan santan+asam keping+pucuk ubi.
- Kacau sebati.
- Masukkan garam.
Sumber: Noorasmidarz Zulkifly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Daging Salai Masak Lemak+ Petai
Bahan-bahan
- 1kg Daging btg pinang (cuci bersih bahagian daging dikelar gaul kunyit serbuk & disalai menggunakan sabut@arang) lagi kering disalai lagu sedap hasilnya kemudian dipotong ikut ketebalan daging salai nipis di potong baru sedap
- Cili api, kunyit hidup & serai(di tumbuk)
- Asam keping
- 2 biji kelapa
- Petai
Cara buat Daging Salai Masak Lemak+ Petai
- Sediakan kuali masukkan daging, cili, serai yang siap ditumbuk rebus seketika.
- Agak-agak dah empuk masukkan santan kacau sebati, dah mendidih masukkan asam keping, pastikan garam secukup rasa.
- Kuah dah pekat hampir masak masukkan petai yang direbus tadi@ bahan yang ingin dicampurkan.
- Untuk campuran rebung, rebung masukkan lebih awal supaya rebung jadi lembut. Siap.
Sumber: SuiSan Aliezsha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Aneka Menu Daging
Daging antara bahan yang mudah dipelbagaikan. Jika anda rasa daging salai agak renyah untuk dibuat, anda boleh cuba 5 lagi menu daging yang dicadangkan ini.
1. Rendang Tok
Rendang Tok merupakan hidangan istimewa dari Perak yang menggunakan daging lembu yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus sehingga kering dan berwarna gelap. Masakan ini mengambil masa yang lama untuk disediakan dan mempunyai rasa yang kompleks.
2. Kurma Daging
Kurma daging ialah masakan yang popular terutamanya semasa bulan Ramadan. Masakan ini menggunakan gabungan rempah kurma yang khas dan santan yang memberikan rasa manis dan lemak yang seimbang.
3. Masak Kicap Daging
Hidangan ini menggunakan daging yang dimasak dengan kicap manis dan kicap masin bersama bawang dan cili. Ia merupakan hidangan yang mudah tetapi sangat digemari ramai.
4. Daging Masak Hitam
Daging masak hitam adalah sajian yang menggunakan kicap pekat sebagai bahan utama dengan campuran rempah ratus. Masakan ini popular di seluruh Malaysia dan mempunyai rasa yang kuat.
5. Beef Stew Malaysia
Beef Stew versi Malaysia adalah hidangan yang menggabungkan teknik memasak barat dengan perisa tempatan. Ia menggunakan kentang, lobak merah dan campuran rempah ratus tempatan yang memberikan kelainan berbanding beef stew tradisional.
1 Comment
Resepi no.2 tu Che Nom punya ya. Harap maklum.