Daging lembu adalah sejenis daging yang diperolehi daripada ternakan lembu. Ia kaya dengan protein, zat besi, dan nutrien penting untuk tubuh badan. Daging lembu boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, digoreng, dipanggang atau dibakar.
Untuk memasak daging lembu, anda perlu membersihkan daging dan memotongnya mengikut saiz yang dikehendaki. Bahan-bahan asas yang diperlukan termasuk bawang merah, bawang putih, garam, lada hitam dan minyak masak. Daging lembu perlu dimasak sehingga empuk untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
1. Resepi Mee Goreng Daging
Bahan-bahan
- Mee
- Daging lembu hiris halus
- Fishball & fishcake
- Sawi /taugeh
- Cili kisar (ikut suka nak pedas mana)
- Sos, sos tiram & kicap
- Telur 2 biji
- Bawang merah & putih (tumbuk kasar)
Cara buat Mee Goreng Daging
- Tumis bawang merah & putih sampai naik bau.
- Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak.
- Masukkan daging & air sedikit, masak sampai daging empuk.
- Masukkan fishball & fishcake.
- Masukkan sos, kicap, sos tiram, garam, aji & gula (secukup rasa). Kalau suka basah letak banyak air.
- Masukkan 2 bijik telur, kacau2 sampai hancur telur tu.
- Masukkan mee, sawi & taugeh. Gaul sebati dan dah siap.
Sumber: Siti Aisha Sha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Skewer Daging
Bahan-Bahan
- Daging Lembu 2kg
- Capsicum (cili benggala) 4 biji
- Bawang Holland 3 biji
- Sos bbq 1 botol kecik
- Sos black papper 1 botol kecik
- Batang lidi
Cara buat Skewer Daging
- Basuh & potong daging lembu dengan saiz 4 segi sederhana.
- Capsicum & bawang Holland pun potong kecik bentuk 4 segi.
- Satukan bahan-bahan dan letak sos bbq & sos black papper. Perap semalaman.
- Dah siap perap, cucuk je. Tak kisah nak panjang mana.
Sumber: Nur Aqilah Jufri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Daging Masak Kicap
30 orang makan
Bahan-bahan
- Daging lembu 3 kg (Dipotong dan direbus hingga lembut)
- 4 inci halia (Dihiris)
- 8 biji bawang kecil (Dihiris)
- 8 ulas bawang putih (Dihiris)
- 4 sekawan
- 1 kg kentang (Dibelah 4)
- 3 sudu besar serbuk lada
- 2 sudu besar lada hitam dikisar kasar
- 2 sudu besar air asam jawa
- 3 sudu besar gula
- Cili besar merah dan hijau serta bawang besar untuk hiasan
- Kicap pekat dan kicap lemak manis secukupnya
Cara buat Daging Masak Kicap
- Tumis bawang putih, bawang kecil dan halia hingga kekuningan.
- Masukkan 4 sekawan. Masak seketika dan dimasukkan ubi kentang. Bila ubi kentang separuh masak masukkan serbuk lada yang dibancuh dengan air rebusan daging.
- Masak selama seminit baru dimasukkan daging. Gaul rata.
- Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis. Masak selama 5 minit. Masukkan gula, air asam jawa dan garam.
- Masak hingga naik minyak baru dimasukkan lada hitam dan bahan hiasan. Gaul rata.
- Bila bawang besar hampir layu tutup api. Hidangkan.
Sumber: Adnan Mat Abu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Gulai Daging Utara
Bahan-bahan
- Daging Lembu 700gm
- Hati Lembu 300gm
- Bawang Besar 2 Labu
- Bawang Putih 1 labu
- Bawang Rose 10 Ulas
- Rempah 5 Sekawan
- 1/3 Sudu Teh Cengkih
- 2 Batang Kulit Kayu Manis
- 10 Biji Buah Pelaga
- 1/2 Sudu Teh Bunga Lawang
- 1 Biji Buah Keras
- 1 1/2 Inci Halia Di Hiris
- 3 Sudu Besar Kerisik
- 1 Sudu Teh Jintan Putih
- 1 Sudu Teh Serbuk Ketumbar
- 1 Sudu Teh Jintan Manis
- 1/2 Keping Gula Nisan @ 20 gm Gula Melaka @ Merah
- 3 Sudu Kerisik
- 5 Sudu Besar Cili Kisar
- 2 Bungkus kecil Serbuk Kari Daging
- 5 Biji kentang di Potong
- Minyak Untuk Menumis
- Daun Kari
- Santan 1 1/2 Cawan atau 150ml @ susu cair
- Garam Secukup rasa
Cara buat Gulai Daging Utara
- Rendam daging dan hati dengan daun pisang selama 45minit bagi melembutkan sedikit daging.
- Panaskan minyak masukan semua bawang yang telah dimayang bersama daun kari.
- Setelah bwang layu, masukan 4 sekawan kayu manis cengkih, pelaga- lawang.
- Masukan cili kisar selepas 5 minit cili kisar, masukan rempah kari yang di bancuh dengan air.
- Bila rempah pecah minyak, masukan jintan putih/ manis dan serbuk ketumbar.
- Hiriskan atau ketuk buah keras dan masukan gula nisan.
- Bila semua dah sebati masukan daging @ hati.
- Bila nampak mengelegak sedikit masukan kentang dan tambah air jika perlu.
- Masukan santan pekat masukan kerisik.
- Bila mengelegak masukan garam secukup rasa.
- Tunggu hingga masak atau ubi empuk dan boleh hidangkan.
Sumber: Azahari Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Daging Lembu Yang Menarik?
Daging lembu kadang kala mengambil masa yang lama untuk dimasak. Namun hasilnya amat berbaloi. Selain resepi yang dikongsikan diatas, ada banyak lagi menu daging lembu yang menarik untuk dicuba. 5 diantaranya adalah:
1. Steak
Steak adalah hidangan popular yang dipotong tebal daripada daging lembu berkualiti tinggi. Ia biasanya dipanggang atau dimasak di atas kuali besi dengan hanya garam dan lada hitam sebagai perasa asas. Minyak zaitun atau mentega turut digunakan untuk menambah kelazatan.
2. Kari Daging
Kari daging adalah masakan yang menggunakan rempah ratus seperti kunyit, jintan, ketumbar dan cili kering. Santan, bawang, halia dan daun kari ditambah untuk menghasilkan kuah yang pekat dan berlemak. Biasanya dihidang bersama roti atau nasi.
3. Rendang Daging
Rendang daging merupakan masakan yang menggunakan rempah ratus yang dikisar halus seperti serai, lengkuas, halia, bawang dan cili. Santan dan kerisik dimasukkan untuk mendapatkan kuah yang pekat. Dimasak sehingga kuah kering dan daging empuk.
4. Sup Daging
Sup daging dimasak dengan kentang, lobak merah, saderi dan bawang holland. Herba seperti daun sup dan lada hitam ditambah untuk menambah rasa. Biasanya dimasak dalam kuah yang cair dan jernih.
5. Dendeng Daging
Dendeng daging adalah daging yang dipotong nipis, dibumbui dengan rempah ratus dan dikeringkan. Setelah kering, ia digoreng sehingga garing. Rempah yang digunakan termasuk ketumbar, bawang putih, garam dan gula.
1 Comment
Sedap