Daging goreng kunyit merupakan hidangan popular di Malaysia yang menggunakan daging lembu yang digaul dengan rempah kunyit dan garam. Kemudian digoreng sehingga keperangan. Hidangan ini mempunyai aroma yang kuat dan rasa yang lazat dengan warna kuning yang terserlah disebabkan oleh serbuk kunyit.
Bahan utama termasuk daging, kunyit segar atau serbuk kunyit, bawang putih, garam, dan minyak untuk menggoreng. Cara penyediaannya adalah dengan mencampurkan daging yang dipotong nipis dengan bahan perencah, kemudian digoreng dalam minyak yang panas sehingga daging menjadi garing dan keperangan.
1. Resepi Daging Goreng Kunyit
Bahan-bahan daging goreng kunyit
- Daging (dipotong kecil)
- Bawang putih
- Halia
- Bawang holland
- Cili besar
- Cili padi
- Sedikit asam jawa
- Gula dan penambah perasa
- Serbuk kunyit
Cara buat daging goreng kunyit
- Ketuk dan cincang bawang putih. Hiris halia dan potong bawang holland.
- Panaskan minyak (lebihkan baru sedap).
- Bila minyak sudah panas, masukkan 1 sdk serbuk kunyit ke dalam minyak tadi. Kacau dan masukkan daging.
- Tambahkan air untuk lembutkan daging. Rebus sehingga daging empuk.
- Bila daging dah empuk, letakkan garam, asam jawa dan gula.
- Goreng sehingga minyak daging dah keluar.
- Tolak daging ketepi dan masukkan bawang putih dan halia, biar sehingga garing dan gaul dengan daging tadi.
- Renjis sedikit kicap untuk menambawah warna.
- Masukkan cili dan bawang holland, kacau sehingga masak.
Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Daging Goreng Kunyit Mudah
Bahan-bahan daging goreng kunyit
- Daging
- Garam
- Kunyit
- Serbuk lada putih
- Bawang besar
- Cili padi
- Sedikit kicap
Cara buat daging goreng kunyit
- Potong kecil daging. Gaul dengan garam, kunyit, serbuk lada putih dan perap selama 10 minit.
- Panaskan minyak (letak minyak lebih), masukkan daging dan biar air daging keluar. Tambah air panas sedikit.
- Apabila air daging dah kering dan daging dah lembut, tambah bawang dan cili padi. Goreng sekejap.
- Letakkan kicap manis sedikit dan tutup api.
Sumber: Rniza Badrul dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Sayur
Bahan-bahan daging goreng kunyit
- Daging
- Bawang merah
- Bawang putih*
- Halia*
- Cili padi*
- Serbuk kunyit
- Sos tiram
- Kacang panjang
- Minyak
- Garam
- Perasa (optional)
Cara buat daging goreng kunyit
- Tumbuk bahan yang bertanda * dan hiris bawang merah.
- Potong kecil daging dan goreng sehingga empuk dan lembut. Ketepikan.
- Kurangkan minyak goreng daging tadi dan tumiskan bawang dan bahan *.
- Masukkan sos tiram, garam dan perasa. Letakkan air sedikit.
- Masukkan daging dan sayur. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Yan Azie dari Masak Apa Hari Ni
Variasi Menu Goreng Kunyit.
Selain daripada daging goreng kunyit, banyak sebenarnya bahan masakan yang digoreng dengan kunyit bagi menghilangkan rasa hanyir dan menambah aroma masakan. 5 diantara masakan tersebut adalah:
1. Ayam Goreng Kunyit
Ayam dipotong dan dimasak dengan kunyit, menghasilkan hidangan yang berlainan rasa berbanding daging goreng kunyit namun masih menggunakan rempah yang sama.
2. Udang Goreng Kunyit
Udang segar digoreng dengan kunyit, menghasilkan hidangan laut yang mempunyai citarasa ringan dan segar.
3. Ikan Goreng Kunyit
Ikan dibalut dengan campuran kunyit dan dipanaskan dalam minyak panas untuk menghasilkan hidangan yang rangup.
4. Sotong Goreng Kunyit
Sotong segar digoreng dengan kunyit, memberikan tekstur yang berbeza namun masih mengekalkan rasa tradisional.
5. Tempe Goreng Kunyit
Tempe digoreng dengan kunyit, menjadikan ia pilihan vegetarian yang menarik dalam kategori masakan kunyit.