Daging dendeng adalah daging kering yang dihiris nipis. Ia diawetkan melalui campuran gula dan rempah dan dikeringkan melalui proses menggoreng.
Cara memasak daging dendeng adalah dengan merebus daging terlebih dahulu. Kemudian daging rebus dihiris nipis dan diperap bersama kicap manis. Seterusnya digoreng. Kemudian dicampurkan kedalam tumisan bawang dan sos kicap sambal.
1. Resepi Daging Dendeng Arwah Mak
Ini resipi turun-temurun dari Nawal Lope Zainal Abidin.
Sekiranya pembaca mencuba dan menggunakan resipi ini untuk masak dan menghidangkan kepada keluarga, beliau berharap arwah mak beliau mendapat sedikit pahala.
Bahan-bahan
- 1 kg daging
- 5 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 4 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar serbuk kari daging
- 4 sudu besar air asam jawa
- 2 sudu besar gula kabung
- 1 sudu besar gula pasir
- Garam
- Kicap
Bahan-bahan tumis
Bahan A
- 1 biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 2 inci halia
Bahan B
- 3 tangkai daun kari
- 1 ketul kulit kayu manis
- 1 ketul bunga lawang
Cara buat Daging Dendeng Arwah Mak
- Rebus daging sehingga agak empuk.
- Kisar ke semua bahan A.
- Hiris bawang besar, goreng jadikan bawang goreng. Hiris daging yang sudah direbus empuk, perap dengan kicap manis selama 2 jam, kemudian goreng dan ketepikan.
- Panaskan 1/3 cawan minyak. Kemudian, tumis bahan A dan masukkan bahan B. Lalu kacau sehingga garing.
- Masukkan pula cili kisar, kari, kacau hingga garing. Kemudian, masukkan air asam, gula kabung, gula putih dan kicap. Kacau sekejap kemudianmasukkan bawang goreng dan daging goreng.
- Setelah masak, boleh tutup api dan daging dendeng sedia dihidang!
Sumber: Nawal Lope Zainal Abidin dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Daging Dendeng Ramadan
Bahan-bahan
- 1/2 kg Daging (potong nipis)
Bahan A
- 1 labu bawang besar
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan B
- 2 batang serai
- 3 helai daun limau purut
- Kulit kayu manis
- bunga lawang
- 1 senduk cili kisar
- 1/2 cawan kicap kipas udang
- Air asam jawa
- Air rebusan daging
Cara buat Resepi Daging Dendeng Ramadan
- Mayangkan ke semua bahan A secara halus.
- Daging dipotong nipis kemudian rebus sehingga lembut.
- Kemudian tumbuk hirisan daging satu per satu menggunakan anak lesung.
- Goreng daging yang dah siap ditumbuk sebentar tadi tetapi jangan terlalu lama agar tidak daging keras. Setelah siap, boleh ketepikan.
- Tumis bahan A sampai kekuningan atau garing kemudian angkat.
- Guna minyak yang sama untuk tumis bahan B iaitu serai, bunga lawang dan kulit kayu manis. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar dan sedikit air rebusan daging masak sampai terbit minyak.
- Masukkan pula kicap, air asam jawa daging, gula dan garam kemudian masukkan bahan A yang di goreng tadi dan kacau sehingga siap untuk dihidang.
Sumber: Bonda Aisya dari Masak Apa Hari Ni
3. Resipi Daging Dendeng Sendiri
Resepi ini adalah olahan Fatin Najwa sendiri.
Bahan-bahan
- Daging
- 2 batang serai
- Daun salam
- Halia
- 1 sudu kecil garam
- Kicap manis
- Sos tiram
Bahan-bahan sambal
- 4 ulas bawang kecil
- 4 ulas bawang putih
- Cili besar
- Cili merah
- Cili padi hijau
- Daun limau
- Air asam jawa
- Air rebusan daging
Cara masak Daging Dendeng
- Potong daging secara lebar agar tidak terlalu liat.
- Rebus Serai 2 batang, daun salam dan halia bersama 1 sudu kecil garam dalam “pressure cooker” dalam 5 minit sahaja.
- Selepas itu, tumbuk mana daging satu per satu untuk nipis dan lebarkan.
- Selepas tumbuk, gaulkan daging dengan kicap manis dan sos tiram, kemudian goreng.
Cara buat sambal Daging Dendeng
- Kisar secara kasar bawang kecil, bawang putih,cili besar, cili merah, cili padi hijau kecuali daun limau.
- Tumis sampai naik minyak, masukkan air asam jawa.
- Bancuhkan air asam jawa bersama sedikit air rebusan daging.
- Tambah 1 sudu kecil gula melaka dan garam untuk seimbangkan rasa.
- Akhir sekali, masukkan daun limau purut.
Sumber: Fatin Najwa Misuan dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Masakan Popular Menggunakan Daging?
Diharapkan agar perkongsian resepi daging dendeng ini akan memberikan anda pengalaman yang baru. Jika anda rasa masak dendeng agak renyah, anda juga boleh cuba 3 menu yang dicadangkan ini:
1. Rendang
Rendang adalah masakan tradisional yang menggunakan daging lembu atau ayam. Bahan utama termasuk daging, santan, serai, kunyit, lengkuas dan cili. Cara masak ialah dengan menumis rempah, masukkan daging dan santan, masak dengan api perlahan sehingga kuah kering dan pekat.
2. Kari
Kari boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis daging. Bahan utama termasuk daging pilihan, rempah kari, santan, kentang dan bawang. Cara masak ialah dengan menumis rempah kari, masukkan daging dan kentang, tambah santan dan masak sehingga kuah pekat.
3. Beef Stew
Hidangan ini menggunakan daging lembu yang dipotong dadu dan dimasak dengan kentang, lobak merah dan herba. Bahan utama termasuk daging lembu, kentang, lobak merah, bawang, halia dan rempah ratus. Cara masak ialah dengan menumis bawang dan rempah, masukkan daging dan sayur-sayuran, tambah air dan masak sehingga empuk.