Biskut Suji Badam ialah sejenis biskut tradisional yang diperbuat daripada tepung suji (semolina) dan badam (almond). Bahan-bahan utama yang diperlukan ialah tepung suji, tepung gandum, badam kisar, gula kastor, mentega, telur dan sedikit serbuk penaik.
Cara membuatnya adalah dengan mengacau mentega dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur dan kacau rata. Campurkan semua tepung dan badam kisar, uli menjadi doh. Bentukkan doh menjadi bulatan kecil dan susun atas dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15-20 minit sehingga kekuningan.
1. Resepi Biskut Suji Badam
Bahan-bahan
- 300gm minyak sapi QBB
- 100gm butter
Masak dan cairkan kedua-dua bahan ini dan biarkan sejuk atau suam kuku - 60gm badam kisar
- 220gm gula castor (jangan guna gula aising)
- 550 hingga 600gm tepung gandum.
Cara buat Biskut Suji Badam
- Ketepikan segengam atau lebih, tak cukup atau lembik baru tambah. Kerana bancuhan ini menggunakan tangan. Tangan kita ada yang sangat panas membuatkan bancuhan cepat cair.
- Badam kisar, gula castor dan tepung gandum satukan dalam satu mangkuk, campur bagi rata.
- Dalam mangkuk tepung, buatkan lubang atau kolam. Tuang separuh dari minyak tadi.
- Guna tangan, bancuh dan ramas jadikan saperti serbuk (macam serbuk roti). Sambung tuang lagi separuh.
- Bancuh lagi dan ratakan sehingga minyak habis dan adunan tidak melekat. Bolehlah dicetak atau digentel bulat.
- Buat sama besar atau saiz yang sama.
- Bakar pada suhu atas 100 bawah 190 mengikut oven masing-masing. Masa membakar 35 minit atau hingga biskut masak.
Sumber: Shila Rahman
2. Resepi Biskut Suji Badam (Sukatan Cawan)
Bahan-bahan
- 1 tin minyak sapi GHEE (200gm)
- 3 cawan tepung gandum (ayak dulu)
- 2 sb tepung jagung
- 1 cawan gula halus
- 4 sb susu tepung (optional)
Cara buat Biskut Suji Badam (Sukatan Cawan)
- Masukkan minyak GHEE dan gula. Gaul sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Diikuti dengan tepung jagung dan susu tepung.
- Gaulkan semua bahan hingga menjadi doh lembut. Jika doh lembik tambahkan sedikit tepung. Bentukkan bulat & hias dengan ceri di atasnya.
- Bakar pada suhu 160 degree (20minit). (Bergantung pada oven).
Tapi saya bakar dalam 20-25 minit. Sebab pakai loyang ada yang tebal dan nipis.
Sumber: Cik Nurul Aini Gebu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Suji Krystal Ball
Bahan-bahan
- 250 gm mnyk sapi
- 110 gm gula aising
- 1/2 sdk kecil garam
- 50 gm badam kisar (disangai sekejap)
- 125 gm tepung jagung
- 300 gm tepung red rose
- Pewarna disukai
- Papercup
- Gula castor (untuk salut biskut)
Cara buat Suji Krystal Ball
- Ayakkan tepung red rose bersama tepung jagung dan ketepikan.
- Satukan serbuk badam, gula aising, garam dan gaul sebati kemudian masukkan minyak sapi gaul lagi bagi sebati menggunakan senduk sahaja.
- Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi. Uli sehingga sebati, jika masih lembik tambah tepung red rose sikit sampai jadi doh yang boleh dibentuk.
- Bahagi kepada tiga warna kemudian bulatkan sebesar 7@8 gm jangan terlalu besar.
- Susun dalam tray dan bakar suhu 170°C @ ikut suhu oven masing-masing. Oven dipaskan terlebih dahulu. Api atas bawah.
- Bakar selama 15-20 minit @ sehingga masak.
- Bila biskut dah suam, boleh gaul dengan gula castor masukkan dalam paper cup. Dah betul-betul sejuk boleh masukkan dalam bekas.
Sumber: Nor Haslina Md Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Biskut Suji Almond
Bahan-bahan
- 150gm mentega
- 30gm minyak sapi
- 80gm gula kaster
- 1/2 tsp esen vanilla
- 50gm serbuk badam
- 60gm tepung suji
- 220gm tepung gandum
- 1/4 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan
- Kuning telur dan badam nib
Cara buat Biskut Suji Almond
- Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
- Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
- Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat.
- Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
- Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan
Sumber: Anis Fathima dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Kuih Raya Tradisional Yang Popular?
Jangan lupa cuba resepi biskut raya yang mudah ini ya! Selain biskut suji badam, ada banyak lagi biskut raya tradisional yang popular. 5 diantaranya adalah:
1. Biskut London
Biskut London adalah sejenis biskut klasik yang diperbuat daripada tepung gandum, mentega, gula kastor dan telur. Ia terkenal dengan teksturnya yang rangup dan rasa yang manis sederhana.
2. Biskut Tart Nenas
Biskut Tart Nenas merupakan biskut tradisional yang diisi dengan jem nenas. Ia dibuat menggunakan tepung gandum, mentega, telur dan jem nenas yang dimasak khas.
3. Cornflakes Cookies
Cornflakes Cookies adalah biskut yang dibuat dengan campuran cornflakes yang dihancurkan, tepung gandum, mentega dan gula. Ia popular terutamanya semasa perayaan.
4. Biskut Semperit
Biskut Semperit ialah biskut tradisional yang dibuat menggunakan tepung jagung, tepung gandum, mentega dan gula. Ia sering dihias dengan ceri merah di tengahnya.
5. Biskut Dahlia
Biskut Dahlia adalah biskut yang dibentuk seperti bunga dahlia menggunakan acuan khas. Ia diperbuat daripada tepung gandum, mentega, gula dan telur.