Biskut kelapa ialah sejenis biskut tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum, kelapa parut, mentega, gula kastor dan telur. Biskut ini sangat popular di Malaysia terutamanya semasa perayaan dan majlis-majlis istimewa.
Untuk membuatnya, campurkan mentega dan gula kastor hingga kembang, masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan kelapa parut, uli sehingga menjadi doh yang sekata. Bentukkan doh menjadi bebola kecil, tekan dengan garpu dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15-20 minit sehingga kekuningan.
1. Resepi Biskut Kelapa
Bahan-bahan
- 1 cawan merjerin
- 1 cawan gula aising
- 1 cawan tepung gandum
- 3 cawan tepung jagung
- 2 cawan kelapa yang telah di sangai
- Esen vanila satu sudu teh
- Sebiji kuning telur
Cara buat Biskut Kelapa
- Pukul telur, merjerin dan gula aising sampi kembang.
- Baru masukkan semua tepung dan kelapa yang telah di sangai tadi.
- Bakar dalam suhu 160°..(25 minit)
Sumber: Aroha Roha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Biskut Kelapa Sangai
Bahan-bahan
- 1 ketul butter (250gm)
- 1 cawan gula kastor
- 2 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 cawan kelapa parut (sangai dalam kuali hingga agak kekuningan)
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
Cara buat Biskut Kelapa Sangai
- Pukul gula dan butter hingga sebati.
- Masukkan telur dan esen vanilla.
- Masukkan kelapa sangai tadi.
- Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh yang boleh di terap.
- Bakar suhu 160 c selama 25 min
* kalau adunan agak lembik boleh tambahkan tepung gandum sedikit.
Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bangkit Kelapa Asli
Bahan-bahan
- 1 cwn gula kastor
- 1 cwn majerin pelangi
- 1 cwn tepung gandum
- 1 cwn kelapa sagai ( kalau nak tukar bijan / Oreo / cheese / santan pun boleh )
- 3 cwn tpong ubi kayu
- 1 camca (sudu kfc) baking powder
- 1 biji telor
Cara buat Bangkit Kelapa Asli
- Gula + majerin putar hingga kembang.
- Masukan telur. Putar kejap.
- Masukan baking powder. Putar kejap.
- Masukan tepu dengan ubi kayu + tepung gandum + kelapa sangai.
- Kaup balikkan guna tangan gaul. Uli sebati.
- Dah sebati bagi biar sejam. Baru cetak.
- Bakar suhu 40minit 150° ikut oven ya.
Sumber: Afwa Azalan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Biskut Tintan Kelapa
Bahan-bahan
- 1 cwn butter
- 1 cwn gula halus
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu besar esen vanila
- 1 cwn tpung gndum
- 1 cwn tpung beras
- 1 cwn tpung ubi
- 1 sudu besar penaik
- 1 cawan kelapa kering
Cara buat Biskut Tintan Kelapa
- Pukul butter gula dan telur sampai sebati.
- Masukan esen vanila dan gaul sebati.
- Kemudian masukan kelapa kering dan tepung.
- Uli sampai jadi doh canai dan terap.
- Bakar 20-25 minit bergantung pada oven selamat mencuba.
Sumber: Noor Lela dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Biskut Kelapa, Kuih Apa Yang Popular Semasa Hari Raya?
Selain Biskut Kelapa, terdapat pelbagai biskut lain yang juga popular semasa musim perayaan di Malaysia. Antara 5 jenis biskut yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:
1. Biskut Mazola
Biskut mazola adalah biskut yang dibuat menggunakan minyak jagung sebagai bahan utama bersama tepung gandum, gula kastor dan telur. Ia mempunyai rasa yang ringan dan sedap.
2. Biskut London
Biskut London merupakan biskut klasik yang diperbuat daripada tepung gandum, mentega, gula dan telur. Biskut ini mempunyai tekstur yang rangup dan biasanya berbentuk bulat dengan corak di atasnya.
3. Biskut Semperit
Biskut semperit adalah biskut tradisional yang popular di Malaysia yang diperbuat daripada tepung jagung, tepung gandum, mentega dan gula. Biskut ini biasanya dibuat menggunakan acuan khas untuk menghasilkan corak yang cantik.
4. Biskut Cornflakes
Biskut cornflakes adalah biskut moden yang menggabungkan biskut ringkas dengan cornflakes. Ia diperbuat daripada mentega, gula, tepung dan cornflakes yang dihancurkan.
5. Biskut Florentine
Biskut Florentine adalah biskut yang diperbuat daripada campuran kacang-kacangan, buah-buahan kering dan coklat. Biskut ini mempunyai rasa yang kompleks dan tekstur yang menarik.
1 Comment
Tq