Biskut badam adalah sejenis kuih kering yang berasal dari adunan tepung, mentega, dan badam yang digiling halus. Ia merupakan hidangan tradisional yang kerap dijumpai dalam acara perayaan dan majlis tertentu di Malaysia.
1. Resepi Biskut Badam Coklat
Bahan-bahan
- 2 cawan badam cincang
- 2 cawan kepingan milk chocolate compounds coin
Cara buat biskut badam
- Sangai badam cincang di atas kuali sehingga rangup. Ketepikan.
- Cairkan coklat dengan cara
- Tuang badam yang disangai tadi ke dalam adunan coklat cair, kacau rata.
- Sediakan loyang, alas dengan baking paper.
- Sudukan adunan badam cincang mengikut saiz yang diingini.
- Masukkan ke dalam peti sejuk dan boleh disimpan selepas keras.
Sumber: Haslinda Husin dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Biskut Badam Sukatan Cawan
Bahan-bahan
- 300g butter
- 1 cawan gula aising
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan serbuk badam
- Kuning telur
- Badam cincang
Cara buat biskut badam
- Pukul butter dan gula hingga sebati dengan senduk kayu.
- Masukkan telur dan esen vanila
- Tambahkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung kastard. Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil uli.
- Ambil doh dan canaikan. Terapkan acuan dan susun dalam dulang.
- Sapukan kuning telur dan taburkan badam cincang. Tekan sedikit supaya badam melekat.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175°c selama 15-20 minit pada api atas bawah.
- Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
Sumber: Siti Hajar Hashim dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Biskut Badam Rangup
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan marjerin/ mentega
- 1/2 cawan serbuk badam
- Badam hiris
- 1 biji kuning telur
Cara buat biskut badam
- Pukul marjerin dan gula dengan senduk kayu.
- Masukkan serbuk badam.
- Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
- Terap dengan acuan, letakkan hirisan badam dan sapu kuning telur di atasnya.
- Bakar pada suhu 150°c selama 20 minit.
Sumber: Sabariah Bahasar dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Biskut Badam Nestum
Bahan-bahan
- 2 cawan mentega
- 1 1/2 cawan gula
- 2 biji kuning telur
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung kastard
- 3 sudu badam hancur
- 2 cawan nestum (kisar hancur 1 cawan)
- Sedikit badam cincang
- Kuning telur
Cara buat biskut badam
- Pukul telur dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur dan pukul sekejap.
- Masukkan pula semua jenis tepung dan badam hancur.
- Uli sehingga menjadi doh dan cetak mengikut acuan.
- Hiaskan dengan kuning telur dan badam cincang.
- Bakar pada suhu 170°c selama 35 minit.
Sumber: Norliza Bonda dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Kuih Tradisional Yang Popular?
Bak kata orang ‘tak lekang dek panas, tak hilang dek hujan’. Itu la perumpamaan yang boleh diguna pakai untuk kuih-kuih tradisional di Malaysia. Apabila sampai masanya, kuih-kuih tradisional mesti akan dicari juga untuk dibuat kudap-kudapan. Ini ada 5 lagi cadangan kuih tradisional yang digemari ramai.
1. Biskut Arab
Biskut Arab merupakan hidangan yang mempunyai persamaan dari segi teknik penyediaan dan bahan asas dengan biskut badam. Ia biasanya menggunakan tepung, mentega, dan badam sebagai bahan utama.
2. Biskut Almond
Almond Cookies mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama dengan biskut badam. Ia popular dalam kalangan pencinta kuih kering dan kerap dijadikan hidangan sambutan perayaan.
3. Biskut Cornflakes
Cornflakes Cookies adalah variasi biskut yang menggunakan bijirin cornflakes sebagai tambahan utama dalam adunan. Ia memberikan kelainan dari segi rasa dan tekstur berbanding biskut tradisional.
4. Biskut Mazola
Peanut Cookies menggunakan kacang tanah sebagai bahan utama, memberikan rasa yang unik dan berbeza dari biskut badam. Ia turut popular dalam kalangan pencinta kuih kering.
5. Biskut Nestum
Nestum Cookies menggunakan bijirin Nestum sebagai bahan tambahan, memberikan tekstur yang rangup dan rasa yang tersendiri. Ia merupakan pilihan alternatif kepada biskut badam tradisional.