Bihun sup ialah hidangan berkuah yang popular di Malaysia yang mengandungi bihun (vermicelli beras) yang dihidangkan dalam sup ayam yang jernih dan berkhasiat. Bahan-bahan asas termasuk bihun, ayam, lobak merah, kentang, daun bawang, daun sup, bawang goreng, lada hitam dan garam secukup rasa.

Untuk memasaknya, rebus ayam bersama lobak dan kentang sehingga empuk untuk membuat stok sup. Kemudian, celur bihun berasingan sehingga lembut. Susun bihun dalam mangkuk, tuang sup yang panas, dan hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Boleh dihidangkan bersama cili potong dan limau kasturi.

1. Resepi Bihun Sup Utagha

Bahan-bahan

  • Tulang/daging @ ayam (terpulang kepada citarasa anda)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Kulit kayu manis*
  • Bunga lawang*
  • Buah pelaga*
  • Bunga cengkih*
  • Serai dititik*
  • Daun pandan *
  • Lada hitam*
  • Serbuk sup
  • Garam/perasa secukupnya

Cara-cara buat sup utagha

  1. Rebuskan daging/tulang sehingga empuk.
  2.  Tumiskan semua bahan yang bertanda (*) sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging/tulang serta air rebusannya.
  4. Masukkan serbuk sup, daun sup dan daun bawang.
  5. Perasakan dengan garam/perasa secukupnya.
  6. Sup sedia dihidang bersama bihun/mee/kuetiaw mengikut citarasa anda.

Resepi Cabai Kicap

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Kicap manis
  • Air limau/cuka

Cara-cara buat cabai kicap

  1. Kisar kesemuanya.
  2.  Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan-bahan yg dikisar. Masak sehingga pekat. Perasakan garam/gula sekucupnya.

Resepi Cabai Merah

  • Cili kering kisar
  • Serbuk cili
  • Sos cili
  • Gula/Garam
  • Air asam jawa/limau

Cara-cara buat cabai merah

  1.  Panaskan minyak, tumis cili kering kisar sehingga naik minyak.
  2.  Masukkan air sedikit, tambah serbuk cili,  sos cili dan air asam jawa.
  3.  Masukkan garam gula secukupnya.
  4.  Masak sehingga sambal naik minyak.

Resepi Bihun Sup Utagha

  1. Rendam dengan sedikit serbuk kunyit. Rebus sehingga bihun lembut. Toskan.
  2. Bihun sup utagha sedia dihidang

Sumber: Norshuhada Samsuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bihun Sup Chinese Style

Bahan-bahan

  • 1 labu bawang putih ( cincang @ potong dadu)
  • Bebola
  • Udang
  • Sayur sawi
  • Carrot
  • Bihun

Cara-cara buat bihun sup Chinese style

  1. Goreng bawang putih hngga kekuningan..
  2. Didihkn air dan msokkn bawang putih yang digorengkan tadi
  3. Simpan sedikit
  4. Air dah mendidih masukkan perasa cukup rasa
  5. Masukkan sawi, bebola, carrot dan udang
  6. Biarkn mesra sekejap
  7. Siap dan boleh dihidang.

Resepi  lada kicap

  1. Lada
  2. Kicap
  3. Cuka
  4. Gula
  5. Garam

Sumber: Fieza Sofea dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Bihun Sup Mudah ala Bihun PAMA

Bahan-bahan

  • 2.5liter air
  • 1/4 cawan minyak
  • 8 biji bawang putih dipotong dadu
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 setengah sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2-3 ketul isi ayam
  • Tulang ayam
  • Serbuk chili flakes untuk bagi pedas
  • Sayur sawi / pak choy celur sekejap
  • Fish ball, chicken ball, fish cake
  • Daun bawang

Cara-cara buat bihun sup mudah ala PAMA

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2.  Masukkan isi dan tulang ayam.
  3.  Masukkan air, gula, garam, dan kiub.
  4.  Rasa dulu, kalau kurang masin boleh tambah garam
  5. Masukkan fish ball, fishcake.

Cara hidang

  1. Masukkan bihun, kuah, sayur, isi ayam yg dicarik-carik. Fish ball/fishcake.
  2. Tabur sedikit chili flakes.
  3. Untuk rasa macam bihun pama, jangan tambah cabai kicap, cabai jeruk nanti boleh hilang rasa PAMA.

Sumber: Umairah Al-Madani dari Masak Apa Hari Ni

 

Variasi Menu Mee.

Jangan lupa untuk mencuba resepi bihun sup Chinese style dan juga bihun sup utara ini. Semoga resepi mihun kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda. Jika anda ingin mencuba menu salin bihun sup, bolehlah anda mengikuti 5 lagi cadangan menu ini:

1. Mee Hoon Goreng

Mee hoon goreng adalah hidangan bihun yang digoreng dengan sayur-sayuran, telur dan perasa. Ia merupakan sajian yang mudah dan cepat untuk dimasak serta sesuai untuk sebarang waktu makan.

2. Mee Bandung

Mee bandung adalah hidangan mi kuning yang dihidangkan dengan kuah pekat yang diperbuat daripada stok ayam, santan dan rempah ratus. Ia popular di selatan Malaysia terutamanya di Johor.

3. Laksa Penang

Laksa Penang adalah hidangan mi yang dihidangkan dengan kuah asam yang diperbuat daripada ikan, asam dan rempah ratus. Ia merupakan hidangan ikonik dari Pulau Pinang.

4. Mee Kari

Mee curry adalah hidangan mi yang dihidangkan dengan kuah kari yang kaya dengan rempah dan santan. Ia boleh disediakan menggunakan pelbagai jenis mi mengikut citarasa.

5. Mee Siam

Mee siam adalah hidangan bihun yang dihidangkan dengan kuah yang manis dan masam. Ia biasanya dihiasi dengan telur dadar, taugeh dan hirisan daun bawang.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply