Begedil daging adalah sejenis makanan bergoreng yang diperbuat daripada kentang lenyek yang dicampur dengan daging kisar. Hidangan ini popular di Malaysia dan merupakan hidangan sampingan yang lazat.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang, daging kisar, bawang merah, bawang putih, lada hitam, garam, minyak masak dan telur. Cara penyediaan dimulakan dengan menggoreng kentang sehingga masak, kemudian dilenyekkan. Daging kisar dimasak dengan bawang dan rempah, dicampur dengan kentang lenyek, dibentuk bulat, dicelup dalam telur dan digoreng sehingga keemasan.

1. Resepi Begedil Kentang Daging

Bahan-bahan

  • 5 biji kentang digoreng dan lecek
  • 1 peket (400g) daging kisar
  • Daun sup di cincang
  • Bawang goreng
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa

Cara buat begedil kentang daging

  1. Satukan semua. Bulat-bulatkan sehingga habis .
  2. Simpan sekejap dalam peti ais supaya mudah menggoreng nanti.
  3. 1 biji telur (untuk salutan mengoreng)
  4. Goreng sebentar jika ingin frozenkan.

Sumber: Sabariah Bahasar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

2. Resepi Popia Begedil Daging

Bahan-bahan

Inti

  • Daging/ayam kisar 200g
  • Kentang 4 biji — goreng dan tumbuk lumat
  • Daun bwg racik
  • Cili besar racik
  • 1 sdb bawang goreng
  • 1 labu bawang besar potong dadu
  • Garam
  • Perasa
  • Lada hitam serbuk
  • Lada sulah
  • Telur untuk goreng
  • 1 sdt tepung jagung
  • Kulit popia

Cara buat popia begedil daging

  1. Daging/ayam kisar goreng dengan bawang besra dadu, saute sampai air kering, tambah/suai rasa. Siap, sejukkan.
  2. Campur kentang yang dah siap lenyek halus tadi dengan ayam/daging kisar, daun bawang, bawang goreng, dan cili racik.
  3. Gaul semua dan kepal-kepalkan dan gulung dengan kulit popia.
  4. Celupkan popia dengan telur yang telah di tambah tepung jagung dan goreng sampai keemasan.
  5. Toskan. Siap!

Sumber: Bychepuan Sue dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Tauhu Begedil

Bahan-bahan

Tauhu

  • 2 bungkus tauhu potong (X) atasnya
  • 10 biji kentang direbus
  • Daging cincang keringkan dalam kuali, campur serbuk lada hitam dan daun sup
  • Serbuk lada putih, satu cawan bawang goreng, garam secukup rasa.

Kuah Kicap

  • Secawan cilipadi
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang besar
  • Semuanya digoreng

Cara buat tauhu begedil

  1. Hancurkan kentang, gaulkan dengan semua bahan.
  2. Bulatkan dan masukkan kedalam tauhu yang telah di belah X
  3. Celupkan kedalam telur yang telah dicampur sedikit tepung beras dan goreng.

Kuah Kicap

  1. Kisar dengan secawan kicap manis, satu sudu kecil garam, setengah cawan sos cili, setengah cawan bawang goreng.
  2. Perahkan 5 biji limau kasturi dan siap.

Sumber: Manja Manja dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Apa Lagi Makanan Ringan Yang Dapat Mengenyangkan?

Begedil daging selain mempunyai kentang, ianya memang dapat mengenyangkan. Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama soto. Namun, selain begedil daging, terdapat banyak lagi makanan ringan yang dapat mengenyangkan. Antaranya adalah:

1. Roti John

Roti John adalah sandwich yang dibuat dengan telur, daging kisar dan sayur-sayuran yang digoreng bersama roti.

2. Popia Goreng

Popia goreng adalah sejenis gorengan yang berisi sayur-sayuran dan daging kisar yang dibungkus dengan kulit popia dan digoreng rangup.

3. Karipap

Karipap adalah pastri yang diisi dengan kentang, daging kisar dan rempah kari, kemudian dibentuk separuh bulat dan digoreng.

4. Samosa

Samosa adalah sejenis makanan yang berbentuk segi tiga, diisi dengan daging kisar, kentang dan rempah, kemudian digoreng sehingga garing.

5. Kebab

Kebab adalah makanan yang terdiri daripada daging kisar yang dibumbui, dibentuk memanjang, dimasak dan dihidang dengan roti dan sayur-sayuran.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply