Bangkit Cheese ialah sejenis biskut tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya semasa perayaan. Ia merupakan variasi moden daripada biskut bangkit tradisional dengan penambahan keju sebagai bahan utama yang memberikan rasa masin dan rangup.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung ubi kayu, gula halus, keju parut, telur, marjerin, dan sedikit garam. Cara membuatnya, campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan telur dan marjerin. Uli sehingga menjadi doh yang sekata, acukan mengikut bentuk yang diingini, dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160°C selama 15-20 minit.

1. Resepi Biskut Bangkit Cheese

Bahan-bahan

  •  3 cawan tpg ubi (sangai sehingga tepung jadi ringan)
  •  3 cawan tpg jagung
  • 1 ketol butter cup
  •  250g cream cheese tatura
  •  1 cawan gula halus
  •  2 biji kuning telur
  •  1 sk baking powder & 1sk asen vanilla
  •  1 ketul cheddar

Cara buat Biskut Bangkit Cheese

  1. Tepung jagung, tepung ubi, baking powder ayak terlebih dahulu.
  2. Putar butter, gula sehingga kembang, masukkan cream cheese, asen vanilla & kuning telur putar lagi bagi kembang sebati,
  3. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit dan putar.
  4. Kemudian uli sehingga doh tidak melekat pada tangan, parutkn cheddar dan gaul sebati,
  5. Jika doh kekurangan tepung tambah tepung ubi biarkan doh dalma beberapa minit kemudian tekap acuan.
  6. Panaskn oven@af bakar pd suhu 170-30minit ikut oven masing-masimg.

Sumber: SuiSan Aliezsha dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Bangkit Cheese Rangup, Garing dan Cair Di Mulut

Bahan-bahan

  • 2 ketul butter
  • 2 bungkus tepung sagu (jemur panas dahulu untuk hasil tepung lebih ringan @ boleh sangai atas dapur dengan api sedang hingga terbit bau dah sejuk baru guna)
  • 3 cawan tepung jagung
  • 1 cawan ½ gula halus atau ikut manis disukai
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil emplek
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • 1 ketul ½ cheddar cheese disagat halus
  • 250g cream cheese tatura
  • 4 sudu besar Santan @sajimalaysiaofficial

Cara buat Bangkit Cheese Rangup, Garing dan Cair Di Mulut

  1.  Ayak tepung jagung, tepung sagu terlebih dahulu.
  2.  Dalam bekas besar satukan butter, gula, cream cheese, santan, asen vanilla kacau hingga sebati.
  3.  Kemudian masukkan tepung separuh dahulu sebatikan dan masuk cheddar cheese yang telah disagat halus, sebatikan hingga adunan tidak melekat ditangan.
  4.  Jika adunan masih lembik tambah lagi tepung sagu. Canaikan doh dan tekap menggunakan acuan.
  5.  Bakar pada suhu 165c api atas bawah selama 30minit atau hingga masak keperangan.

Sumber: Aisyah Humaira dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Biskut Bangkit Cheese

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung sagu
  • 2 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • 1 ketul buttercup @ 250g butter/margerin
  • 1 cawan gula halus (kalau rajin jemur dulu)
  • 2 biji telur kuning
  • 1 sk vanilla
  • 250g cream cheese
  • 1/2 ketul cheddar cheese (disagat)

Cara buat Biskut Bangkit Cheese

  1.  Sangai tepung sagu dengan 5 daun pandan sampai daun pandan garing.
  2.  Sukat tepung sagu yang dah disangai dan ayak sekali dengan tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.
  3.  Pukul kembang butter dan gula. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sampai kembang.
  4.  Masukkan kuning telur dan vanilla. Sebatikan.
  5.  Masukkan adunan tepung ke dalam adunan butter sikit demi sedikit sambil diuli rata dengan tangan.
  6.  Akhir sekali masukkan separuh sukatan cheddar cheese. Gaul rata.
  7.  Terap dgn acuan. Kena tinggi sikit ketebalan biskut masa terap tu. Tabur baki cheddar cheese atas biskut.
  8. Bakar suhu 160-170c 30mins api atas bawah on fan.
  9. Texture biskut ni sgt gebu dan ringan. Rangup di luar dan cair dalam mulut. Rasanya pulak lemak manis masin.

Sumber: Aishah Othman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Resepi Kuih Bangkit Cheese Kebabomm

Bahan-bahan

Bahan A

  • 250gm butter
  • 2 biji kuning telur
  • 150 gm gula ising
  • 2 sd Susu tepung
  • 100 gm cheese sagat

Bahan B

  • 310 gm tpg ubi disangai
  • 300 gm tpg jagung

Cara buat Kuih Bangkit Cheese Kebabomm

Bahan A

  1. Mix sehingga sebati.

Bahan B

  1. Campurkan bahan A dan bahan B.
  2. Sebatikan. Tepung tersebut berderai (gaulkan dan uli sehingga tidak melekat ditangan)
  3.  Canaikan adunan.
  4.  Tekap adunan dgn acuan.
  5. Bakar selama 20-30 minit dgn suhu 150-160C

Sumber: Ct Hajar Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Biskut Tradisional Lain Yang Popular?

Selain bangkit cheese, ada juga biskut tradisional lain yang popular dan digemari ramai. Malah, masih evergreen sehingga kini. Biskut-biskut yang dimaksudkan adalah:

1. Cornflakes Madu

Snek rangup yang diperbuat daripada cornflakes yang disalut dengan campuran madu dan mentega. Cara penyediaannya mudah dan tidak memerlukan pembakaran.

2. Red Velvet Cookies

Biskut yang lembut dengan warna merah yang menarik, diperbuat daripada tepung, mentega, telur, serbuk koko, pewarna merah, dan cream cheese frosting.

3. Almond London

Biskut yang diperbuat daripada badam yang disalut dengan coklat dan ditaburi dengan serpihan badam. Sangat popular semasa perayaan di Malaysia.

4. Semperit

Biskut tradisional yang diperbuat daripada tepung jagung, mentega, dan gula. Biasanya dibentuk menggunakan acuan khas untuk menghasilkan corak yang cantik.

5. Dahlia

Biskut rangup yang dibuat daripada tepung gandum, mentega, dan gula. Namanya diambil sempena bentuknya yang menyerupai bunga dahlia.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply