Bahulu ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada telur, tepung gandum, dan gula. Ia merupakan kuih yang popular di Malaysia dan sering dijumpai pada majlis-majlis keraian atau dijual di kedai-kedai kuih tradisional.
Untuk membuat bahulu, campurkan telur dan gula, pukul sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak dan gaul sebati. Tuang adunan ke dalam acuan bahulu yang telah dipanaskan dan bakar sehingga masak dan kekuningan.
1. Resepi Bahulu Gulung
Bahan-bahan
- 1cawan telur
- 1cawan gula
- 1cawan tepung gandum
- 1camt baking powder
Cara buat Bahulu Gulung
- Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
- Masukkan tepung dan baking powder tapi jangan gaul guna mixer.
- Cukup sekadar kaup dan balik guna senduk atau spatula.
- Masukkan dalam loyang yang dah di sapu majerin dan bakar dalam ketuhar ikut kepanasan yang sesuai.
- Ikut jenis ketuhar masing-masing dah masak angkat dan keluarkan dari loyang guna scaper letak diatas kertas A4.
- Sapu jem kegemaran anda dan gulung ketika masih panas.
- Jem nenas saya hanya guna jem nenas untuk tart tapi saya tambah 500ml air dan 1kg jem tart.
- Masak atas api sederhana hingga gula dan jem sebati dan mendidih.
- Tutup api dan biarkan sejuk baru guna.
Sumber: Siti Zahrah Bistamam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Bahulu Tradisional (Kayu Arang)
Bahan-bahan
- Gula 1 kati
- Telur 10 biji
- Tepung gandum disangai atas dapur dan diayak.
Cara buat Bahulu Tradisional (Kayu Arang)
- Pukul telur dan gula sampai kembang putih.
- Hidupkan dapur arang. Masa nak bakar, ambil dalam 2 senduk adunan telur & gula.
- Campur dengan tepung sikit demi sikit. Kacau sebati.
- Pastikan adunan tak terlalu berat dan tak terlalu ringan.
- Kalau adunan terlalu berat, nanti bahulu akan jadi padat macam kek.
- Kalau terlalu ringan, bahulu akan jadi berlubang dan tak kembang cantik.
Sumber: Mrss Ella dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bahulu Pandan
Bahan-bahan
- Telur gred A 3biji
- Tepung gandum 1cawan
- Gula Stgh cawan
- Overlate 1sudu besar
Cara buat Bahulu Pandan
- Mixer telur dan gula sampai putih.
- Selepas itu. masukkan overlate dan tepung.
- Masukkan perisa pandan dan sapu minyak.
- Taruh la bancuhan tadi. Api 150/160 10minit
Sumber: Izz Vrfor Qayyumqayyim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Bahulu
Bahan-bahan
- 4 biji telur A (pukul manja)
Masukkan - 1 cwn gula (pukul kembang)
- 1 sdt esen ros @ sunquick oren (beat kembang setaman @ sehingga putih )
- 1 3/4 cwn tepung gandum (sangai)
Cara buat Bahulu
- Diayak. Masukkan sedikit dalam adunan telur kacau hingga sebati menggunakan spatula.
- Bakar suhu 200’C selama 10-12 minit.
- Api atas bawah.
- Seperti biasa lanserkan acuan dengan minyak panaskan acuan terlebih dahulu lebih kurang 10 minit didalam oven.
Sumber: Love Linawati Latip dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Kuih Tradisional Yang Sesuai Dibuat Minum Petang?
Jika mahukan kelainan, bahulu boleh juga dicicah dengan minuman sejuk seperti sirap. Kopi apatah lagi. Selain bahulu, terdapat beberapa lagi kuih tradisional yang sesuai dibuat minum petang. Antaranya adalah:
1. Kuih Bangkit
Kuih bangkit adalah sejenis biskut tradisional yang diperbuat daripada tepung ubi kayu, santan dan gula. Ia mempunyai tekstur yang mudah hancur di mulut dan merupakan kuih yang popular semasa perayaan.
2. Kerepek Pisang
Kerepek Pisang adalah sejenis kudap-kudap yang dibuat daripada pisang yang dipotong nipis lalu digoreng ke dalam minyak yang dicampur sedikit air garam dan marjerin.
3. Kuih Sagu
Kuih sagu adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung sagu, gula dan air pandan. Ia biasanya berwarna merah jambu atau putih dan mempunyai bentuk yang kecil seperti mutiara.