Air Mangga ialah minuman yang lazat diperbuat daripada buah mangga yang diproses bersama air dan pemanis. Ia merupakan minuman yang popular di Malaysia, terutamanya semasa musim panas dan bulan Ramadan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah mangga masak, gula, air dan ais kiub. Cara membuatnya adalah dengan mengupas mangga dan memotongnya, kemudian kisar bersama air dan gula sehingga sebati. Tapis campuran tersebut dan hidangkan dengan ais.

1. Resepi Air Mango Dessert

Bahan-bahan

  • 3 cwn susu segar
  • 1 paket serbuk jelly flavour mangga (masak & sejukkan serta di potong dadu)
  • 1/2 cwn whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
  •  1 cwn susu pekat (ikut manis yang kita nak)
  • 1 cwn sagu (masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
  • 1 tin laici tin (ambil buah sahaja)
  •  2 biji mangga (dipotong dadu)

Cara buat Air Mango Dessert

  1. Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
  2. Siap untuk dihidang.

Sumber: Fatien Zaini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Air Mangga Susu Viral

Bahan-bahan

  • 1 kg Mangga susu yg masak (mangga lain kurang sesuai)

    sebab mangga susu warna cantik, wangi dan manis.
  • 6 sudu brown sugar
  • 5 sudu susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Air sejuk@ air masak 1,5 liter
  • Air batu secukupnya

Cara buat  Air Mangga Susu Viral

  1. Kupas mangga, masukkan brown sugar, susu pekat dan secubit garam tambahkan air sejuk@air masak.
  2. Kisar, tuang dalam jug besar dan masukkan air batu dan siap.
  3. Kegunaan garam supaya naikkan rasa lemak.

Sumber: Ash Seri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Simple Mango Shake

Bahan-bahan

  •  3/4 cawan susu segar
  • Sebiji mangga
  • 1/4 cawan air
  • Ais secukupnya
  • 1/4 cawan sunquick perisa mangga-letak sikit-sikit, adjust rasa masam manis guna sunquick mangga.

Cara buat Simple Mango Shake

  1. Blend semua skali dan adjust rasa masam manis & lemak.
  2. Siap untuk di hidang dengan buah mangga potong, nak sedap lagi letak la aiskrim vanilla.

Sumber:Nur Natasha Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mango Lassi Segera

Bahan-bahan

  • 1 kotak minuman rasa mango
  • 1 kotak susu segar
  • Secubit garam
  • Ais
  • Susu pekat manis

    (bergantung berapa banyak ais dipakai)

Cara buat Mango Lassi Segera

  1. Satu kotak air mango bancuh bersama suku kotak susu segar, tambah garam, susu pekat, ais.
  2. Kacau dan siap untuk dihidang.

Sumber: Alis Gumiho dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Air Buah Yang Popular?

Selain rasanya yang manis, air mangga juga berkhasiat dek kerana sifat mangga yang penuh dengan fiber. Selain air mangga, ini ada 3 lagi cadangan air buag yang popular:

1. Air Kelapa

Minuman semula jadi yang diperolehi terus dari buah kelapa muda. Ia merupakan minuman yang menyegarkan dan kaya dengan mineral semula jadi, popular di gerai-gerai tepi jalan dan pasar malam.

2. Air Limau Ais

Minuman yang dibuat dengan mencampur jus limau nipis atau limau kasturi dengan air dan gula. Minuman ini terkenal dengan rasa masam manisnya yang menyegarkan.

3. Air Tebu

Minuman yang diperolehi dengan memerah tebu segar menggunakan mesin pemerah khas. Ia merupakan minuman tradisional yang masih popular sehingga kini dan boleh didapati di gerai-gerai jalanan.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply