4 Resepi Air Cocktail Buah-buahan

4.3/5 - (7 votes)

Air cocktail ialah sejenis minuman manis yang menggabungkan campuran buah-buahan dalam tin (fruit cocktail), susu cair, susu pekat manis, air batu dan kadangkala ditambah sirap atau aiskrim soda untuk memberi rasa lebih menyegarkan dan berkrim. Ia digemari sebagai pencuci mulut sejuk dengan rasa manis, lemak dan segar.

Fruit cocktail dalam tin biasanya mengandungi potongan buah pic, pear, nanas, anggur dan ceri dalam air gula. Campuran ini akan digabungkan dengan susu sejuk dan ais batu, menghasilkan minuman yang sejuk, berkrim dan berperisa buah yang menyenangkan. Ada juga versi yang menambah agar-agar, cincau, biji selasih atau nata de coco untuk menambah tekstur dan keunikan.

1. Resepi Air Cocktail Buah-Buahan

Bahan-bahan

  • 1@2 tin Susu Sejat
  • ½ tin Susu Pekat
  • 1 tin Buah-buahan dalam tin (buang air utk elak rasa masam, terpulang)
  • Sedikit Esen Vanilla
  • Garam secubit(bagi rasa lemak-lemak, baru umphhh)
  • Ais

Cara buat air cocktail buah-buahan

  1. Campurkan dan kacau susu sejat bersama susu pekat & garam hingga larut.
  2. Masukkan buah-buahan dalam tin dan letak ais gaul sebati.
  3. Dah siap untuk dinikmati!

Sumber: Siti Khadijah Binti Mohammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Air Cocktail Soda Mudah

Bahan-bahan

  • 1 tin cocktail
  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn ais soda
  • 1/2 cwn susu pekat

Cara buat air cocktail soda mudah

  1. Masuk semua dalam satu bekas dan kacau.
  2. Simpan dalam peti sejuk sekejap.
  3. Bila nk minum, boleh masuk ketul ais.
  4. Sedia untuk dinikmati.

Sumber: Iedaa Jahaya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

3. Resepi Air Cocktail Bandung Buah-Buahan

Bahan-bahan

  • 1 tin laici
  • 1 tin buah buahan campur
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • Perasa sirap
  • Ais

Cara buat air koktel bandung buah-buahan

  1. Campurkan semua bahan (tambah sedikit air jika nk kurangkan manis) .
  2. Tambah ais dan siap.

Sumber: Ira Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Air Cocktail Kayangan

Bahan-bahan

  • 1 liter fresh milk Dutch lady
  • 1 tin susu pekat
  • 2 block cincau (diparut/potong dadu )
  • 2 tin buah laici
  • 1 tin buah longan
  • 1 tin buah peach
  • 1 tin buah kabong
  • 2 biji buah naga
  • biji selasih secukupnya
    ( rendam biji selasih sekejap bagi kembang )
  • Sedikit garam
  • ais secukupnya

Cara buat air koktail kayangan

  1. Mula-mula cincau (diparut/potong dadu).
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk/bekas besar dan kacau sebati.
  3. Masukkan ais. Kacau dan hidangkan.

Sumber: Shuhada Are-da dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Leave a Comment