4 Resepi Air Jagung

5/5 - (1 vote)

Air jagung ialah minuman manis yang dibuat daripada pati jagung manis, gula dan susu, serta dicampur dengan air dan ais. Ia berwarna kuning cerah, bertekstur sedikit berkrim dan mempunyai rasa jagung yang lemak manis. Minuman ini sangat popular di bazar Ramadan, majlis rumah terbuka, atau sebagai minuman sejuk pada hari panas. Versi mudahnya menggunakan krimer manis (susu pekat), jagung dalam tin dan air masak.

Air jagung juga boleh dibuat lebih asli dengan mengisar isi jagung manis segar, kemudian ditapis dan dimasak bersama susu dan gula untuk mendapatkan pati yang lebih pekat dan semula jadi. Ia boleh dinikmati begitu sahaja atau ditambah dengan ketulan ais, sagu kecil, atau cincau sebagai pelengkap.

1. Resepi Air Jagung FY

Bahan-bahan

  • 2 liter air
  • 1/2 cwn pati jagung
  • 1 cwn gula (ikut sukatan manis anda )
  • 1 tin jagung manis ala krim dalam tin
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 sdk garam

Cara buat Air Jagung FY

  1. Masak air bersama gula, masak hingga air didih dan gula larut.
  2. Masukkan pati jagung ikut kepekatan dan aromanya.
  3. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin.
  4. Tutup api dan masuk kan susu pekat ikut kesesuaian citarasa. Hidangkan bersama ketulan ais.

Sumber: Fauziah Yahya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Air Jagung Pekat Kaw

Bahan-bahan

  • 5 cwn air masak
  • Susu pekat separuh tin
  • Susu cair
  • Sweet corn
  • Perisa jagung
  • Perisa sirap

Cara buat Air Jagung Pekat Kaw

  1. 5 cawan air masak smpai mendidih.
  2. Masukkan susu pekat separuh tin.
  3. Susu cair satu tin.
  4. Sweet corn satu tin.
  5. Perisa jagung half.
  6. Perisa sirap 2/3 sudu untuk warna air nampak menyerlah.
  7. kacau dan masak smpai didih.
  8. Tunggu sejuk sikit letak ais dan minum.

Sumber: Hafizah Haron dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Homemade Air Jagung Padu

Bahan-bahan

  • Minuman berperisa jagung
  • Perasa sirap ros
  • Sweet corn
  • Susu cair
  • Susu pekat

Cara buat Homemade Air Jagung Padu

  1. Air 2liter masakkan.
  2. Gula 1 cawan.
  3. Susu pekat 1 tin.
  4. Jagung 1 tin.
  5. Susu cair 3 sudu makan.
  6. Sirap ros 2 sudu makan.
  7. Perisa jagung setengah botol dan tuangkan dalam adunan.
  8. Garam sikit untuk tujuan melemakan.
  9. Kacau sampai mengelegak dan siap.

Sumber: Ameera dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Air Jagung Gula Melaka Pekat Likat

Bahan-bahan

  • Pati Air Jagung 3 sudu
  • Gula Merah atau Gula Melaka di masak hingga pekat 3 sudu
  • Susu Cair
  • Susu Pekat 2 sudu
  • Susu Fresh Milk
  • Jagung Hancur Tin

Cara buat Air Jagung Gula Melaka Pekat Likat

  1. Masukan gula melaka, pati jagung, susu pekat, susu cair dan kacau, masukan susu fresh milk mengikut sukatan yang korang suka.
  2. Masukan ais dan hiasan dengan jagung hancur dan air gula melaka.
  3. Kepekatan air jagung dan manis boleh di tambah dengn air,isi susu yng berlainan mempunyai lemak dan rasa berlainan dan khaw.

Sumber: Ain Faizah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Minuman Yang Popular?

Selain air jagung, minuman lain yang akan dicadangkan ini juga sering mendapat perhatian ramai. Ini 5 cadangan minuman yang popular:

1. Bandung

Bandung adalah minuman yang diperbuat daripada campuran susu cair dan sirap ros. Minuman ini sangat popular di Malaysia terutamanya semasa bulan Ramadan dan majlis-majlis keramaian.

2. Air Sirap

Air sirap adalah minuman yang diperbuat daripada sirap yang dicampur dengan air sejuk. Sirap yang biasa digunakan ialah perisa ros atau sirap masak yang mempunyai perisa gula melaka.

3. Air Soya

Air soya adalah minuman yang diperbuat daripada kacang soya yang telah diproses. Minuman ini kaya dengan protein dan seringkali dihidangkan sejuk atau panas mengikut citarasa.

4. Air Barli

Air barli adalah minuman yang diperbuat daripada biji barli yang direbus dengan air. Minuman ini biasanya ditambah dengan gula mengikut citarasa dan dihidangkan sejuk.

5. Air Cincau

Air cincau adalah minuman yang diperbuat daripada daun cincau yang diproses menjadi jeli hitam. Minuman ini biasanya dicampur dengan air gula dan boleh ditambah dengan susu cair untuk rasa yang lebih sedap.

Leave a Comment