Check-in ialah proses di mana anda sebagai penumpang diluluskan untuk memasuki kapal terbang sebelum kapal terbang berlepas. Syarikat penerbangan biasanya menggunakan kaunter perkhidmatan yang akan dikendalikan oleh salah seorang staf mereka ataupun agen pengendalian untuk mengendalikan sesi check-in.
Check-in biasanya akan dijalankan dari 25 minit sehingga 2 jam bergantung kepada destinasi dan syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan seperti AirAsia menyediakan pelbagai kemudahan supaya penumpang dapat check-in dengan lebih mudah dan tepat pada masanya tanpa sebarang kesulitan.
Panduan Check In Air Asia
Bagaimana Cara Check In AirAsia?
Terdapat beberapa cara untuk check-in yang anda boleh gunakan:
1. Check-in di kaunter
2. Check-in guna aplikasi di telefon bimbit
3. Check-in di kiosk
4. Self web check-in online
1. Cara Check-in di Kaunter
Ini adalah cara yang paling biasa digunakan oleh penumpang. Anda hanya perlu pergi ke kaunter dan sediakan segala dokumen yang diminta oleh staf. Setelah itu, boarding pass AirAsia akan diberi kepada anda dan anda boleh check-in bagasi anda yang akan dibawa bersama semasa penerbangan. Pastikan anda tiba awal kerana kaunter check-in akan ditutup 60 minit sebelum waktu pelepasan.
2. Cara Check-in Guna Aplikasi di Telefon Bimbit
Untuk check-in menggunakan aplikasi AirAsia di telefon bimbit, mula-mula download aplikasi AirAsia dari Google Play Store (Android) atau App Store (iOS). Buka aplikasi dan tekan butang “CHECK-IN”. Periksa jika anda layak untuk mobile check-in. Pilih lapangan terbang berlepas dan masukkan nombor tempahan. Pilih nama penumpang untuk check-in. Anda boleh memilih tempat duduk (ada bayaran) dan menambah bagasi berbayar jika perlu. Akhir sekali, download E-Boarding Pass atau gunakan kod bar 2D. Pada hari pelepasan, bawa boarding pass. Jika ada bagasi, hantar ke kaunter drop-off. Jika tiada, terus ke kaunter semakan dokumen untuk pengesahan.
Perhatian: Mobile check-in tidak tersedia untuk wanita mengandung, penumpang di bawah 16 tahun tanpa ditemani, penumpang sakit/kurang upaya, dan penumpang dengan bayi.
3. Langkah-langkah Check-in di Kiosk
Untuk check-in di kiosk AirAsia, pastikan anda mempunyai nombor tempahan atau itinerari penerbangan. Pergi ke kiosk paling lewat sejam sebelum pelepasan. Sentuh skrin untuk paparkan menu. Pilih bahasa dan tekan butang “Check-In”. Tekan “Enter Booking Number” dan masukkan nombor tempahan. Cahaya merah akan menyala – imbas kod bar pada itinerari anda dalam jarak 5cm. Sahkan butiran yang tertera. Kiosk akan mencetak boarding pass. Pergi ke kaunter semakan dokumen untuk mengesahkan dokumen perjalanan. Hantar bagasi di kaunter drop-off bagasi paling lewat sejam sebelum berlepas. Check-in anda selesai.
4. Langkah-langkah Self Web Check-in Online
Untuk check-in online, pergi ke laman web AirAsia di https://www.airasia.com/check-in/en/gb paling awal 14 hari sebelum tarikh penerbangan. Web check-in akan ditutup sejam sebelum pelepasan untuk penerbangan bukan AirAsia X, dan 4 jam untuk AirAsia X.
Pada laman check-in, masukkan bandar berlepas, nombor tempahan, dan nama terakhir/panggilan. Tekan “Search”. Tanda nama anda, semak tarikh lahir dan negara, dan tekan “Continue”. Terima notis barangan merbahaya. Di seksyen Add-ons, anda boleh membeli bagasi tambahan atau tukar tempat duduk (jika perlu). Selesaikan pembayaran. Setelah bayaran berjaya, anda akan kembali ke laman AirAsia di seksyen Boarding Pass. Semak butiran, isi kaji selidik, dan cetak/muat turun boarding pass. Bawa boarding pass, dokumen pengenalan dan visa (jika perlu) ke lapangan terbang.
Perhatian: Web check-in tidak tersedia untuk wanita mengandung, penumpang di bawah 16 tahun tanpa ditemani, penumpang sakit/kurang upaya, dan penumpang dengan bayi.
Selepas check-in, jangan lupa untuk meneroka pelbagai lokasi menarik di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Langkawi, Penang, Kota Kinabalu, Kuching dan banyak lagi. Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya, makanan yang lazat, pantai yang indah serta alam semula jadi yang menakjubkan untuk anda nikmati.
15 Comments
Bagaimana untuk check in anak bawah 12 tahun yang belum mempunyai vaksin QR code kerana ini diminta semasa hendak check in kan untuk anak, sedangkan anak belum boleh mengambil vaksin.
Saya juga menunggu jawapan yang sama..dan perlu ke buat PCR untuk penerbangan dari KL ke JB
ya saya juga sedang cari kaedah check in utk kanak-kanak bawah 12 tahun…tiada qr code untuk disertakan. Mohon Air asia respon
Hi. mintk tolong writer/sesiapa yg ada info. saya cuba self check in. tpi sekarang perlu masukkan QR my sejahtera. dh cuba upload dan tk lepas. katanya perlu verification. boleh anyone bantu sbb apparently ada attemp pulak nak upload.
Thank you in advance
Assalamualaikum.. Minta tolong writer. . bagaimana Cara nak tukar distinasi sbb flight sya Ada 2 tarikh yg berdekat distinasi yg Sama 05/05/22 Kl-sdk
Dan 15/05/22 Kl-sdk yg tarik ni sya nak tukar sdk-kl bole ke sya X tau Cara mcm mana
Untuk baby setahun + kena ad surat beranak ka
Assalamualaikum..
Sya dah tempah tiket penerbangan KL ke Dhaka pada 14/3/2022, sya sudah ambil tast PCR pada 12/3/2022, skg penerbangan ditunda pada 15/3/2022, boleh ke sya terus menguna PCR tersebut, tlg beri info terkini ni no tel sya 0123929406
Cadangan saya supaya meletak satu staff Airasia di Kiosk centre”CHECK IN” supaya dapat membantu para penumpang yang mengalami masalah,kesulitan atau orang tua2 yang kurang pandai dalam dunia moden tentang cara2 check in di kiosk supaya dapat mempermudahkan urusan dan melancarkan penerbangan mereka nanti.
Hi. My name is KOK SOCK GIAN. From Malaysian. I alreadry booking flights tickets on 17th July 2022 to Philippines. I done 2 dose vaccine and one booster. Can I ask I need do the PCR test or Art test before have departure? I waiting for your reply. Thank you.
Terima kasih tuan…. sangat bermanafaat bagi saya yang tak reti naik kapal terbang nie….
Saya ter cek in online tapi saya ada bayi boleh ke cek in dekat kaunter sekali lagi?
Saya OKU, saya nak tanya, bole ke saya ke mendaftar di kaunter 2 jam sebelum penerbangan?
Saya ni OKU, saya nak tanya, bole ke saya ke mendaftar di kaunter 2 jam sebelum penerbangan?
hello boleh tolong tak,nak tnya kalau sparepart motor saya bawak dalam handcarry boleh keee??barang x tajam cuma meterial besi
HI…
1 .Bagaimana jika ada kesalahan ejaan nama pada boarnding pass ,tetapi no ic betul
2. Bolekah tiada binti @ bin pada boarnding pass