Kandungan
Check-in ialah proses di mana anda sebagai penumpang diluluskan untuk memasuki kapal terbang sebelum kapal terbang berlepas. Syarikat penerbangan biasanya menggunakan kaunter perkhidmatan yang akan dikendalikan oleh salah seorang staf mereka ataupun agen pengendalian untuk mengendalikan sesi check-in.
Check-in biasanya akan dijalankan dari 25 minit sehingga 2 jam bergantung kepada destinasi dan syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan seperti AirAsia menyediakan pelbagai kemudahan supaya penumpang dapat check-in dengan lebih mudah dan tepat pada masanya tanpa sebarang kesulitan.
Bagaimana Cara Check In AirAsia?
Terdapat beberapa cara untuk check-in yang anda boleh gunakan:
1. Check-in di kaunter
2. Check-in guna aplikasi di telefon bimbit
3. Check-in di kiosk
4. Self web check-in online
1. Cara Check-in di Kaunter
Ini adalah cara yang paling biasa digunakan oleh penumpang. Anda hanya perlu pergi ke kaunter dan sediakan segala dokumen yang diminta oleh staf. Setelah itu, boarding pass AirAsia akan diberi kepada anda dan anda boleh check-in bagasi anda yang akan dibawa bersama semasa penerbangan. Pastikan anda tiba awal kerana kaunter check-in akan ditutup 60 minit sebelum waktu pelepasan.
2. Cara Check-in Guna Aplikasi di Telefon Bimbit
Untuk check-in menggunakan aplikasi AirAsia di telefon bimbit, mula-mula download aplikasi AirAsia dari Google Play Store (Android) atau App Store (iOS). Buka aplikasi dan tekan butang "CHECK-IN". Periksa jika anda layak untuk mobile check-in. Pilih lapangan terbang berlepas dan masukkan nombor tempahan. Pilih nama penumpang untuk check-in. Anda boleh memilih tempat duduk (ada bayaran) dan menambah bagasi berbayar jika perlu. Akhir sekali, download E-Boarding Pass atau gunakan kod bar 2D. Pada hari pelepasan, bawa boarding pass. Jika ada bagasi, hantar ke kaunter drop-off. Jika tiada, terus ke kaunter semakan dokumen untuk pengesahan.
Perhatian: Mobile check-in tidak tersedia untuk wanita mengandung, penumpang di bawah 16 tahun tanpa ditemani, penumpang sakit/kurang upaya, dan penumpang dengan bayi.
3. Langkah-langkah Check-in di Kiosk
Untuk check-in di kiosk AirAsia, pastikan anda mempunyai nombor tempahan atau itinerari penerbangan. Pergi ke kiosk paling lewat sejam sebelum pelepasan. Sentuh skrin untuk paparkan menu. Pilih bahasa dan tekan butang "Check-In". Tekan "Enter Booking Number" dan masukkan nombor tempahan. Cahaya merah akan menyala - imbas kod bar pada itinerari anda dalam jarak 5cm. Sahkan butiran yang tertera. Kiosk akan mencetak boarding pass. Pergi ke kaunter semakan dokumen untuk mengesahkan dokumen perjalanan. Hantar bagasi di kaunter drop-off bagasi paling lewat sejam sebelum berlepas. Check-in anda selesai.
4. Langkah-langkah Self Web Check-in Online
Untuk check-in online, pergi ke laman web AirAsia di https://www.airasia.com/check-in/en/gb paling awal 14 hari sebelum tarikh penerbangan. Web check-in akan ditutup sejam sebelum pelepasan untuk penerbangan bukan AirAsia X, dan 4 jam untuk AirAsia X.
Pada laman check-in, masukkan bandar berlepas, nombor tempahan, dan nama terakhir/panggilan. Tekan "Search". Tanda nama anda, semak tarikh lahir dan negara, dan tekan "Continue". Terima notis barangan merbahaya. Di seksyen Add-ons, anda boleh membeli bagasi tambahan atau tukar tempat duduk (jika perlu). Selesaikan pembayaran. Setelah bayaran berjaya, anda akan kembali ke laman AirAsia di seksyen Boarding Pass. Semak butiran, isi kaji selidik, dan cetak/muat turun boarding pass. Bawa boarding pass, dokumen pengenalan dan visa (jika perlu) ke lapangan terbang.
Perhatian: Web check-in tidak tersedia untuk wanita mengandung, penumpang di bawah 16 tahun tanpa ditemani, penumpang sakit/kurang upaya, dan penumpang dengan bayi.
Selepas check-in, jangan lupa untuk meneroka pelbagai lokasi menarik di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Langkawi, Penang, Kota Kinabalu, Kuching dan banyak lagi. Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya, makanan yang lazat, pantai yang indah serta alam semula jadi yang menakjubkan untuk anda nikmati.