2 Resepi Kek Gula Hangus Kukus

Kek Gula Hangus ini biasanya dimasak dengan kaedah kukus, untuk memberikan tekstur kek yang lembap dan padat. Proses membuatnya dimulakan dengan memanaskan gula sehingga ia cair dan menjadi keperangan, untuk mendapatkan rasa karamel. Gula hangus ini kemudian dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti telur, susu pekat, tepung, dan sedikit esen vanila untuk menambah keenakan kek ini.

Selepas semua bahan dicampurkan, adunan kek akan dikukus dalam periuk kukus selama beberapa jam hingga kek masak sepenuhnya. Kaedah kukus ini memastikan kek tetap lembap dan tidak kering, berbanding dengan kaedah bakar. Kek Gula Hangus Kukus sering disajikan sebagai pencuci mulut atau hidangan untuk majlis istimewa.

1. Resepi Kek Gula Hangus Kukus (Sarang Semut)

Bahan-bahan Kek Gula Hangus Kukus (Sarang Semut)

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan marjerin
  • 4 biji telur gred B.
  • 3/4 cawan susu pekat manis – boleh guna 1/2 cawan jika nak kurang manis
  • 2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
  • 1 penutup botol esen vanilla

Cara nak buat Kek Gula Hangus Kukus (Sarang Semut)

  1. Cairkan gula guna api sederhana hingga hangus ( keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati.
  2. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika.
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.
  4. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.
  6. Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata.
  7. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati.
  8. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin.
  9. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.
  10. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nak bakar, panaksan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Masa mungking berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.

Sumber: Nur Hani Izzati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kek Gula Hangus Mudah

Bahan-bahan Kek Gula Hangus Mudah

  • 3 biji telur A
  • 1/2 cawan susu (cawan metrik 125ml)
  • 1 cawan tepung (cawan metrik 250ml)
  • 1 sudu penuh soda bikarbonat (sudu metrik 7.5ml)
  • 1 sudu baking powder (sudu metrik 2.5ml)

Cara nak buat Kek Gula Hangus Mudah

  1. Pukul semua bahan menggunakan whisk hingga sebati. Asingkan adunan dan letakkan di tepi.
  2. Masak 1 cawan gula dalam kuali dengan hujung sudip sambil digaul perlahan-lahan. Jangan gaul terlalu kuat, kerana jika terlalu lama atau kuat, gula boleh hangus dan membuat kek menjadi pahit. Biarkan gula cair sepenuhnya.
  3. Masukkan 1 cawan air panas (saya menggunakan air Cockoo) ke dalam gula cair tersebut. Gaul hingga sebati dan biarkan beberapa saat sehingga muncul buih-buih naik. Kemudian, tutup api.
  4. Masukkan campuran gula cair ke dalam adunan bahan pertama yang telah disediakan (telur, susu, tepung, soda bikarbonat, dan baking powder). Aduk rata, kemudian letakkan di tepi.
  5. Cairkan Planta (setengah cawan menggunakan cawan susu pekat yang sama). Masukkan ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Esen vanila boleh ditambah jika suka, namun jika tiada, tidak memberi kesan besar pada rasa.
  6. Sediakan acuan kecil dan lapik dengan kertas minyak, serta sapu Planta di tepi acuan. Tuang adunan ke dalam acuan dan tapis untuk memastikan adunan lebih halus.
  7. Sediakan periuk kukus dan letakkan air. Bungkus acuan dengan aluminium foil atau lapik dengan piring steel jika mahu. Masukkan acuan berisi adunan ke dalam air mendidih dan kukus dengan api paling kecil selama 1 jam 30 minit. Ini adalah kaedah water bath, jadi tidak perlu menunggu air mendidih sepenuhnya sebelum mengukus.
  8. Setelah selesai, kek boleh diangkat dan dibiarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Sumber: Sheriana Bt Iberahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Resepi Kek Gula Hangus Kukus, Apa Lagi Resepi Kek Popular dan Sedap

Selain Kek Gula Hangus Kukus, berikut adalah beberapa resepi kek popular dan sedap yang sering menjadi pilihan ramai kini. Anda boleh jadikan sebagai idea untuk resepi kek.

1. Kek Red Velvet

Kek Red Velvet adalah pilihan kek yang menarik dengan warna merah yang menawan. Kek ini mempunyai lapisan krim keju di atasnya. Gabungan rasa manis dan sedikit masam dari keju memberikan kek ini keunikan rasa yang memikat selera. Tekstur kek yang lembut dan ringan menjadikannya sangat disukai ramai.

2. Kek Coklat Moist

Kek Coklat Moist adalah pilihan terbaik untuk pencinta coklat. Kek ini terkenal dengan teksturnya yang lembap dan berair, menjadikannya sangat sedap dimakan begitu sahaja. Untuk menambah keenakan, kek ini juga sedap dinikmati bersama sedikit krim atau aiskrim.

3. Kek Carrot

Kek Carrot adalah kek yang lembap dan penuh dengan rasa manis semulajadi dari lobak merah yang digunakan dalam pembuatannya. Ditambah dengan kacang walnut atau kismis, kek ini bukan sahaja enak, tetapi juga memberikan tekstur sedikit rangup. Kek ini biasanya dihiasi dengan lapisan krim keju yang lembut dan sedikit masam, memberikan keseimbangan rasa yang sempurna antara manis dan savoury.

4. Kek Cheesecakw

Kek Cheesecake adalah kek mempunyai lapisan keju yang lembut dan manis, memberikan rasa yang sangat memuaskan bagi penggemar kek. Kek ini biasanya dibuat dengan asas biskut yang rangup, dan lapisan keju yang berkrim di atasnya. Dengan kombinasi rasa manis dan sedikit masam dari keju, kek ini sangat sempurna untuk dinikmati sebagai pencuci mulut.

Leave a Comment