Jika anda mencari resipi masakan Kantonis, yee mee Kantonis adalah salah satu hidangan yang patut dicuba. Resipi ini menggunakan yee mee sebagai bahan utama, yang akan digoreng terlebih dahulu sebelum dicurahkan dengan kuah.
Kuah ini dibuat daripada rebusan ayam atau daging, kicap, sos tiram, serta tepung jagung untuk memekatkannya. Kebiasaannya, yee mee ini dihidangkan bersama sayur sawi atau bahan protein lain seperti ayam, udang, atau daging. Anda juga boleh menambah telur mata cair di atas yee mee untuk menambahkan lagi keenakan hidangan ini.
Yee mee Kantonis boleh dihidangkan dalam mangkuk atau claypot untuk mengekalkan kepanasan dan aroma yang lebih menyelerakan.
1. Resepi Yee Mee Kantonis Mudah
Bahan-bahan Yee Mee Kantonis Mudah
- Ayam
- Bawang putih
- Bawang merah
- Spring onion
- Lada sulah
- Mushroom seasoning
- Garam/Gula/oyster sos
- Telur
- Tepung jagung (bancuh ngan air, utk memekatkan kuah)
- Air
- Carrot
- Sawi batang putih + Celery + Cendawan (cendawan osyter, king, White shimeji)
- Cili padi (saya guna sebijik je, sebab tak tahan pedas sgt)
- Minyak bijan
- Minyak utk menumis
- Yee Mee
Cara nak buat Yee Mee Kantonis Mudah
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, daun bawang, dan cili padi hingga layu dan naik bau. Masukkan ayam dan lobak merah, kacau hingga ayam masak.
- Tambahkan air ke dalam kuali diikuti lada sulah, serbuk perasa cendawan, garam, gula, dan sos tiram. Kacau sebati dan perasakan mengikut citarasa. Apabila kuah sudah cukup rasa, masukkan minyak bijan.
- Biarkan kuah mendidih, kemudian masukkan cendawan dan sawi. Setelah itu, tuangkan telur sambil dikacau perlahan-lahan untuk mendapatkan tekstur “ribbon”.
- Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau, pastikan kuah tidak terlalu pekat.
- Panaskan yee mee dalam kuali tanpa minyak sehingga sedikit rangup. Gunakan api perlahan supaya tidak hangus.
- Letakkan yee mee ke dalam mangkuk atau pinggan. Tuangkan kuah panas di atasnya.
- Jika suka pedas, sediakan kicap cili padi sebagai pencicah.
Sumber: Exfalily Kasim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Yee Mee Cantonesse
Bahan-bahan Yee Mee Cantonesse
- Yee Mee Kering
- Minyak masak
- Bawang putih 5 ulas cincang dengan berhati-hati
- Halia 1 inci cincang juga
- Cili padi merah 5 ulas ( Potong dan letak dalam kicap cair)
- Sayur pelbagai jenis jika suka ( Saya tak letak )
- Ayam bahagian isi 1 ketul potong 4
- Ayam bahagian tulang 2 ketul potong 4
- Telur 2 biji pecah kan letak di dalam mangkuk
- Air 4 cawan
- Air bancuhan tepung jagung 3 sudu
Bahan perasa
- Garam
- Serbuk lada putih
- Sos tiram
- Cukup rasa
- Kicap cair
- Minyak bijan
Cara nak buat Yee Mee Cantonesse
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga garing dan naik bau.
- Masukkan ayam dan fish ball, biarkan ia mengeluarkan air sendiri. Teruskan memasak hingga airnya kering dan ayam menjadi sedikit garing.
- Masukkan garam, lada sulah, dan sos tiram. Kacau sebati, kemudian tuangkan air dan biarkan mendidih.
- Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga kuah mencapai kepekatan yang diingini.
- Setelah kuah mendidih, tuangkan telur perlahan-lahan sambil dikacau dalam satu arah (mengikut arah jam) untuk mendapatkan tekstur berjalur.
- Rasa kuah dan tambah sedikit garam jika perlu. Akhir sekali, masukkan minyak bijan dan kacau sebati.
- Letakkan yee mee kering dalam pinggan. Tuangkan kuah panas ke atas mi dan susun isi ayam serta fish ball di atasnya.
Sumber: Nur Syaa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Resepi Yee Mee Kantonis, Apa Lagi Resepi Yee Mee yang Sedap
Selain Yee Mee Kantonis, ada banyak lagi variasi resepi yee mee yang sedap dan boleh dicuba. Berikut adalah beberaoa idea cadangan resepi yee mee untuk anda.
1. Claypot Yee Mee
Claypot Yee Mee dimasak dengan yee mee rangup yang direndam dalam kuah pekat berasaskan sup ayam atau sup daging. Hidangan ini dihidangkan bersama dengan cendawan, sawi, bebola ikan, dan isi ayam yang menyerap kepekatan kuah, menjadikannya lebih enak. Untuk menambah kelembutan dan tekstur berkrim, telur separuh masak diletakkan di atas yee mee. Dimasak dalam claypot, aroma yee mee ini menjadikan lebih wangi.
2. Yee Mee Hailam
Yee Mee Hailam dimasak dalam kuah kicap pekat. Mempunyai rasa yang menggabungkan ayam, udang, dan sayur seperti sawi serta lobak merah untuk keseimbangan tekstur. Kuah yang meresap ke dalam yee mee menjadikannya lebih lembut.
3. Yee Mee Goreng Kering
Yee Mee Goreng Kering dimasak dengan yee mee yang digoreng garing bersama kicap manis, sos cili, dan isi ayam, menghasilkan mee yang beraroma dengan rasa manis, pedas. Walaupun tanpa kuah, hidangan ini tetap menarik dan memberikan tekstur rangup di luar dan sedikit kenyal di dalam. Ditambah dengan sayur seperti kubis atau sawi serta taburan bawang goreng, setiap suapan memberikan keseimbangan rasa yang memikat dan memuaskan selera.
4. Yee Mee Tomyam
Yee Mee Goreng Tomyam dimasak dengan pes tomyam dan digoreng bersama ayam, seafood seperti udang dan sotong, serta sayur seperti kubis dan lobak merah. Gabungan rasa masam, pedas, dan sedikit manis dari tomyam menjadikan hidangan ini lebih unik dan membangkitkan selera. Ditambah dengan hirisan daun limau purut, aroma segarnya menyerlahkan lagi keaslian rasa Thai.