Kobis Cina adalah sejenis sayuran dari keluarga kubis (Brassicaceae) yang dikenali juga sebagai kobis putih dan sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Kobis Cina ini berbentuk panjang, dengan daun berlapis-lapis dan bahagian putih di tengah. Selain itu, kobis Cina juga mempunyai sedikit perbezaan berbanding kobis bulat yang biasa.
Ia mempunyai tekstur yang rangup, lebih ringan, dan kurang padat berbanding dengan kobis biasa. Resepi dengan kobis Cina kebiasaannya digunakan dalam masakan Cina, Korea, dan Jepun, dan sangat dikenali dalam pembuatan kimchi di Korea. Kobis Cina juga kaya dengan nutrisi seperti vitamin C, vitamin K, dan asid folik, serta mengandungi antioksidan yang baik untuk kesihatan.
1. Resepi Kimchi
Bahan-bahan Kimchi
- Kobis cina 1kg
- Lobak merah-dipotong panjang
- Lobak putih-dipotong panjang
- Daun bawang -dipotong panjang
- Bawang besar/putih
- Halia
- Epal merah
- Sos ikan
- Serbuk cili(bestari) *ikut suka
- Tepung pulut
Bahan rendaman
- Bawang putih 10ulas
- 1 labu bwang besar
- Seinci halia
- 1 biji epal merah
- 4 sudu besar sos ikan
- Gula
Bahan masak
- Tepung pulut
- Air
Cara nak buat Kimchi
- Blend semua bahan yang perlu diblend hingga sebati.
- Campurkan bahan yang telah diblend dengan serbuk cili (saya gunakan 4 sudu besar, tetapi boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan masing-masing). Kacau hingga sebati.
- Masukkan bahan yang telah dimasak ke dalam campuran blend tadi. Gaul hingga rata.
- Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran seperti kobis yang telah direndam, dicuci bersih, dan ditoskan sekejap. Kacau sehingga semua bahan bercampur dengan sempurna.
Sumber: Jiha Wahab dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sayur Campur
Bahan-bahan Sayur Campur
- 2 biji bawang merah di mayang
- 2 ulas bawang putih ketuk
- 1 biji telur
- 1 sdb tepung jagung
- 2 sdb sos tiram
- ½ ketul pati kiub ayam
- 3’4 biji cili padi
- Air secukupnya
- 5 biji cendawan kering rendam air panas
- ½ bungkus fish ball
- 1 ketul fish cake
- Sedikit batang saderi
Cara nak buat Sayur Campur
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan bawang merah dan batang saderi, tumis hingga wangi.
- Tambahkan air mengikut sukatan kuah yang diinginkan.
- Masukkan fish ball, fishcake, sos tiram, pati kiub ayam, lobak merah, cendawan, dan putik jagung. Renehkan seketika.
- Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau perlahan.
- Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, sayur-sayuran lain, dan cili.
- Masak hingga kuah mendidih, kemudian padamkan api.
- Hidangkan dan sedia dinikmati.
Sumber: Cik Puan Jue dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Kobis Cina, Apa Lagi Resepi Sayur yang Menarik
Jika anda peminat makanan sayur, terdapat pelbagai jenis resepi sayaur yang menarik dan mudah dicuba. Berikut kami senaraikan beberapa resepi sayur untuk anda.
1. Bayam Masak Lemak Putih
Untuk menyediakan bayam masak lemak putih, bahan yang diperlukan adalah bayam, santan, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam, dan serbuk perasa. Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis hingga naik bau. Kemudian, masukkan santan ke dalam kuali dan biarkan ia mendidih. Setelah itu, masukkan bayam dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa mengikut citarasa. Masak hingga semua bahan sebati dan bayam menjadi lembut.
2. Peria Goreng Telur
Peria dihiris nipis dan direndam dengan garam untuk menghilangkan rasa pahit, telur, bawang besar, dan cili merah. Mula-mula, tumis bawang besar dan cili merah hingga layu. Kemudian, masukkan peria dan goreng sehingga hampir masak. Setelah itu, pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau hingga sebati dengan peria.
3. Kangkung Goreng Belacan
Bahan-bahan dalam resepi ini adalah kangkung, belacan, cili padi, dan bawang putih. Mula-mula, tumbuk cili padi, bawang putih, dan belacan sehingga lumat. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan kangkung ke dalam kuali dan gaul hingga sebati. Masak seketika sehingga kangkung layu dan semua bahan bercampur rata.
4. Bendi Goreng Cili Api
Resepi ini juga mudah. Bahan diperlukan seperti bendi, belacan, cili merah, dan bawang merah. Mula-mula, tumbuk belacan, cili merah, dan bawang merah hingga lumat. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk tersebut hingga naik bau. Masukkan bendi ke dalam kuali, gaul rata, dan masak hingga bendi menjadi lembut.