Kek lapis sangat terkenal di Sarawak dan Indonesia. Ia mendapat perhatian kerana keunikannya yang mempunyai lapisan berwarna-warni, corak cantik, dan pelbagai jenis variasi. Kek ini terdiri daripada lapisan-lapisan kek yang dibakar atau dikukus satu persatu sebelum dipotong.
Bahan utama untuk membuat kek lapis termasuk tepung gandum, telur, marjerin, gula, susu pekat, dan perisa tambahan seperti pandan, koko, atau rempah.
Teknik penyediaan kek ini juga agak rumit, di mana setiap lapisan dibakar secara berasingan untuk mendapatkan bentuk dan warna yang cantik. Proses ini memerlukan ketelitian dan kesabaran tinggi. Kini, terdapat pelbagai variasi kek lapis dengan corak dan warna yang menarik perhatian, menjadikannya pilihan yang popular.
1. Resepi Kek Lapis Masam Manis
Bahan-bahan Kek Lapis Masam Manis
- 4 biji telur gred A
- 2 cwn tepung biskut marie (biskut marie tu kisar halus)
- Setengah cawan susu pekat manis
- 4 sudu srikaya yeos
- 80 ml susu cair
- 250gm butter atau margarine
- 1 sudu besar ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil baking powder
- Asam hawflakes (masam manis)
Cara nak buat Kek Lapis Masam Manis
- Pukul butter dan susu pekat hingga kembang dan ringan. Masukkan telur satu persatu, diikuti dengan ovalett dan esen vanila.
- Ayak tepung biskut marie bersama baking powder dan susu cair. Masukkan ke dalam adunan butter tadi dan gaul sebati.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian, kemudian tambahkan pewarna pada setiap bahagian. Sediakan pengukus dan panaskan air kukusan terlebih dahulu.
- Ambil sekitar 2 sudu makan adunan dan masukkan ke dalam bekas. Susun hawflakes di atasnya, kemudian kukus. Ambil masa kira-kira 10 minit, kemudian keluarkan dan lapiskan dengan warna lain. Ulang proses lapisan sehingga habis.
- **Kukus setiap lapisan selama 10 minit dan 20 minit untuk lapisan terakhir.
- **Potong kek setelah ia betul-betul sejuk.
Sumber: Cikk Naa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kek Lapis Tembikai Cheese
Bahan-bahan Kek Lapis Tembikai Cheese
- 438g butter
- 10 biji telur
- 180g tepung gandum
- 25g gula castor
- 175g cream cheese
- 450g susu manis
- 50g horlick
- 50g coffeemate
- 1 sdm ovelet
- 1 sdm esen vanila
- Pewarna kuning lemon dan hijau
- Coklat cip untuk tabur
Cara nak buat Kek Lapis Tembikai Cheese
Kek
- Adun seperti biasa.
- Bahagi adunan kepada:
- 4 lapis warna hijau (191g setiap lapis)
- 2 lapis warna asal
- 4 lapis warna kuning lemon (191g setiap lapis)
- 4 lapis warna kuning lemon
Bakar kek
- Bakar 2 lapis warna hijau terlebih dahulu. Kemudian, diikuti dengan selapis warna asal.
- Setelah itu, lapiskan dengan warna kuning dan taburkan coklat hingga habis. Ulang proses ini mengikut lapisan yang diperlukan. (Rujuk gambar).
- Saiz loyang yang digunakan adalah 8″x8″.
- Bakar dengan api atas sahaja.
Sumber: Mohd Samat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Kek Lapis, Apa Lagi Resepi Kek yang Sedap dan Mudah Dibuat
Selain kek lapis, terdapat banyak resepi kek yang sedap, mudah disediakan, dan sesuai untuk dicuba oleh semua peringkat kemahiran memasak. Berikut adalah beberapa resepi kek.
1. Kek Coklat Kukus
Kek ini tidak perlu untuk membakar, hanya mengukus sesuai untuk yang baru berjinak untuk buat kek. Bahan utama kek ini tepung gandum, serbuk koko, gula, telur, minyak masak dan susu pekat. Campurkan bahan basah dan bahan kering secara berasingan, kemudian campurkan kedua-duanya. Kukus adunan selama 45-60 minit. Boleh tambah topping coklat ganache untuk lebih menarik.
2. Kek Marble
Kek klasik yang menjadi pilihan ramai. Bahan utama untuk buat kek ini tepung gandum, marjerin, gula,telur, serbuk penaik, esen vanila dan serbuk koko. Cara masak pukul adunan sehingga kembang masukkan telur dan pewarna dan bakar sehingga masak.
3. Kek Pisang
Kek ini menggunakan pisang yang masak ranum sebagai bahan utama. Bahan utama kek ini pisang lecek, tepung gandum, gula, minyak masak, telur, dan soda bikarbonat. Satukan bahan kering dan basah, kemudian kacau rata. Kemudian bakar sebelum dipotong.
4. Kek Butter
Salah satu kek klasik yang sedap mudah. Memang sedap. Bahan utama tepung gandum, mentega, gula kastor, telur, dan serbuk penaik. Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan tepung kemudian bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.