2 Resepi Mee Ladna Tekstur Kuah Pekat dan Likat

Mee ladna adalah sebuah hidangan yang berasal dari Thailand dan semakin popular di Malaysia. Walaupun berasal dari Thailand, tetapi resepi asal ini telah disesuaikan dengan citarasa tempatan. Tekstur kuah mee ladna ini kebiasaannya sedikit pekat dan likat kerana diperbuat daripada campuran tepung jagung.

Resepi mee ladna ini tidak semestinya menggunakan mee kuning sebagai bahan utama, boleh jugak digantikan dengan yee mee atau mengikut kesesuaian masing-masing. Cara masak mee ladna ini pula, kuah mee akan dimasak secara berasingan sehingga menampakkan tesktur likat, selepas itu akan dicurahkan ke atas mee yang telah dicelur terlebih dahulu. Hidangan ini akan dipadankan bersama sayur, daging ayam atau telur.

1. Resepi Mee Ladna Tomyam Banjir

Bahan-bahan Mee Ladna Tomyam Banjir

Bahan A

  • Bawang putih 4 ulas di haluskan
  • 1 sudu pes tomyam
  • 1 btg serai dikettuk
  • Daun limau purut
  • 1/2 biji perahan limau nipis
  • 2 sudu tepung jagung
  • Mee secukupnya
  • Kicap digaul pada mee
  • Sos ikan 1/2 sudu
  • Stock ayam
  • Cili api 4 di ketuk
  • Sedikit daun ketumbar

Bahan sayur

  • Sawi bunga
  • Carrot
  • Sebatabg celery
  • Cendawan butang
  • Kacang sepat
  • Brokoli

Bahan rencah

  • Udang
  • fish kek
  • fish ball
  • Ayam kalau suka

Cara nak buat Mee Ladna Tomyam Banjir

  1. Tumis separuh bawang putih goreng dengan mee yang dicampur kica, angkat dan masukkan dalam mangkuk.
  2. tumis bawang putih dan serai.
  3. Masukkan stok ayam mengikut banyak mana kuah, kalau tak ada masukkan air dan kiub ayam, masukkan pes tomyam seterusnya semua bahan A. Masukkan rencah udang fish kek dan fish ball. Masukkan sayur garam ikut rasa dan gula sedikit.
  4. Sudah mendidih masukkan semua sayuran diatas akhir sekali bancuhan tepung jagung dengan sedikit air kemudian kacau hingga sedikit pekat sesuaikan rasa kemudian tuang kuah diatas mee.

Sumber: Sabariah Rashid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Mee Ladna Mudah

Bahan-bahan Mee Ladna Mudah

  • 500g mee kuning
  • 2 keping dada ayam
  • 1 buku bunga kobis saiz kecik je potong
  • 1 biji tomato belah empat
  • 1/2 batang lobak potong serong belah dua
  • 1 biji lada besar hiris halus
  • 6 ulas bawang putih 3ulas tumbuk/cincang, 3ulas ketuk je
  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • 1 keping fish cake potong kecik
  • 1 biji telur
  • 3 sudu tepung jagung
  • 1 buku kiub ayam
  • Sedikit kicap
  • Sedikit minyak
  • Air
  • Garam
  • Gula

Cara nak buat Mee Ladna Mudah

  1. Gaulkan kicap dengan mee. Kemudian tumis 3 ulas bawang putih yang dah ditumbuk/cincang. Bila dah naik bau masukan mee. Goreng tak perlu lama sangat kemudian angkat dan masukan mee dalam mangkuk.
  2. Guna kuali yang sama tak perlu basuh kemudian terus masukan air, ayam, bawang besar, bawang putih, lobak, kiub ayam.
  3. Bila dah didih, masukan lada besar, bunga kobis, garam dan gula. Bila rasa dah okay pecahkan telur dan terus kacau. Kemudian masukan bancuhan tepung jagung dan kacau. Kuah jangan pekat sangat nanti tak sedap.

Sumber: Lelawati Lela dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Mee Ladna, Apa Lagi Resepi Sedap yang Menggunakan Mee Sebagai Bahan Utama

Mee memang menjadi kegemaran semua orang selain daripada makanan ruji kita iaitu nasi. Ada banyak resepi yang sedap dan mudah dengan menggunakan mee sebagai bahan utama dalam sesebuah hidangan. Berikut adalah beberapa cadangan resepi untuk anda.

1. Mee Goreng Mamak

Mee kuning yang digoreng dengan campuran sambal, kicap, taugeh, sayur sawi, ayam atau sotong, dan telur. Mempunyai rasa pedas, masin, dan manis. Sedikit gelap dan sesuai dimakan bersama sos cili.

2. Mee kari

Mee kuning yang dihidangkan bersama kuah kari berlemak santan, tauhu, telur rebus, dan ayam atau udang. Boleh juga dimasak dengan secara pekat atau tidak. Rasa pekat, berempah, dan sedikit pedas.

3. Mee Bandung

Kuah mee bandung diperbuat daripada campuran udang kering, cili, dan sos tomato, disertakan mee kuning, telur separuh masak, dan sayuran. Mempunyai rasa lemak, manis, dan pedas. Hidangan popular dari Muar, Johor.

4. Mee Sup

Mee kuning yang disajikan bersama sup ayam atau daging, bersama taugeh, daun bawang, dan bawang goreng. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap untuk memberi rasa pedas.

Leave a Comment