Muffin ialah sejenis kek kecil yang diperbuat daripada tepung gandum, gula, telur, mentega atau minyak, dan bahan-bahan perasa seperti coklat, vanilla, blueberry, pisang atau buah-buahan. Muffin mempunyai tekstur yang lembut dan gebu di bahagian dalam, manakala bahagian atasnya selalunya mempunyai permukaan yang merekah dan sedikit rangup.

Bahan-bahan utama untuk membuat muffin termasuklah tepung gandum, gula, telur, mentega atau minyak, susu, dan serbuk penaik. Bahan-bahan kering seperti tepung, gula, dan serbuk penaik biasanya dicampur berasingan daripada bahan-bahan basah seperti telur, mentega, dan susu. Kemudian, bahan-bahan kering dan basah dicampurkan sehingga sebati, tetapi tidak terlalu banyak dikacau untuk mengelakkan muffin menjadi liat. Adunan kemudiannya dituang ke dalam acuan muffin dan dibakar dalam ketuhar sehingga masak dan keperangan.

1.Resepi Muffin Coklat

Bahan-bahan

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telur – pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak@ butter yang dicairkan
  • 1 sk esen vanila
  • Choc chips secukupnya

Cara nak buat Muffin Coklat

  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Masukkan choc chips.
  3. Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar suhu 170 api atas bawah, ikut oven masing2 selama 20 minit @ hingga masak.
  4. Untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yang kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar untuk menghasilkan muffin yang kembang.

Sumber: Shanti Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Muffin Coklat Cip

Bahan-bahan

  • 3 cawan pisang lenyek masak ranum-pisang berangan lebih kurang 8 biji
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sdk soda
  • 2 sdk baking powder
  • 1 cawan brown sugar bole kurangkan ya sb nak guna coklat chip lagi
  • 1/2 cawan susu segar ditambah dgn 1 sdb jus limau biarkan 15 minit
  • 1/2 cawan butter cair
  • 2 biji telo
  • Esen vanila atau esen pisang
  • Brown sugar
  • Susu cair
  • Butter
  • Telur

Cara nak buat Muffin Coklat Cip

  1. Esen vanila ke dalam pisang lenyek tadi.
  2. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan bahan ayak tadi.
  4. Gaul rata.
  5. Masukkan coklat chip.
  6. Gaul rata lagi.
  7. Masukkan ke dalam acuan muffin kesukaan.
  8. Tabur lagi coklat chip.
  9. Bakar 25 hingga 30 minit suhu 180.
  10. Ikut oven masing-masing.

Sumber: Makcik Ratu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Muffin Pandan

Bahan-bahan

  • 6 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sb esen vanilla
  • 1 cawan minyak masak
  • Pandan paste secukupnya
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara nak buat Muffin Pandan

  1. Campurkan semua bahan basah diatas, kacau sebati.
  2. 3 cawan tepung gandum, 2 sudu kecil baking powder, ayakkan bersama didalam bekas lain.
  3. Kemudian, buatkan lubang ditengah tepung tadi, masukkan adunan basah tadi kacau sebati.
  4. Panaskan oven 190 darjah celsius, 10 min.
  5. Masukkan adunan dalam bekas cupcake.
  6. Bakar selama 35 min.

Sumber: Noramelia Abd Rani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Muffin Bluerberry

Resepi Muffin Blueberry
4 Resepi Muffin Coklat 2

Bahan-bahan

  • 250g tepung gandum*
  • 10gm susu tepung*
  • 15gm baking powder* (saya guna 10gm shj)
  • 130gm butter
  • 125gm gula kastor
  • Telur 3biji (saya guna telur gred A)
  • 1sk esen vanilla
  • 130ml susu sejat
  • Inti blueberry secukupnya

Cara nak buat Muffin Bluerberry

  1. Putar gula & butter sampai sebati (saya guna mixer).
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung gandum berselang seli dgn susu sejat (saya pakai spatula & kaup balik). Tak perlu kacau beria sgt nanti muffin keras. Cukup sebati je. Isikan dalam muffin cup separuh, letak inti blueberry & tutup dgn adunan lagi. Hiaskan atas dengan inti blueberry jugak. Bakar pada suhu 180C selama 20-25min.

Sumber: Roziati Abdul Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Makanan Alternatif Selain Muffin?

Selain muffin, terdapat pelbagai kuih lain yang juga digemari oleh kanak-kanak di Malaysia. Antaranya ialah:

Cupcake

Cupcake ialah sejenis kek kecil yang diperbuat daripada tepung gandum, gula, telur, mentega, dan susu. Ia selalunya dihias dengan krim atau sos dan hiasan seperti gula-gula atau coklat. Cupcake mempunyai pelbagai perisa seperti vanila, coklat, atau buah-buahan, dan sering menjadi pilihan untuk majlis hari jadi.

Donut

Donut ialah sejenis kuih yang diperbuat daripada doh beragi yang digoreng dalam minyak panas. Ia selalunya berbentuk bulat dengan lubang di tengah, atau berbentuk berlian tanpa lubang. Donut kemudiannya disalut dengan gula halus, gula karamel, coklat, atau sos berwarna-warni.

Pancake

Pancake ialah sejenis kuih rata yang diperbuat daripada tepung gandum, susu, telur, dan sedikit gula. Adunan pancake dituang ke atas kuali panas dan dimasak sehingga keperangan pada kedua-dua belah. Pancake selalunya dihidangkan dengan sirap, madu, atau jem, dan merupakan hidangan sarapan yang popular dalam kalangan kanak-kanak.

Kek Span

Kek Span ialah sejenis kek yang diperbuat daripada tepung gandum, gula, telur, mentega, dan susu. Ia mempunyai tekstur yang ringan dan gebu, serta selalunya dihidangkan tanpa sebarang hiasan atau salutan.

Biskut

Biskut merupakan sejenis kuih kering yang diperbuat daripada tepung gandum, mentega, gula, dan telur. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz, dan perisa, seperti biskut coklat, biskut oat, atau biskut mentega. Biskut merupakan snek yang mudah dan popular dalam kalangan kanak-kanak, serta sering dijadikan bekalan makanan untuk dibawa ke sekolah atau ketika berjalan-jalan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply