4 Resepi Kuey Teow Goreng Basah (Rasa Macam Dekat Kedai)

Kuey Teow Goreng Basah ialah hidangan mi leper yang digoreng dengan kuah pekat, menjadikannya berbeza daripada versi kering. Ia popular di Malaysia kerana rasa pedas manis dan tekstur berkuah yang menyelerakan.

Kalau anda dah bosan dengan menu nasi, tak salah jika ubah selera anda dengan kuey teow. Rasa kenyang sama seperti nasi. Ada dua versi iaitu kering dan berkuah, keduanya sedap. Kali ini kami nak kongsikan resepi kuey toew goreng basah.

1. Resepi Char Kuey Teow Udang

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 kg udang- 10/15 ekor udang (ambil kulit & kepala untuk buat pati rebusan)
  • 3 cawan air
  • 2 senduk kicap manis
  • 2 senduk kicap pekat
  • 2 senduk sos tiram
  • 2 kiub ikan bilis
  • 1 senduk gula
  • 1@2 senduk cili kering rebusan (blender)
  • 6 ulas bawang putih (diketuk/cincang halus )
  • 2 sudu besar sos ikan

Bahan B

  • Minyak utk menumis
  • 1 mangkuk kuey teow halus.
  • 7 ekor udang mentah
  • 1 ikat kucai
  • 1 mangkuk taugeh
  • 1@2 biji telur

Cara nak buat Char Kuey Teow Udang

Pes Char Kuey Teow

  1. Siang kulit dan kepala udang. Kemudian rebus semuanya dalam periuk sehingga masak atau air bertukar bewarna oren.
  2. Biar sejuk seketika dan lepas tu bolehlah kisarkan kepala udang dan kulitnya bersama air rebusan tadi.
  3. Tapiskan hampas dan ambil airnya.Hampas tu boleh buang atau buat baja tanaman.
  4. Kemudian ambil pati udang tadi dan masak semula dalam periuk. Campurkan semua bahan A dalam air tapisan udang tadi.
  5. Bila semua bahan tadi dah mendidih, perlahankan api dan biarkan dalam 30 minit atau lebih. Pati air rebusan akan menjadi lebih sedikit pekat dan bawang putih menjadi lembut.

Goreng Char Kuey Teow

  1. Cuci kuey teow dengan air, leraikan dan tapis.
  2. Bersihkan kucai dan hiris memanjang.
  3. Panaskan minyak. Masukkan udang dan kacau sampai kulit udang bertukar merah.
  4. Kemudian tambah 2 senduk pes char kuey teow. Tambah 3-4 senduk air serta 1 mangkuk kuey teow tadi. Kacau sebati.
  5. Masukkan taugeh dan kuchai.
    Last sekali telur.
  6. Siap terus dihidang ketika masih panas.

Sumber: Zainor Shima Ihsan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kuey Teow Goreng Basah Ringkas & Sedap

Bahan-bahan

  • Koey teow sebungkus
  • Bawang besar 1 labu ditumbuk
  • Bawang putih 3 ulas ditumbuk
  • Cili kisar/cili boh (4 sudu makan)
  • Fishball & fishcake
  • Udang/ayam (optional)
  • Telur 3 biji
  • Sos tiram (optional)
  • Sos cili, sos tomato, kicap mudim + habhal
  • Garam, gula, serbuk hilal
  • Taugeh & kucai

Cara nak buat Kuey Teow Goreng Basah Ringkas & Sedap

  1. Tumis bebawang sampai naik bau wangi. Dah tukar warna kekuningan masukkan fishball& fishcake yg dipotong nipis.
  2. Goreng seketika sampai bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Dah masak cili (pecah minyak), time ni api sederhana, masuk udang or ayam, air 2 cawan, kicap 5 sudu makan, sos cili, sos tomato, sos tiram jika ada. Kacau sebati, agak menggelegak, masukkan serbuk hilal, gula dan garam.
  4. Kuah dah mendidih, masukkan pecahkan 3 biji telur, biar seketika. Slowkan api. Jangan kacau. Biar telur kuning tu masak. Dah agak masak telur masukkan koey teow yang telah dibasuh.
  5. Dah mesra elok, tambah air sikit kalau nak tekstur basah. Then add on lagi kicap sikit lagi dan masukkan kucai & taugeh.

Sumber: Fateema Azzahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kuey Teow Goreng Basah Mudah

Bahan-bahan

  • Koey teow 1 bungkus
  • Udang /sotong/fishball
  • Sawi
  • Kucai
  • Togey
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Kicap
  • Cukup rasa
  • Air sikit
  • Bawang merah dan putih (blend)

Cara nak buat Kuey Teow Goreng Basah Mudah

  1. Tumis semua bawang blend sampai wangi masukkan cili kisar tumis lagi baru masukkan sos cili dan kicap.
  2. Kemudian masukkan sotong/udang/fishball masukkan air sikit baru masukkan sawi dan cukup rasa.
  3. Kacau semua masukkan koey teow. Kacau lagi dan tabur taugeh dan kucai. Kacau sekejap tutup api.

Sumber: Adib Aufa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kuey Teow Goreng Basah Daging

Bahan-bahan

  • 1bungkus kuey teow
  • 3 pokok sayur sawi
  • 2biji telur
  • 300gram daging 1 ketul rebus biar empuk
  • Potong nipis. Simpan air rebusan.
  • 2keping tauhu goreng dan potong
  • 5ulas bawang putih
  • 1biji sedang bawang merah
  • 2 sudu cili blend

Cara nak buat Kuey Teow Goreng Basah Daging

  1. Ketuk bawang putih dan cincang bawang merah tumis garing masuk cili blend dan daging kacau rata. Masuk air rebusan daging.
  2. Sebelum itu daging rebus seketul besar empuk potong hiris nipis kuah simpan. Dah mendidih masuk kicap sos tiram cili sos, sos ikan garam gula serbuk perasa jika suka secukup rasa.
  3. Kalau nak basah lagi tambah 1 cawan air. Masuk telur batang sayur dan kuey teow serta tauhu kacau rata last daun sawi.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Resepi ini sedap jika di makan terus lepas di masak, memang sedap.

Jom semak juga resepi mee celup ini yang popular di Pantai Timur.

Selamat mencuba!

Leave a Comment