4 Resepi Biskut Baby (Resepi Homemade)

Sebagai seorang ibu bapa memang tanggungjawab kita mencari resepi yang berkhasiat untuk anak. Paling selamat kalau kita masak sendiri hidangan anak kita. Kali ini kami nak kongsikan resepi biskut baby untuk anda yang ada anak kecil!

Jom kita try!

1. Resepi Biskut Kurma Baby

Bahan-bahan

  • 120 gm atau 1/2 buku pure butter (unsalted) – lembutkan
  • 50 gm puri kurma (kukus kurma tanpa biji, blend dengan sedikit air, dan tapis)
  • 150 gm tepung jagung
  • 80 gm tepung gandum unbleached

Cara nak buat Biskut Kurma Baby

  1. Ayak tepung jagung dan tepung gandum bersama-sama. Ketepikan.
  2. Pukul pure butter sekejap. Tak perlu pukul lama sangat sebab taknak butter terlalu kembang, nanti doh biskut lembik.
  3. Campurkan puri kurma dengan butter dan pukul sebati. Sama dengan butter tadi, tak perlu pukul lama.
  4. Masukkan campuran tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Apabila sudah habis tepung dicampurkan, boleh uli sedikit menggunakan tangan.
  5. Terap menggunakan acuan yang disukai, kemudian bakar pada suhu 150°c selama 20 minit sahaja. Jangan lupa untuk pusingkan tray semasa 10 minit pertama supaya biskut masak sekata.
  • Suhu boleh ikut kesesuaian oven masing-masing, yang penting tak perlu bakar terlalu lama, cukup sekadar bahagian bawah biskut keperangan

Sumber: Husna Nasarudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Biskut Baby Mudah

Bahan-bahan

  • Buttercup
  • Gula kastor
  • Esen vanilla
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung

Cara nak buat Biskut Baby Mudah

  1. Pukul buttercup dan gula kastor sampai putih.
  2. Masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum.
  4. Masukkan tepung jagung.
  5. Bakar pada suhu 150• tapi ikut oven masing-masing.

Sumber: Norul Aida Misroni dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Biskut Bayi Cair DiMulut

Bahan-bahan

  • Unsalted butter setengah cup
  • Tepung jagung 1 cup
  • Tepung atta setengah cup
  • Sedikit susu formula atau bijirin bayi.
  • Fresh milk @ ebm

Cara nak buat Biskut Bayi Cair DiMulut

  1. Pukul butter hingga kembang (hingga lembut).
  2. Masukkan susu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan bijirin bayi. (guna oat pun boleh).
  3. Uli tepung. Agak adunan dah ok. Macam kita buat biskut raya tu. Rehatkan dalam peti sejuk 30 minit.
  4. Bentukkan dan bakar 10-15 minit.

Sumber: Faezah Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Biskut Baby 3 Bahan

Bahan-bahan

  • 3 sudu Unsalted butter
  • *1 cawan tepung jagung
  • *5 sudu Susu tepung

Cara nak buat Biskut Baby 3 Bahan

  1. Defrost butter. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan butter cair sendiri. Pastikan tiada ketulan dan butter yang masih beku.
  2. Masukkan susu tepung kedalam bekas unsalted butter yang telah di defrost tadi. Kacau kedua bahan sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung jagung. Kemudian uli sehingga menjadi doh.
  4. Bentukkan doh mengikut citarasa masing-masing.
  5. Boleh letak topping jika suka.
  6. Akhir sekali bakar dengan suhu 150 darjah selamat 20 min mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Sumber: Noratiqah Razali dari Resepi Makanan Bayi

Akhir kata

Pemakanan yang sihat bermula dengan ibu-bapa. Jadi bekalkan anak-anak anda dengan makan yang dijamin kebersihan ya!

Jom semak juga resepi biskut suji badam ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment