Kalau anda dah muak makan nasi, boleh gantikan dengan bihun. Selalu anda buat bihun goreng, apa kata kali anda cuba buat pula bihun tomyam. Dapat pula bihun kuah yang pekat dan pedas memang terangkat. Kali ini kami kongsikan resepi bihun tomyam.
Jom kita try!
1. Resepi Bihun Tomyam Kung
Bahan-bahan
- Bwg bsr 3bj
- Bwg putih 4ulas
- Tomato 2bj
- Cili kering segenggam
Kasar bahan di atas
Cara nak buat Bihun Tomyam Kung
- Tumis bahna blend + serai 5-6btg & daun limau purut agak dah wangi masukkan ayam@seafood.
- Dan masukkan kiub tomyam knorr dan 5-6 sudu paste tomyam.
- Perasakan garam & gula bila dah didih baru tuang susu cair setengah tin last masukkan sayur & daun ketumbar cili api jangan lupe ketuk siap masukkan susu kacau jangan sampai berketul.
Sumber: SuRiani RaHim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Bihun Goreng Tomyam
Bahan-bahan
- Bihun
- Minyak masak
- Bwg putih + bwg besar bland
- Serai diketuk
- Daun limau purut
- Asam keping
- Ayam/ikan/sotong/udang (ikut cita rasa)
- Garam
- Gula
- Sayur (kobis,carrot)
- Cili potong
Cara nak buat Bihun Goreng Tomyam
- Panaskan minyak, masukkan bawang blend dan serai, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, air, daun limau purut, asam keping, garam dan gula. Kaup balik. Tunggu hingga ayam empuk.
- Masukkan bihun, kaup balik bihun, tekan bihun biar dia tenggelam dalam rencah. Perlahankan api. Tutup kuali dengan penutup sehingga rencah kering. Buka penutup dan kaup balik. Masukkan sayur yang disukai.
- Kalau rasa bihun keras boleh tambah air panas, kaup balik. Perlahankan api dan tutup dengan penutup kuali. Bila bihun dan masak, boleh padamkan api.
Sumber: Mardhiyyah Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bihun Tomyam Pekat
Bahan-bahan
- Celur bihun
- 1/4 ekor ayam – potong kecil2
- 1 biji bawang besar – hiris
- 2 sudu perencah tomyam
- Pelbagai sayuran
- 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau kuat
- 3 batang serai – diketuk
- 1 cm lengkuas – diketuk
- 3 tangkai cili padi
- 1 biji tomato
- 2 sudu susu cair
- 1 biji limau kasturi
- Air
Cara nak buat Bihun Tomyam Pekat
- Masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan air ke dalam periuk, dan masukkan pula ayam.
- Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika.
- Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya.
- Selepas itu masukkan susu cair 2sudu, garam, gula dan tomato.
- Siap untuk dimakan.
Sumber: Dura Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Bihun Goreng Tomyam Merah
Bahan-bahan
- 1 bungkus mihun – rendam 15minit- 1/2 jam. Bila dah agak lembut, toskan
- Beberapa ekor udang
*Tips
*-kulit & kepala udang, basuh bersih, blend dan toskan. Ambil air utk masuk dalam bihun nanti. Jadikan semangkuk kecil air
- 1/4 bahagian dada ayam dipotong kecil
* boleh tambah sotong, jejari ketam (crab stick), fish ball, fish cake ikut yang sesuai dan kemampuan
Bahan rencah
- 3 ulas bawang putih – diketuk
- Sebiji bawang holland – dibelah dan hiris nipis
- 2 batang serai – dimayang
- 2 kiub perencah tomyam (knorr)@
- 3-4 sb pes tomyam merah
- 7-10 biji cili api – diketuk pecah-pecah (bagi yg gemar rasa lebih pedas)
- 2 sb sos tiram
- 1 sb nampla (sos ikan @ kicap sotong)
- 2-3 helai daun limau purut dimayang halus
- Sayur-sayuran
- Kobis – di potong panjang & nipis
- carrot – dipotong pjg & nipis2
- Bunga kobis- potong nipis/kecil @ ikut saiz yang sesuai
- Putik jagung -belah 2@ 4 potong panjang
- Sawi – jika suka
- 2 biji tomato – dihiris nipis
- @ beberapa biji tomato cherry dibelah 2 setiap satu.
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan tambahan
- Daun ketumbar @
- Ketumbar jawa dihiris untuk hiasan semasa dihidangkan
Cara nak buat Bihun Goreng Tomyam Merah
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holland & serai hingga wangi. Tambah cili padi yang diketuk, daun limau purut.
- Masukkan ayam dan kacau, biarkan seketika.
- Masukkan perencah tomyam (kiub atau pes), sos tiram, biar mendidih seketika, nampak seperti pecah minyak.
- Masukkan udang dan bahan lain yang ada (crab stick, sotong, fish ball, fish cake).
- Tambah semangkuk kecil air (campuran kepala udang dan kulit udang yang diblend dan tapis), garam, gula & serbuk perasa secukup rasa.
- Yang suka basah, boleh lebihkan sedikit air.
- Masukkan sayuran dan kemudian bihun.
Sumber: Rusuzaimi Ishak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian resepi kali memberi sedikit idea untuk anda.
Jom semak juga resepi tomyam putih (Mudah Nak Buat Tanpa Pes)
Selamat mencuba!