Kek pandan gula melaka merupakan sejenis kek tempatan Malaysia yang menggabungkan perisa daun pandan dan gula melaka. Daun pandan memberikan aroma wangi yang khas serta warna hijau semula jadi, manakala gula melaka menyumbangkan rasa manis yang mendalam dengan sentuhan karamel. Kek ini biasanya mempunyai tekstur yang lembut dan lembap.
Hidangan ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana menggabungkan dua bahan tempatan yang sinonim dengan citarasa Asia Tenggara. Kek pandan gula melaka sering dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sajian petang bersama minuman panas, dan ia juga kerap dijumpai di kedai-kedai bakeri serta restoran tempatan.
1. Resepi Kek Pandan Gula Melaka
Bahan-bahan
- 200 gm tpg gandum -diayak
- 1/2 st baking bowder -diayak
- 125 gm butter
- 1/2 st esen vanila
- 200gm gula
- 2 biji telur
- *75gm santan
- *25 gm air
- * 2 sb juspandan @ 1 sk pandan paste
Meringue buttercream
Bahan gula melaka
- 50gm gula melaka
- 2 helai daun pandan
- 1/8 cwn air
Bahan B
- 3 biji putih telur
- 110gm gula
- 150 gm butter
- 1 st esen vanila
Cara nak buat Kek Pandan Gula Melaka
- Pukul butter esen vanila sampai kembang masuk gula sikit masuk telur dan kacau sampai sebati.
- Bahan yang bertanda * disatukan dulu didalam bekas berasingan kemudian masukkan bahan yang bertanda(*) ke dalam adunan butter tadi last baru masuk tepung gandum yang dah diayak dengan baking powder kacau sebati tuang dalam acuan dan bakar 150’c 25 -30 min.
Meringue buttercream
- Satukan semua bahan A dalam periuk dan masak sampai gula sebati sejukkan dulu.
- Putih telur dgn gula satukan dalam bekas lain dan panaskan secara double boil sampai gula larut.
- Angkat dan terus putar telur tadi smpai kembang.kemudian masukkan butter kedalam adunan telur dan putar lagi lastly dah sebati baru masukkan gula melaka yang dah sejuk tadi kedalam adunan meringue, dah siap boleh paipkan atas kek hias ikut citarasa titikkan gula melaka diatas krim meringue.
Sumber: Zaitul Huzaimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kek Pandan Bersantan
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 1/2 cawan gula
- 1 sdm ovelet
- 4 sdm susu pekat
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sdk penuh baking powder
- 1 kotak santan adabi 200ml
- 1pewarna hijau
- 1 sdk vanilla (optional) ada perisa pandan lagi bagus.
Cara nak buat Kek Pandan Bersantan
- Mix telur dan masukkan gula sikit demi sikit sambil mix, campur sekali ovalet dan susu pekat. Mix sampai gebu.
- Masukkan tepung dan baking powder. Masa ni nak kaup balik pakai senduk pun boleh. Guna mixer cepat sikt.
- Last masukkan santan dan pewarna.
- Bakar suhu 160°c api atas bawah, 40 minit.
- *Bagi yang tak biasa buat kek, panaskan dulu oven 10minit
Sumber: Dilla Min dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kek Onde-Onde
Bahan-bahan
Bahan A
- 4 Biji telur
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit baking powder
- 1/4 cawan santan
- 2 sudu emalco pandan
- 1/4 cawan butter cair
Bahan B
- Gula melaka
- Air
- Daun pandan
- 1 sudu tepung jagung
Bahan C
Frosting gula melaka
- Seketul butter
- 1 cawan planta
- 1/2 cawan gula AISING
- 1/2 cawan air sejuk dr peti sejuk
Cara nak buat Kek Onde-Onde
Bahan A
- Pukul telur dan gula sampai gebu.
- Masukkan tepung dengan baking powder putar dalam 3 minit.
- Masukkan santan dan putar lagi.
- Masukkan emulco pandan putar.
- Masukkan butter cair aduk rata.
- Bakar suhu 170′ 45 MINIT.
Bahan B
- Satukan semua sampai pekat kental.
Bahan C
Frosting gula melaka
- Pukul butter dengan planta sampai gebu putih.
- Masukkan gula dan pukul lagi.
- Masukkan air sejuk.
- Masukkan 2 sudu air gula melaka tadi/
- Putar rata.
Sumber: Juju Minhad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kek Pandan Gula Melaka Cheese Leleh
Bahan-bahan
- 250g tepong kek sponge
- 4 biji telur gred A
- 50g santan kotak
- 1 tbsp pandan paste
- 1 tsp dark green
- 1 tbsp ovalete
- 60g minyak jagung
Topping Cream Cheese Leleh
- 150g cream cheese
- 80g susu pekat manis
- 150g susu cair tin
- 1/2 tsp e.vanilla
Cara nak buat Kek Pandan Gula Melaka Cheese Leleh
- Mix semua bahan kecuali minyak. Sampai kembang gebu. Boleh gunakan high speed.
- Bila sudah kembang, adunan akan menjadi 2 @ 3 kali ganda.
- Akhir sekali masukkan minyak dan hanya kaup balik bagi sebati sahaja.
- Bakar suhu 170°c selama 40 minit (bergantung jenis oven).
Topping Cream Cheese Leleh
- Mix cheese dan susu pekat sehingga sebati. Kemudian barulah masukkan susu cair dan e.vanilla.
- Kalau suka cheese yang cair boleh lebihkan susu cair. Kalah nak cheese dalam konsistensi yang pekat boleh kurangkan sedikit sukatan susu cair.
- Tuang cheese yang sudah sebati dipukul ke atas kek pandan yang siap dibakar.
- Sagatkan cheddar cheese di atas kek.
- Titiskan dengan gula melaka akhir sekali.
- Kalau tiada gula melaka yang botol seperti di dalam gambar. Boleh cairkan sendiri menggunakan gula melaka dgn sedikit air.
Sumber: Mohd Fitry dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Kek Unik Yang Menjadi Kegemaran?
1. Kek Kelapa Bakar
Kek kelapa bakar adalah sejenis kek tradisional yang menggunakan kelapa parut sebagai bahan utama dan dibakar hingga mendapat lapisan atas yang berwarna keemasan. Kek ini mempunyai rasa kelapa yang pekat dan aroma yang menggugah selera hasil daripada proses pembakaran.
2. Kek Gula Hangus
Kek gula hangus atau karamel cake merupakan kek yang dibuat dengan menggunakan gula yang dipanaskan hingga bertukar menjadi karamel. Proses ini memberikan rasa yang unik dengan kepahitan yang seimbang daripada gula hangus serta warna coklat yang cantik pada kek.
3. Bingka Ubi Kayu
Kek ubi kayu dibuat daripada ubi kayu yang diparut dan dicampurkan dengan santan serta gula, menghasilkan kek yang padat dan kenyal. Hidangan ini popular kerana rasanya yang autentik dan mudah disediakan menggunakan bahan-bahan tempatan.
4. Kek Teh Tarik
Kek teh tarik terinspirasi daripada minuman popular Malaysia, menggabungkan perisa teh dan susu dalam bentuk kek. Kek ini mempunyai rasa yang lembut dengan aroma teh yang khas, mencerminkan citarasa minuman kegemaran rakyat Malaysia dalam bentuk pencuci mulut.