4 Resepi Masak Lemak Kobis

Masak Lemak Kobis adalah hidangan tradisional Melayu yang menggabungkan kobis (kubis) dengan santan sebagai bahan utama. Masakan ini tergolong dalam kategori “masak lemak” yang merujuk kepada teknik memasak menggunakan santan dan bebawang untuk menghasilkan kuah yang kaya dan sedap.

Hidangan ini biasanya dimasak dengan kobis yang dipotong kasar, santan kelapa, cili kisar, bawang merah, bawang putih, dan garam secukup rasa. Masak Lemak Kobis mempunyai rasa yang lemak manis dengan sedikit pedas, menjadikannya popular sebagai lauk pauk yang sesuai dimakan bersama nasi putih.

1. Resepi Masak Lemak Kobis Putih

Bahan – bahan

  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih diketuk
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji tomato dipotong lapan
  • 1 batang lobak merah dipotong panjang
  • 1 genggam ikan bilis ditumbuk
  • 1/2 biji kobis bulat dihiris kasar
  • 1/2 biji bunga kobis dihiris kasar
  • 1 kotak santan
  • 1 peket fucuk dan suhun direndam dalam air
  • Air masak secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara nak buat Masak Lemak Kobis Putih

  1. Cairkan santan bersama air, panaskan di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis.
  2. Masukkan kobis, bunga kobis dan lobak merah. Tutup sekejap dan biarkan lembut.
  3. Bila dah mendidih, masukkan pulak tomato, fucuk dan suhun. Tabur garam secukupnya, dah siap!

Sumber: CikNa Zulkafli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Masak Lemak Terung + Kobis

Bahan-bahan

Bahan tumbuk

  • Bwg merah – 2 ulas
  • Bawang putih – 1 ulas
  • Ikan sardin@selayang yang direbus – 3 ekor
  • Lada hitam – 1 sudu mkn
  • Terung
  • Kobis
  • Satu kotak kecil santan
  • Gula sikit
  • Garam & perasa

Cara nak buat Masak Lemak Terung + Kobis

  1. Tuang semua bahan tumbuk ke dalam periuk & masukkan santan. Hidupkan api.
  2. Dah mendidih, masukkan terung, tunggu sehingga terung empuk, baru masukkan kobis. Kemudian perasakan dengan garam, perasa & gula.
  3. Kacau sekejap & matikan api.

Sumber: Che Nor Shyazlinda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Masak Lemak Kobis Tebu Telur Campur Suun

Bahan-bahan

  • Kelapa parut sebiji
  • Kobis separuh
  • Bawang besar sebijik dipotong 4
  • Suun sepeket kecil
  • Cili besar separuh untuk dibuat hiasan
  • Garam
  • Gula secukup rasa

Cara nak buat Masak Lemak Kobis Tebu Telur Campur Suun

  1. Masukkan kobis dan santan kedua (pati kepala santan dimasukkan last sekali selepas mendidih).
  2. Bawang besar yang dipotong 4 dan cili. Masak sampai lembut.
  3. Dan masukkan suun.
  4. Setelah lembut masukkan pula tebu telur.
  5. Selepas itu masukkan kepala santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Zafira Zainul Abidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kubis Masak Lemak Putih

Bahan-Bahan

  • 1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
  • 1/2 batang karot, hiris nipis
  • 1 ketul tauhu, potong kiub
  • 1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara nak buat Kubis Masak Lemak Putih

  1. Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, tauhu dan karot.
  2. Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
  3. Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips:

Tujuan santan cair dimasukkan dahulu dan santan pekat dimasukkan kemudian ialah supaya kuah masak lemak tidak berketul dan masak sekata di akhirnya. Jika santan pekat dimasak terlalu lama, kuah menjadi tidak elok dan sekata.

Sumber: Resepi IBU

Menu Masak Lemak Yang Popular

1. Masak Lemak Cili Api Ikan

Hidangan ikan yang dimasak dengan santan dan cili api, menghasilkan kuah yang pedas dan beraroma. Ikan yang biasa digunakan termasuk ikan tenggiri, ikan senangin atau ikan kembung yang dipotong kepada bahagian-bahagian kecil.

2. Masak Lemak Rebung

Rebung muda dimasak dengan santan kelapa dan rempah ratus sehingga menghasilkan kuah yang lemak dan sedap. Hidangan ini popular di kalangan masyarakat Melayu terutamanya semasa musim rebung.

3. Masak Lemak Udang Petai

Kombinasi udang segar dan petai yang dimasak dengan santan dan cili kisar. Petai memberikan aroma yang khas dan rasa yang unik kepada hidangan ini.

4. Masak Lemak Sayur Campur

Pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kacang panjang, terung, kobis dan taugeh dimasak bersama dalam santan. Hidangan ini kaya dengan nutrien dan sesuai untuk mereka yang mengamalkan pemakanan sihat.

5. Masak Lemak Labu Manis

Labu manis yang dipotong dadu dimasak dengan santan sehingga lembut dan berperisa. Kemanisan semula jadi labu berpadu dengan lemaknya santan menghasilkan rasa yang harmoni dan menyelerakan.

Leave a Comment