Makanan yang sedap di makan ketika waktu hujan salah satunya adalah yee mee kicap. Rupa hidangan ini seakan sizzling yee mee, tapi yee mee kicap ini dihidangkan dengan pinggan biasa sahaja. Nak cuba resepi yee mee kicap?
Jom kita try!
1. Resepi Yee Mee Kicap Versi Che Nom
Bahan-bahan
Kuah sizzling yee mee
- Bawang putih
- Halis
- Cili kering
- Ayam
- Serbuk lada hitam
- Kicap masin
- Kicap pekat
- Kicap manis
- Sos tiram
- Kiub ayam
- Garam
- Gula melaka
- Cendawan shitake
- Minyak bijan
- Bancuhan tepung jagung
Cara nak buat Yee Mee Kicap Versi Che Nom
- Tumis bawang putih, hirisan halia dan cili kering yang dicelur.
- Masukkan ayam, serbuk lada hitam dan tumis sekejap.
- Masukkan air.
- Masukkan apa kicap yang ada dekat dapu kicap masin, kicap pekat, kicap manis, sos tiram, kiub ayam, garam, gula melaka/gula perang.
- Kuah dah mendidih masukkan cendawan shitake, minyak bijan, bancuhan tepung jagung untuk pekat kuah.
- Tutup api.
- Ambil beberapa senduk kuah dan panaskan dalam claypot/pan/kuali.
- Guna api besar dan kuah menggelegak.
- Masukkan yee mee, sayur pakchoy, pecahkan telur.
- Dah boleh hidang dalam pinggan.
- Nak lebih pedas tambah hirisan cili padi hijau.
Sumber: Noor Hafiza Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Mee Kicap
Bahan-bahan
- Yee mee
- Bawang putih tumbuk/cincang
- Lada sulah
- Sos tiram
- Minyak bijan
- Kicap pekat
- Tepung jagung
- Sayur sawi pak choy
- Carrot
Cara Penyediaan
- Mi sayur sawi & carrot direndam beberapa minit dengan air panas.
- Ayam diperap dengan sos tiram, kicap dan lada sulah. Kemudian goreng.
- Daun bawang dan chili sebagai hiasan.
Sumber: Shamsila Abd Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sizzling Yee Mee
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam or isi ayam bahagian dada. Di bersihkn potong sedang dan lumurkan bersama 1 sdb kicap hitam/pekat, sedikit gula dan lada sulah (Perapkan 1 jam)
- 4 ulas bwg putih
- 1 1/2 inci halia
- Cili kering 6 tangkai d potong 2
- Cendawan shitake yang kering dalam 15bj direndam dalam 2 jam (Perap dengan sedikit sos tiram)
- Sayur sawi
- Yee mee
- Kicap hitam/pekat dlm 3sdb
- Sos tiram 2 sdb
- Serbuk lada putih dan lada hitam
- Garam, sedikit gula, kiub ayam knor dan ajinomoto
- Air tepung jagung
- Cili api dan cili merah d buang biji. Hiris dan letak kicap cair
Cara nak buat Sizzling Yee Mee
- Tumis bawang putih dan halia hingga layu dan masukkan cili kering. Masak hingga naik bau dan letak cendawan. Gaul sebati dan masukan 1 cawan air.
- Biarkan cendawan menjadi lembut dan masukkan ayam. Gaul sebatikan. Kacau dalam 5 min.
- Masukkan air. Perasakan dengan kicap pekat, sos tiram, kiub ayam knor, sdikit gula, ajinomoto, serbuk lada hitam dan lada putih. Biar hingga menggelegak dan kecikkn api.
- Tutup kuali dan masakan hingga cendawan dan ayam agak lembut. Masukkan air tepung jagung hingga kuah agak pekat. Sesuai rasa dengan selera, boleh tutup api.
- Untuk menghidangkan. Masukkan kuah, pecahkan telur dan masukkan yee mee sesanggul.
- Dan alih kan ke dalam pinggan dan taruhkan sayur sawi dan sedikit lagi kuah. Siap untuk dihidang bersama dgn cili api hiris.
Sumber: Yati Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Mee Wantan Kicap
Bahan-bahan
Bahan ayam
- Dada/peha
- 2 sk kicap pekat
- 1 sk kicap cair
- 2 sk sos tiram
- 11/2 sk madu
Bahan mee
- 2 bungkus mee wantan / yee mee segera (mee di celur terlebih dahulu)
- 2 sb kicap pekat
- 2 sb sos tiram
- 1 sk minyak bijan
- 1 sb lada sulah
Bahan minyak bawang putih
- 3 sudu minyak masak
- 10 ulas bwg putih dicincang
Bahan sayur
- Sawi Pak choy- dicelur
Bahan wantan
- Frozen
Cara nak buat Mee Wantan Kicap
Bahan ayam
- Perap ayam dengan semua bahan. Bakar dalam airfryer atau goreng sekejap.
Bahan mee
- Celur mee. Bancuh semua bahan.
- Gaul mee yang dah dicelur dengan bancuhan kicap.
Bahan minyak bawang putih
- Goreng bawang putih sehingga keperangan.
Bahan wantan
- Goreng garing
Sumber: Shai Anne Ahemed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Jangan lupa cuba resepi ini, mudah dan enak bila dah siap.
Jom semak juga resepi mee udang ini.
Selamat mencuba!