4 Resepi Kek Marble Jelita (Cantik dan Gebu)

Sekarang ini mula viral kek marble, pelbagai jenis kek marble yang kita boleh lihat sekarang. Jika sebelum ini hanya ada beberapa flavor sahaja, kini muncul kek marble jelita. Sesuai dengan nama diberi resepi kek marble jelita ini memang cantik bila dipandang. Menggunakan banyak pewarna untuk menjadikannya lebih menarik.

Jom kita try!

1. Resepi Kek Marble Jelita

Bahan-bahan

Bahan A

  • 5bj telur
  • 220g tepung kek
  • 170g gula kastor
  • 60ml susu fullcream
  • 1sb ovalete
  • 1sk creamy vanila

Bahan B

  • 150g butter (cairkan)

Cara nak buat Kek Marble Jelita

  1. Mix semua bahan A sampai putih gebu lebih kurang 10minit.
  2. Dah gebu off mixer, kemudian masukkan butter cair kaup balik adunan sampai sebati kemudian asingkan sedkit untuk buat corak.
  3. Selebihnya boleh masukkan dalam loyang saiz 8×8.
  4. Bakar suhu rendah 130-150 selama 60mnt atau sampai masak, bergantung oven masing-masing.

Sumber: Mastura Razali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kek Marble Jelita Pandan

Bahan-bahan

  • 5 biji telur B
  • 2 cwn tepung bluekey
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 kotak kecil santan Kara
  • Garam sikit
  • Gula setengah cwn (kalau suka manis boleh tambah 1 cawan gula)

Cara nak buat Kek Marble Jelita Pandan

  1. Butter yang di cair setengah cawan (biar sejuk dulu) lepas adunan dah naik elok baru butter yang di cair.
  2. Mix semua sampai kembang putih.
  3. Warna hijau dan emulco pandan campur dua jenis ni ke adunan tadi.
  4. Loyang saiz 7.
  5. Bakar 160c 1 jam 10minit @ 20minit.
  6. Sebelum nak masuk oven hentak manja dulu adunan tadi 3 kali bila dah masak pun dan keluar dari oven pastikn hentak manja.

Sumber: Surina Abadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kek Marble Jelita (Versi Azlina Iena)

Bahan-bahan

Bahan A

  • 5 biji putih telur
  • 50g gula castor

Bahan B

  • 5 biji kuning telur
  • 250g mentega/marjerin
  • 200g gula castor
  • 1sudu esen vanila
  • 1sudu ovalette

Bahan C

  • 200g tepung naik sendiri (diayak)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 50ml susu segar

Cara nak buat Kek Marble Jelita (Versi Azlina Iena)

  1. Pukul putih telur bersama gula castor sampai bertanduk (soft peak).
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan gula castor bersama kuning telur, mentega, esen vanilla pukul sampai kembang, kemudian tambah 1 sudu besar ovalette. Pukul sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung naik sendiri sedikit sedikit berselang seli dgn susu (bahan C)
  4. Seterusnya, gaulkan adunan tersebut dengan bahan A kacau sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dlm mangkuk yg berlainan dan warnakan mengikut warna kesukaan. Tuang ke dalam loyang berselang-seli kemudian lorek-lorekkan dengan lidi atau pisau.
  6. Bakar selama 1jam pada suhu 150 /160 darjah Celsius mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Sumber: Sobriah Sidi Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kek Marble Jelita Versi Moist

Bahan-bahan

  • 150g butter (cairkan)
  • 1 3/4 cwn tpg gandum
  • 2 sdb tpg jagung
  • 1/2 sdk baking powder

(ayakkan)

  • 60ml susu segar (dutch lady)

Bahan lain

  • 5biji telur A
  • 1 cwn gula halus (icing sugar)
  • 1sdb ovelet
  • Esen vanila
  • Sedikit garam halus

**blend semua sampai gebu

Cara nak buat Kek Marble Jelita Versi Moist

  1. Bila dah gebu masukkn susu segar dan tepung mix lagi sampai sebati last sekali masukkan butter cair.
  2. Kacau (kaup balik) guna senduk/spatula sampai sebati.
  3. Bila dah masak keluarkan dari oven dan hentak sikit loyang.
  4. Terbalikkan atas redai sekejap sebab permukaan atas kek agak lembut dan tak keras sangat berbeza dengan kek kampung/kek pelangi yang biasa dan boleh sejukkan kek atas papan kek tak akan mendap.

Sumber: Bunga Lara dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi kali ini memberi sedikit idea untuk anda.

Jom semak juga resepi zebra cake ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment