4 Resepi Burger Malaysia (Rangup dan Lembut)

Kuih burger Malaysia atau pau sambal ini selalu kita nampak ketika sarapan pagi. Sambal ikan bilis bersama timun dan dilapik dengan pau goreng memang enak dinikmati kan? Jom lah buat sendiri resepi pau sambal ini.

Jom kita try!

1. Resepi Burger Malaysia

Bahan A

  • 1 1/2 cawan air suam kuku
  • 1 paket yis
  • 2sdb gula pasir

(Satukan semua dlm satu bekas kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang)

Bahan B

  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sdb butter guna marjerin pun boleh
  • 2 sdb susu pekat manis
  • 1 1/2 sdt double action baking powder(baking powder biasa pun boleh)
  • 1/2 sdt baking soda (effect rangup kulit burger tu nanti)

(Satukan semua bahan Bahan B gaul hingga jadi serbuk)

Sambal Ikan Bilis

  • 2 genggam ikan bilis (digoreng toskan)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 sdb sos cili
  • 1 1/2 sdb gula
  • Sedikit garam
  • Bahan perasa jika perlu
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis

Bahan kisar

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3- 4 ulas bawang putih

Cara nak buat Burger Malaysia

Burger malaysia

  1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10mnit peram dalam bekas bertutup 10 mnt tabur tepung dalam talam.
  2. Bulatkan doh ikut saiz anyg dikehendaki tekan sikit atas dohsusun dalam talam buat hingga siap peram lagi 18-20 mnt dan bolehlah digoreng guna api sederhana.

Sambal Ikan Bilis

  1. Panaskan minyak masak tumis bahan kisar masukkan gula tumiskan hingga betul naik minyak dan cili berubah warna.
  2. Masukkan sos cili kacau masukkan bawang hiris dan ikan bilis serta air bila agak pekat masukkan garam dan bahan perasa.

Sumber: Firdina Dayana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Burger Malaysia Mudah

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 1/2 cawan air suam kuku
  • 1 paket yis
  • 2sdb gula pasir

(Satukan semua dlm satu bekas. kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang)

Bahan B

  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sdb butter guna marjerin pun boleh
  • 2 sdb susu pekat manis
  • 1 1/2 sdt double action baking powder (baking powder biasa pun boleh)
  • 1/2 sdt baking soda (effect rangup kulit burger tu nanti)

(Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)

Cara nak buat Burger Malaysia Mudah

  1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10mnt peram dalam bekas bertutup 10 minit.
  2. Tabur tepung dalam talam bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki.
  3. Tekan sikit atas doh dan susun dalam talam buat hingga siap peram lagi 18-20 mnt dan bolehlah digoreng guna api sederhana sentiasa balikkan.

Sumber: Princess Scha Zura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Burger Malaysia Viral

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket yis mauripan
  • 2 sudu gula
  • 1 cawan air suam

**Kacau bahan A dan biar dia kembang dalam 15min

Bahan B

  • 3 cawan tepung gandum cap sauh
  • 2 sudu butter anchor
  • 1 sudu baking powder
  • 1/2 sudu soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu susu pekat

**Gaul sebati bahan B sehingga menjadi seakan serbuk roti

Cara nak buat Burger Malaysia Viral

  1. Setelah yis kembang, masukkan larutan bahan A ke dalam bahan B. Gaul rata dan uli sebati. Dah sebati, biarkan dalam bekas yang ditutup selama lebih kurang 10min (sampai doh kembang)
  2. Sediakan siap talam yang ditabur tepung. Tumbuk doh bagi angin keluar. Bulatkan doh. Jangan besar sangat ye sebab nanti doh akan kembang lagi. Susun dalam talam pastikan ada penjarakan sosial supaya doh ada ruang untuk mengembang
  3. Selepas siap buatkan doh, biarkan dulu dalam 15minit untuk bagi laluan doh mengembang
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Selepas minyak betul panas, matikan sekejap api kemudian masukkan 1-2 doh dan hidupkan semula api tapi api yang paling kecil.
  5. DILARANG terbalikkan doh banyak kali.
  6. Angkat doh pun guna lidi ya. Cara dia cucuk doh belah atas dan angkat. Toskan dalam pinggan/bekas yang dilapik tisu
  7. Tunggu sejuk baru gunting doh can masukkan sambal bilis dan sayur. Siap!

Sumber: Anis Shamsuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Burger Viral Simple

Bahan-bahan

  • 2 cawan tpg gandum
  • 1 sudu mauripan
  • Majerin 2 sudu
  • Telur 1 biji
  • 2 sudu gula
  • Air 1 cwan

Cara nak buat Burger Viral Simple

  1. Rendam mauripan dalam cawan air tadi.masukkan gula dan biar kembang.
  2. Satukan tepung majerin.gaul sampai jadi serbuk roti, masukkan telur, gaul lagi dan masukkan rendaman mauripan tad uli smpai tak lekat di tangan biar adunan naik 1x ganda tumbuk buang angin uli lagi 5 minit.
  3. Bulatkan dan goreng api perlahan gunting burger tadi separuh, masukkan timun dan sambal bilis.

Sumber: Iena Umar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Sambal ikan bilis ini perlu lah rasa manis pedas baru sedap.

Jom semak resepi putu mayam ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment