4 Resepi Gulai Kawah (Lauk Kenduri Wajib Cuba)

Kebiasaannya gulai kawah kita akan nampak apabila ada kenduri kahwin sewaktu aktiviti merewang kan? Tapi sekarang dah jarang kita lihat aktitvit merewang ini dilakukan. Resepi gulai kawah ini pelbagai jenis yang ada untuk anda kami kongsikan.

Jom kita try!

1. Resepi Gulai Kawah Batang Pisang

Bahan-bahan

  • Bawang besar -kisar*
  • Serai ketuk*
  • Rempah kari (sis guna babas)
  • Halia hiris halus*
  • Penumis*
  • Minyak masak
  • Santan
  • Kerisik
  • Daun kari
  • Daging + lemak
  • Riyas pisang
  • Air
  • Garam
  • Gula

Cara nak buat Gulai Kawah Batang Pisang

  1. Masukkan minyak sampai panas, tumis bahan * sampai bau wangi.
  2. Masukan rempah yang dah dibancuh air masak sampai medidih.
  3. Masukan daging biarkan sekejap supaya daging mesra dengan rempah, masukan kerisik, santan gula dan garam.
  4. Masukan air dan riyas pisang, masak sampai daging lembut.

Sumber: Noriza Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Gulai Kawah Daging Kelantan

Bahan-bahan

  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Halia (hiris)
  • Bawang besar (hiris )
  • Santan
  • Serbuk gulai kawah bancuh dengan air dahulu (dapat dari Kelantan)
  • Air asam jawa
  • Kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Pelaga
  • Minyak
  • Gula melaka gula nise
  • Daging dan air rebusan daging

Cara nak buat Gulai Kawah Daging Kelantan

  1. Mula-mula panaskan minyak. Masukkan kayu manis buah pelaga, bunga cengkih dan bawang merah, putih dan halia. Tumis sampai garing.
  2. Masukkan rempah gulai kawah yang telah di bancuh dengan air. Biar terbit minyak. Masukkan daging, santan. Kacau.
  3. Masukkan air asam jawa dan gula melaka. Masukkan bawang hiris.
  4. Biarkan sampai terbit minyak.
  5. Garam secukup rasa.

Sumber: Amelia Tamby Hussin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Gulai Kawah Daging Batang Pinang

Bahan-bahan

  • Daging lmbu@kmbing@kerbau
  • Batang pisang yang paling lembut bahagiannya dilumur dgn serbuk kunyit untuk elakkan jadi kehitaman juga utk membuang getahnya
  • Rempah daging
  • Kerisik
  • Santan pekat
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan tumis

  • 5 ulas Bwang merah kecil dipotong
  • 3 ulas bwang putih dipotong
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Daun kari

Bahan kisar

  • 5-7biji -Bawang merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 3 cm halia

Cara nak buat Gulai Kawah Daging Batang Pinang

  1. Panaskan minyak dalam kuali@periuk@kawah.
  2. Masukkan bahan tumis tadi,tumis sampai kekuningan atau naik bau.
  3. Masukkan rempah yang telah di bancuh bersama air asam jawa dan bahan kisar.
  4. Tumis hingga rempah pecah minyak dan berbau wangi.
  5. Masukkan kerisik gaul hingga sebati.
  6. Masukkan daging gaul dan biarkan hingga kering air daging tadi.
  7. Kemudian gaul lagi masukkan santan pekat tak perlu tambah banyak air, sebab nanti air batang pisang akan keluar jadi kuah banyak.
  8. Tambah garam dan serbuk perasa.
  9. Agak daging dah semakin empuk, masukkan batang pisang.
  10. Biar mendidih masak dalam 10 minit atau hingga batang pisang layu.
  11. Jangan masak batang pisang terlalu lama, nanti jadi lembik.
  12. Dah siap.

Sumber: Azian Abdul Hadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Gulai Kawah

Bahan-bahan

Bahan A

  • 5-7 kg bawang merah (dikisar)
  • 1kg rempah masak dan gulai
  • 300g bawang putih (dikisar)
  • 3 bekas kerisik/nyor gula saiz sederhana
  • 1/2 paket kecil air asam jawa
  • Lengkuas/kunyit/halia segengam setiap jenis (dikisar)

*Gaul semua bahan bahan di atas gaul dan perap daging / tulang selama 20 minit.

Bahan B

  • 3 keping gula melaka/nissan saiz sederhana
  • 2 senduk gula
  • 6 keping asam gelugor
  • 6 gengam garam kasar
  • 5-6 kg santan-masukkan last sekali apabila 40% daging masak mekar
  • 1 paket kecik ajinamoto (optional)

Bahan C

  • 1 kg minyak masak
  • 5 bungkus lada cair/boh
  • 5 kuntum bunga bintang
  • 1 sudu besar cengkih
  • 15 biji limau
  • 3 btg kayu manis

Cara nak buat Gulai Kawah

  1. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Tumis bahan C.
  3. Masukkan bahan A.
  4. Masukkan bahan B.
  5. Tunggu sehingga masak.
  6. Kacau juga tak nak bagi hangit pada bahagian bawah.
  7. Biasa satu kawah bersamaa 1 pikul daging iaitu bersamaan 60 kg.
  8. Kalau nak gulai biasa, memadai dengan satu paket rempah gulai dan masak cap bunga rose, kerisik satu sudu, cili boh 2 sudu.
  9. Selamat mencuba.

Sumber: Eizatul Fatanah Chik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Kalau anda teringin dengan gulai kawah boleh lah cuba resepi yang kami kongsikan ini ya!

Jom semak juga resepi acar rampai lauk kenduri yang sedap.

Selamat mencuba!

Leave a Comment