4 Resepi Vegetarian (Sesuai Untuk Si Vegetarian)

Buat si vegetarian resepi kali khas untuk anda. Sebenarnya banyak resepi vegetarian yang menarik cuma kita kena pandai olah mengikut kreativiti kita. Kali ini kami bawakan resepi vegetarian untuk idea masakan anda. Siapa cakap makanan vegetarian ini membosankan?

Jom kita try!

1. Resepi Sambal Tauhu

Bahan-bahan

  • 4 biji tauhu
  • Biji sawi
  • Jintan manis
  • Bawang besar
  • Pes ginger garlic
  • Daun kari
  • Cili kisar
  • Puri tomato
  • Daun pandan
  • Gula

Cara nak buat Sambal Tauhu

  1. 4 biji tauhu belah dua dan n deep fry. Asingkan
  2. Guna minyak yang sama, tumis biji sawi dan jintan manis. Sampai biji sawi pecah,
  3. Tumis bawang besar di ikuti ginger garlic paste.
  4. Bila dah naik bau, masukkan daun kari. Selepas tu cili kisar.
  5. Kacau sampai naik bau then masukkan puri tomato dalam 4 – 5 teaspoon.
  6. Masukkan tomato. Kacau sebati.
  7. Masukkan air dalam secawan. Perasakan dengan garam. Masukkan daun pandan.
  8. Bila dah mendidih dan air surut sikit. Masukkan 1 1/2 tablespoon gula.
  9. Kacau sebati dan masukkan tauhu tadi. Kacau sikit. Biarkan dalam 3 minit. Tutup api. Siap.

Sumber: Sheena Supramaniam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Rendang Cendawan

Bahan-bahan

  • 400g cendawan (shitake atau button mushroom)
  • 2biji bawang besar
  • 3batang serai
  • Halia
  • Bawang putih 5biji
  • Cili padi 12biji
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2sudu besar cili kisar
  • Kerisik
  • Santan
  • 5helai daun limau
  • Garam ,gula melaka dan sedikit gula pasir, serbuk perasa ajinamoto jika suka

Cara nak buat Rendang Cendawan

  1. Cuci cendawan dan toskan airnya sampai kering dan belah dua.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili padi.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum masukkan pulak cili kisar dan rempah kari kacau rata hingga garing dan naik bau api kecil ye dan kacau selalu.
  4. Masukkan santan dan air daun limau purut beserta kerisik, gula melaka dan garam dan perasa ajinomoto jika suka dan sedikit gula pasir.
  5. Kacau selalu bila sedikit pekat masukkan cendawan dan masak hingga agak kering.

Sumber: Suraya Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Tauhu Lembut Kukus dan Sos Gochujang

Bahan-bahan

  • 1 bj tauhu lembut, toskan air dan letakkan di atas pinggan. Kukus dalam 8 hingga 10minit
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 tangkai daun bawang dikerat pendek

Pes

  • 1 sdm pes Gochujang
  • ½ sdm serbuk cili (kalau ada serbuk cili Gochujang lagi bagus)
  • 1 sdm kicap cair
  • 1 sdm sos tiram vegetarian
  • ¼ cawan air

Cara nak buat Tauhu Lembut Kukus dan Sos Gochujang

  1. Gaul semua diatas sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih hingga garing ketepikan bawang putih.
  3. Tambah pes diatas, Tumis hingga sebati. Tambah 1 sdm madu dan 1 sdt minyak bijan yang guna untuk masakan ala Chinese. Gaul sekata. Biar masak pekat. Perasakan gula dan garam.
  4. Tuangkan keatas tauhu lembut yang dah siap kukus taburkan bawang putih dan daun bawang. Sedia dimakan.

Sumber: Kesavan Supramaniam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Spaghetti Vegetarian

Bahan-bahan

  • Pasta Spaghetti (dah dicelur, dikeringkan dan sejukkan. Campur sikit garam merah dan blackpaper kisar

Sos

  • 2sudu besar prego tomato sos
  • 3biji shiitake mushroom (potong halus)
  • 1/2 genggam kacang edamame
  • 1/2 bawang besar (cincang)
  • Sedikit serbuk garlic parsley
  • Sedikit serbuk black pepper
  • Sedikit olive oil (for cooking)
  • Sedikit air

Cara nak buat Spaghetti Vegetarian

  1. Panaskan non stick pan dan masukkan olive oil. Tumis bawang, shiitake mushroom dan edamame.
  2. Sayur dah layu, masukkan sos preggo, air sikit dan perasakan dengan serbuk garlik dan black pepper.
  3. Masak sampai kuah pekat dan tutup api. Tuangkan atas spagetthi.

Sumber: Diane Sera dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Menarikkan resepi vegetarian ini, anda perlu menjadi sedikit kreatif sahaja untuk mengolah resepi ini.

Jom semak juga resepi salad diet sesuai juga untuk anda sedang menurunkan berat badan.

Selamat mencuba!

Leave a Comment