Tak ramai sebenarnya yang suka makan petai, mungkin kerana bau petai. Tapi untuk peminat petai, resepi kali khas untuk anda. Kami kongsikan resepi petai yang sedap khas buat peminat petai.
Jom kita try!
1. Resepi Masak Lemak Daun Kayu Tempoyak Petai
Bahan-bahan
- Cili api/kunyit hidup/ (blender atau tumbuk)
- Tempoyak
- Petai
- Ikan bilis
- Bahan racik daun rampai (semua diracik halus)
- Serai
- Daun kaduk
- Pucuk Asam gelugur
- Daun kunyit
- Pucuk labu
- Pucuk ubi
- Pucuk mengkudu
Cara nak buat Masak Lemak Daun Kayu Tempoyak Petai
- Blender bahan cili dan kunyit.
- Masuk semua bahan dan tempoyak santan letak perasa garam dan perasa akhir sekali masak sampai pekat.
Sumber: Kak Ina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis
Bahan-bahan
- Ikan bilis
- Cili padi
- Petai
- Bawang merah
- Tempoyak batu
- Garam
Cara nak buat Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis
- Ikan bilis, bawang merah, cili api ditumbuk.
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk.
- Tumis sampai garing dan masukkan petai.
- Masukkan tempoyak.
- Masuk air sikit kalau nampak pekat.
- Masukkan sedikit garam.
Sumber: Muhamad Ismail Mohd Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sambal Tempe Petai Ranggup
Bahan-bahan
- Cili merah (besar) 10 tangkai
- Bawang besar 5biji
- (Blend )
- Tempe (potong nipis goreng garing)
- Ubi kentang (potong nipis goreng garing)
- Ikan bilis (goreng garing)
- Petai
Cara nak buat Sambal Tempe Petai Ranggup
- Tumis bahan yang dah blend tadi sampai kering air dan garing.
- Masukkan gula garam dan perasa jika suka (lebih kan gula) masukkan petai goreng dalam 1minit bagi petai masak sikit.
- Last tutup api masukkan bahan yang dah di goreng garing tadi kacau bagi sebati semua bolehlah angkat (toskan minyak dulu) baru boleh dihidangkan.
Sumber: Ciksu Kitchen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sambal Ikan Bilis Petai
Bahan-bahan
- Bawang besar 5 labu
- Bawang putih 5 ulas
- 1 sudu belacan
- Segengam cili kering dikisar halus
- Gula melaka@ nise 2 keping
- Sos cili 3 sudu
- Sos tomato 3 dudu
- Daun pandan
- Petai
- 1 mangkuk besar ikan bilis
Cara nak buat Sambal Ikan Bilis Petai
- Kisar bawang bersama belancan dan secubit ikan bilis kisar sehingga lumat.
- Minyak kita panaskan masukkan simpulan daun pandan. Kacau sehingga aroma daun pandan naik berseri.
- Masukkan bahan kisar. Kacau sehingga separuh masak ataupun agak garing.
- Masukkan cili kering kisar. Bersama gula melaka atau nise.
- Masukkan sos cili serta sos tomato.
- Masukkan ikan bilis serta hirisan bawang besar.
- Perasakan dengan garam gula dan ajinomoto.
- Masukkan petai. Masak sehingga pecah minyak.
Sumber: Yayar B. Awang Noh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi sedikit idea untuk anda.
Jom semak juga resepi tempoyak durian buat peminat durian.
Selamat mencuba!