Tempe merupakan makanan tradisional Indonesia yang diperbuat daripada kacang soya yang telah difermentasi menggunakan kulat Rhizopus oligosporus. Proses pemfermentasian ini menghasilkan produk yang kaya dengan protein dan mempunyai tekstur yang padat serta rasa yang unik. Tempe dikenali sebagai sumber protein nabati yang berkualiti tinggi dan mudah dihadam.
Sebagai makanan yang popular di Asia Tenggara, tempe sering digunakan dalam pelbagai hidangan tempatan dan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti digoreng, direbus, atau dikari. Kandungan nutrisinya yang tinggi menjadikan tempe sebagai alternatif yang baik kepada sumber protein hewani, terutamanya bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian.
Resepi Menggunakan Tempe
1. Resepi Sambal Tempe Bilis Kacang
Bahan-bahan
- 6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul rangup.
- 2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap
- 500g kacang – cuci, tos, goreng jugak
Bahan sambal
- 2 senduk cili blend
- 3 biji bawang merah – blend
- 5 ulas bawang putih – blend
- 1 ketul gula kabung
- 4 keping asam keping
- Garam secukupnya
- Minyak goreng tempe tadi
Cara nak buat Sambal Tempe Bilis Kacang
- Tumis bahan blend, dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing.
- Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.
- Siap.
Sumber: Sharinaz Redwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Tempe Mudah
Bahan-bahan
- Tempe setengah
- 3 biji bwg merah
- 1 ulas bwg putih
- 7 biji cili padi merah + hijau
- Setengah inci kunyit hidup (blend semua bahan)
Cara nak buat Tempe Mudah
- Tumis sampai wangi dan masukkan tempe.
- Last masukkan garam, daun kunyit & asam keping, masak sampai tempe lembut.
Sumber: Rohmaton Mislam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Tempe Berlado
Bahan-bahan
- Tempe – goreng. Ketepikan
- Kentang – goreng. Ketepikan
Bahan-bahan blender kering
- Bawang besar – 1 biji
- Bawang Putih – 3 ulas
- Cili Merah – 5 batang
- Cili Padi – 10 batang
- Tomato – 1/2 biji
- Gula
- Garam
- Cuka / Asam keping
- Sos Tiram
Cara nak buat Tempe Berlado
- Gunakan minyak yang sama goreng tempe & kentang tadi. masukkan bahan yang blender.
- Masak sampai garing sikit dan masukkan kentang & tempe. Gaul sebati.
- Ok masukkan garam, gula, sos tiram & cuka secukup rasa. Gaul sebati dan angkat.
Sumber: Yasmin Dayanti Fami dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Homemade Tempe
Bahan-bahan
- 1kilogram kacang soya
- 2gram ragi tempe
- 8 keping beg plastik sandwich
Cara nak buat Homemade Tempe
- Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin
- Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalau masih ada yang tinggal.
- Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau menggunakan kipas angin.
- Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.
- Bungkus menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Boleh guna daun pisang atau daun rambai untuk rasa yang lebih enak.
- Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata.
- Letak di tempat yang panas- letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda
Sumber: Hidayah Mohktar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Enak Dari Soya?
Rugi anda tak cuba resepi tempe ini, dapat pula yang rangup dan cicah bersama sambal kicap memang padu. Selain tempe, tahukah anda bahawa banyak juga makanan atau minuman yang dihasilkan daripada soya. Antaranya adalah:
1. Tauhu
Tauhu atau tahu merupakan produk kacang soya yang diproses dengan menggumpalkan susu kacang soya menggunakan agen penggumpal. Ia mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sering digunakan dalam masakan Asia sebagai sumber protein nabati yang serbaguna.
2. Susu Kacang Soya
Susu kacang soya adalah minuman yang dihasilkan daripada kacang soya yang dikisar dan ditapis. Minuman ini kaya dengan protein, vitamin, dan mineral, serta menjadi alternatif popular kepada susu tenusu bagi mereka yang tidak boleh mengambil laktosa.
3. Miso
Miso merupakan pes kacang soya yang difermentasi yang berasal dari Jepun. Ia digunakan sebagai perasa dalam sup, sos, dan pelbagai hidangan lain, memberikan rasa umami yang khas dan kandungan probiotik yang bermanfaat untuk kesihatan.