Peria, juga dikenali sebagai peria katak atau ‘bitter gourd’ dalam bahasa Inggeris, adalah sejenis sayuran yang mempunyai rasa pahit yang unik. Untuk memasaknya, bahan-bahan yang diperlukan ialah peria, tepung gandum, serbuk kari, garam, dan minyak masak. Cara penyediaan yang mudah adalah dengan memotong peria kepada kepingan nipis, merendam dalam air garam untuk mengurangkan kepahitan, kemudian salut dengan campuran tepung dan goreng sehingga garing.
1. Resepi Peria Goreng Pecah Telur Campur Udang
Bahan-bahan
- Peria katak 1kg potong nipis rendam air garam ramas basuh 2/3 kali tos
- 200gram udang buang kulit
- 3 biji telur
- 1sudu besar cili blend
- Bahan blend kasar atau tumbuk
- 1biji bawang merah besar
- 4ulas bawang putih
Cara buat Peria Goreng Pecah Telur Campur Udang
- Panaskan minyak dalam kuali masuk bahan yang ditumbuk tadi.
- Kacau rata hingga naik bau masuk cili blend kacau lagi hingga pecah minyak masuk telur tunggu sekejap baru kacau.
- Kemudian masuk udang kacau kaup balik masuk garam gula serbuk perasa dan peria kacau rata peria dah layu sikit tutup api siap.
- Sedap dimakan dengan nasi panas.
Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Peria Goreng Crunchy
Bahan-bahan
- Peria – slice nipis
- Tepung bestari pedas
- Tepung jagung
- Air kapur
- Minyak untuk menggoreng
Cara buat Peria Goreng Crunchy
- Campurkan semua bahan di atas.
- Goreng dalam minyak yang panas.
Sumber: Sharifah Shafie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Peria Tumis Bersantan
Bahan-bahan
- Peria
- Udang
- Bawang besar
- Cili pes
- Santan
- Garam/gula
- Telur
Cara buat Peria Tumis Bersantan
- Potong peria hiris rendam sekejap dengan garam dalam 10 minit, basuh & toskan.
- Udang dibersihkan.
- Bawang ros/besar hiris nipis untuk tumis.
- Tumis bawang, dah garing bubuh cili mesin.
- Dah naik minyak masukkan pati santan 3 sudu.
- Apabila dah naik minyak lagi masukkan peria dan baki santan.
- Kacau sampai menggelegak dan peria dah setengan masak masukkan udang.
- Perasakan dengan gula & garam secukup rasa.
- Kacau lagi, masukkan telur, tunggu sekejap telur masak & tutup api. Angkat dan hidang.
Sumber: Mas Ryana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Peria Berlada Pecah Telur
Bahan-bahan
- Bawang merah
- Sedikit bwg putih
- Cili besar merah
- Cili padi ikut suke kepedasan
- Sedikit belacan jika suka
Semua diblend kasar atau tumbuk kasar
Cara buat Peria Berlada Pecah Telur
- Boleh jugak letak sedikit bilis jika suka.
- Tumis semua bahan sekejap
- Masukkan gula melaka atau gula pasir sedikit.
- Kiub bilis dan sedikit garam atau cukup rasa.
- Tumis sampai pecah minyak dan masukkan udang tumis sampai separuh masak dan boleh masukkan sayur peria.
- Dan pecah telur 2 biji.
- Kacau sampai sayur masak.
- Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap.
Sumber: Laurent Latif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi menu Sayur Selain Peria?
Bagi penggemar sayur, tidak sah setiap hidangan jika tanpa lauk sayur. Selain peria, ini ada 5 lagi menu sayur ringkas yang tidak kurang hebatnya jika dihidang dengan nasi panas.
1. Sayur Campur
Hidangan ini menggunakan pelbagai sayuran seperti lobak merah, kubis, sawi, dan kacang buncis yang dimasak bersama bawang putih dan sos tiram. Bahan-bahan yang diperlukan ialah sayur pilihan, bawang putih, minyak masak, sos tiram, dan garam secukup rasa. Untuk memasak, tumis bawang putih sehingga wangi, masukkan sayur mengikut kekerasan, dan perasakan dengan sos tiram dan garam.
2. Bayam Goreng
Bayam segar dimasak bersama bawang merah dan bawang putih. Bahan-bahan yang diperlukan ialah bayam, bawang merah, bawang putih, garam dan minyak masak. Cara masak yang ringkas ialah dengan menumis bawang, masukkan bayam, dan masak sehingga bayam layu.
3. Kangkung Belacan
Kangkung dimasak dengan belacan untuk memberi rasa yang lebih sedap. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kangkung, belacan, bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Cara masak ialah dengan menumis bahan-bahan, masukkan kangkung, dan masak sehingga kangkung lembut.
4. Terung Goreng
Terung dipotong dan digoreng dengan garam dan serbuk kunyit. Bahan-bahan yang diperlukan ialah terung, serbuk kunyit, garam, dan minyak masak. Cara masak ialah dengan menyalut terung dengan campuran kunyit dan garam, kemudian goreng sehingga keemasan.
5. Bendi Goreng
Bendi dimasak dengan bawang merah dan bawang putih. Bahan-bahan yang diperlukan ialah bendi, bawang merah, bawang putih, garam dan minyak masak. Cara masak ialah dengan menumis bawang, masukkan bendi, dan masak sehingga bendi masak sepenuhnya.