Labu air adalah sejenis sayuran yang banyak mengandungi air dan serat, tergolong dalam keluarga tumbuhan cucurbitaceae. Ia juga dikenali sebagai ‘winter melon’ dalam bahasa Inggeris dan mempunyai kulit yang berwarna hijau muda dengan isi yang berwarna putih.

Untuk memasak sup labu air, bahan-bahan yang diperlukan ialah labu air yang dipotong kiub, bawang putih, bawang merah, halia, garam, lada putih dan air secukupnya. Cara memasaknya mudah: tumis bawang dan halia sehingga wangi, masukkan labu air, tambah air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan garam dan lada putih mengikut citarasa.

1. Resepi Labu Air Masak Air

Bahan-bahan

  • Isi ikan selayang (rebus dulu ikan dengan asam keping sekeping. Letak garam sikit)
  • Daun kesum
  • Labu air (potong kecil)
  • Bawang besar dan bawang putih (tumbuk halus)
  • Lada hitam (tumbuk halus)
  • Cili padi
  • Kiub pati ayam Maggi seketul
  • Budu satu sudu kecil

Cara buat Labu Air Masak Air

  1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan geng bawang yang ditumbuk halus.
  2. Then, masukkan labu air, cili padi dan daun kesum.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan yang dihancurkan.
  4. Masukkan budu. Lastly, masukkan lada hitam. Masak sampai labu air tu empuk. Siap.

Sumber: MrsMoon MJ dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Labu Air Tumis

Bahan-bahan

  • Sebiji labu air
  • Sedikit minyak msak
  • Bawang putih
  • Bwang besar
  • Cili hidup
  • Lada hitam
  • Suhun (kalau ada)
  • Sedikit belacan
  • Ikan bilis
  • Garam

Cara buat Labu Air Tumis

  1. Letakkan sedikit minyak masak.
  2. Tumis bawang putih bersama ikan bilis.
  3. Masukkan air + labu air + bawang besar yang dihiris bulat +cili hidup yang di potong sedikit belacan + suhun (jika ada) +lada hitam.
  4. Masak sehingga labu air betul-betul masak.
  5. Tutup api dan masukkan sedikit garam.

Sumber: Junainie Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Asam Rebus Labu Air Udang

Bahan-bahan

  • Labu air separuh
  • Udang 7-8ekor
  • Cili blander 1 sudu
  • Cili merah 2 /bwg merah 1/ bwg putih 1 (blander/ tumbuk kasar)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan separuh
  • Asam keping 4
  • Garam/perasa

**kalau tak ada udang hidup udang kering pun ok

Cara buat Asam Rebus Labu Air Udang

  1. Potong labu air. Masuk air paras labu kemudian cili yang blander.
  2. Letak bunga kantan dan asam keping. Rebus sampai separuh lembik labu dan masukkan daun kesum dan udang.
  3. Masuk perisa/garam sampai udang dah masak. Siap sudah asam rebus labu air dengan udang.

Sumber: Radiah Arshad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Gulai Daging Labu Air

Bahan-bahan

  • Daging cincang
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Bawang merah sebiji*
  • Halia besar ibu jari
  • Rempah daging sepeket
  • Serbuk cili 3 sudu makan
  • 2 sudu kerisik (ikut suka)
  • Santan
  • Sebiji labu / guna separuh
  • Garam

Tumbuk bahan bertanda *

Cara buat Gulai Daging Labu Air

  1. Campurkan daging bersama bahan bertanda * bersama rempah dan serbuk cili dan kerisik gaul hingga rata.
  2. Tumis 4 sekawan beserta 3 ulas bawang putih, bawang kecil 4 biji yang telah dimayang.
  3. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan daging perapan bersama air.
  4. Masukkan garam supaya meresap dalam daging. Tunggu hingga daging empuk masukkan air kacau dan masukkan santan .
  5. Mendidih masukkan labu hingga empuk. Masak dan hidangkan.

Sumber: Faizah Yunus dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Labu Air, Apa Hidangan Lain Yang Popular?

Selain Labu Air, terdapat pelbagai hidangan sayur lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 hidangan sayur yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

1. Petola

Petola adalah sayuran yang kerap digunakan dalam masakan tempatan. Ia boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti tumis petola dengan udang atau goreng dengan telur.

2. Timun

Timun merupakan sayuran yang segar dan mudah didapati. Ia biasa digunakan dalam masakan seperti kerabu timun atau masak lemak timun.

3. Peria

Peria terkenal dengan rasanya yang pahit tetapi kaya dengan khasiat. Masakan popular menggunakan peria termasuk peria goreng telur dan masak lemak peria.

4. Kacang Panjang

Kacang panjang merupakan sayuran yang versatil dalam masakan Melayu. Ia boleh dimasak tumis dengan udang atau masak lemak cili padi.

5. Bendi

Bendi atau ‘lady’s finger’ adalah sayuran yang popular dalam masakan tempatan. Masakan popular termasuk goreng bendi belacan atau masak lemak bendi.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply