Salad diet merujuk kepada hidangan salad yang direka khas untuk membantu dalam penurunan berat badan, yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran segar seperti daun salad, timun, tomato, dan lobak, serta sumber protein tanpa lemak seperti ayam panggang, tuna, atau telur rebus. Bahan-bahan lain seperti biji-bijian, buah-buahan, dan sos salad yang rendah kalori juga boleh ditambah. Salad diet mudah disediakan dengan hanya memotong dan mencampurkan bahan-bahan tersebut dalam satu mangkuk besar.
Salad diet sesuai hidangan sampingan atau snek yang berkhasiat pada bila-bila masa sahaja. Pastikan salad diet yang disediakan mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan, dan bukannya hanya terdiri daripada sayur-sayuran semata-mata.
Resipi Salad Diet
1. Resepi Salad Sayur
Bahan-bahan
- Salad
- Kobis purple (suku)
- Kobis bulat (suku)
- Cili benggala
- Tomato ceri
- Timun jepun
- Bawang holland
- Lada hitam biji (tumbuk)
- Garam
- Sos salad (boleh guna mayonis juga)
- Thousand island
- Cuka sedikit
Cara nak buat Salad Sayur
- Isi ayam (bahagian dada, potong nipis dan goreng dengan butter siki letak lada hitam & sedikit garam).
- Campur semua sayur tadi masukkan ayam curah sos dan gaul bagi rata.
- Masuk lada hitam, garam dan cuka gaul lagi siap.
Sumber: Aisyah Zulaikha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Greek Chicken Salad Wraps
Bahan-bahan
- 2 keping dada ayam
- 4 keping tortilla wrap
Bahan salad
- 4-5 helai coral lettuce – koyak kecil
- 150g tomato cherry- dibelah 2
- 1 btg timun jepun – dihiris
- Sebiji capsicum dihiris sepjg mancis
- 8 bj black olives – dihiris
- 1 sdm bawang besar – dihiris
- 100g feta cheese
- Vinaigrette/dressing
- 8 sdm extra virgin olive oil
- 1 tsp dried oregano herbs
- 1 tsp madu
- 2 sdm jus lemon
- Salt dan pepper
Cara nak buat Greek Chicken Salad Wraps
- Campurkan semua bahan salad dlm mangkuk yang sesuai dan simpan didalam peti sejuk.
- Dressing: satukan semua bahan dan whisk sebati. Boleh juga masukkan dalam jar and shake well dan simpan didalam peti sejuk.
- Perap dada ayam dengan bahan dressing selama 2 jam n grill hingga masak. Akak airfry selama 13-15min pd suhu 180c.
- Siram dressing diatas salad tadi dan gaul sebati.
- Ambil sekeping tortilla wrap, letak salad dan taburkan kepingan dada ayam yang dipotong kecil. Gulung kemas.
Sumber: Keroroyz Royz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Salad Buah
Bahan-bahan
- Sebiji epal, sebiji lai
- Sebiji pir, sebiji oren
- Setengah tin susu cair
- Satu botol yogurt (130g)
- 5 sudu besar mayonis
Cara nak buat Salad Buah
- Potong dadu semua buah-buahan.
- Masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan susu cair, yogurt dan mayonis gaul hingga mesra kemudian bolehlah masukkan ke dalam peti ais.
Sumber: Ani Zam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Egg Salad Bell Pepper/Cucumber Boats
Bahan-bahan
- Timun
- Bell pepper
- 4 biji telur
- 2sdb yogurt
- Garam
- mix herbs
- cayenne pepper,
- parsley,
- 1 sudu besar perahan air lemon(limau nipis pun boleh)
- Suka perasakan add on chili flakes or black pepper
Cara nak buat Egg Salad Bell Pepper/Cucumber Boats
- First, belah tengah timun dan bell pepper. Scoopkan biji dan bersihkan.
- Rebus 4 biji telur, masukkan garam, 2 sudu besar yogurt, mix herbs, cayenne pepper,parsley,sudu besar perahan air lemon(limau nipis pun boleh).
- Hancurkan telur dan gaul sebati semua bahan.
- Letak salad atas bell peppers dan isi dengan telur tadi timun pun sama.
Sumber: Shahmila Radha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Salad, Apa Lagi Makanan yang Sesuai untuk Diet?
Selain salad, terdapat pelbagai makanan diet lain yang sesuai mereka yang ingin menurunkan berat badan. Antara 4 makanan diet untuk mengurangkan berat badan adalah seperti berikut:
1. Quinoa Bowl
Quinoa Bowl ialah hidangan yang terdiri daripada quinoa yang dimasak, iaitu sejenis bijirin yang kaya dengan protein dan serat, dan kemudiannya dihidangkan bersama dengan pelbagai sayuran segar, sumber protein tanpa lemak, dan sos yang berkhasiat. Quinoa Bowl mudah disediakan dan boleh diubah mengikut citarasa masing-masing.
2. Smoothie Bowl
Smoothie Bowl ialah hidangan yang terdiri daripada smoothie yang pekat dan sejuk, yang diperbuat daripada campuran buah-buahan beku, yogurt rendah lemak, dan susu rendah lemak, dan kemudiannya dihidangkan dalam mangkuk dan dihiaskan dengan pelbagai topping seperti buah-buahan segar, biji-bijian, dan muesli.
3.Wrap Ayam Salsa
Wrap Ayam Salsa ialah hidangan yang terdiri daripada tortilla gandum penuh yang diisi dengan ayam panggang tanpa kulit, salsa segar, dan sayur-sayuran hijau seperti daun salad dan bayam. Wrap Ayam Salsa mudah dibawa ke mana-mana.
4. Buddha Bowl
Buddha Bowl ialah hidangan yang terdiri daripada nasi perang atau quinoa yang dihidangkan bersama dengan pelbagai sayur-sayuran berwarna-warni, sumber protein seperti tauhu atau kekacang, dan sos yang sihat seperti hummus atau baba ghanoush.