Resepi lawar terung ialah terung bakar dimasak dengan santan. Memang sedap dimakan ketika panas dan bersama sambal belacan. Kami kongsikan resepi lawar terung ini untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Lawar Terung

Bahan-bahan

  • 2 batang terung yang agak besar-disalai atas api hingga empuk,buang kulit dan di potong
  • 2 sudu besar lada hitam di kisar
  • 2 tangkai cili hidup tumbuk dengan bawang kecil 3 ulas
  • 2 cawan santan pekat panaskan dalam periuk sekejap
  • 1 labu bawang besar-dihiris
  • 1 sudu kerisik/belacan
  • 1 biji limau nipis/kasturi
  • 1 cili merah
  • Garam secukup rasa

Cara buat Lawar Terung

  1. Sediakan mangkuk letak terung dan santan.
  2. Gaulkan bersama bahan-bahan yang di hiris, lada hitam dan garam.
  3. Perahkan asam limau.
  4. Sedia untuk di hidangkan.

Sumber:  DrNorwaliza Abdul Wahab dari  Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Lawar Santan Terung Bakar

Bahan-bahan

  • Terung hijau lebih sedap dan wangi dari terung pepel
  • Terung 2 biji
  • Belacan secubit bakar
  • bawang merah 2 ulas
  • Cabai melaka 5 bji
  • Santan sekotak
  • Garam gula aji
  • Asam limau sebiji
  • Air panas 3camca
  • Lagi sedap kalau tabur dengan lada hitam kasar

Cara buat Lawar Santan Terung Bakar

  1. Bakar terung atas api jangan buang kulit dia bakar sampai hitam dan lembik kemudian basuh terung dekat air paip  yang supaya kulit mudah tertangal dan bersih.
  2. Cili dan bawang merah dilenyek dalam lesung batu lenyek sekali jangan sampai hancur, masukkan air panas untuk larutkan kemudian masukkan gula garam aji ikut selera masing-masing.
  3. Kemudian bakar belacan tadi dan masuk kedalam bahan lenyek dan perahkan limau tersebut jangan masam sangat nanti tak sedap.
  4. Last sekali tuang sekotak santan kotak  lemak masin manis masam sedap sangat.
  5. Setengah orang tak masak santan tapi saya suka masak atas api sekejap untuk sebatikan rasa dia atau lebih mudah masukkan bahan-bahan tadi yang dah siap disantankan dalam microwave selama 1minit.
  6. Letakkan terung bakar tadi dalam bekas berasingan dan potongkan.
  7. Curahkan kuah santan tadi atas terung.

Sumber:  Farhana Ismail  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Lawar Terung (Letak Isi Ikan Bakar)

Bahan-bahan

  • Terung panjang-4 biji (belah 2 dan bakar)
  • 2 biji bwng besar-(belah 2 dan hiris)
  • 6@7 tangkai cilipadi-hiris
  • 2 kotak kecik santan
  • 1 sudu mkn lada hitam-(tumbuk)
  • Garam, perasa dan sedikit gula
  • 1 biji limau nipis
  • 1 ekor ikan kembung-(bakar dan hancurkan isinya)

Cara buat Lawar Terung (Letak Isi Ikan Bakar)

  1. Didihkan santan atas dapur.
  2. Masukkan garam, perasa, gula dan lada hitam.
  3. Bila dah mendidih masukkan terung dan isi ikan
    (Terung nak buang kulit pun boleh)
  4. Akhir sekali masukkan bawang dan cili hiris.
  5. Tutup api dan perahkan limau nipis.

Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Lawar Terung (Budu)

Bahan-bahan

  • Terung bakar
  • Cabai tumbuk dengan belacan
  • Budu
  • Bawang besar hiris
  • Santan
  • Garam
  • Gula
  • Limau -(perah)

Cara buat Lawar Terung (Budu)

  1. Gaul semua bahan-bahan diatas.
  2. Ada rasa masam masin dan pedas.

Sumber: Ana Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Jangan lupa cuba resepi mudah ini ya! Sedap makan bila dapat terung bakar yang masih ada lagi bau asap.

Jom semak juga resepi pajeri terung mempunyai kombinasi rasa yang cukup menyelerakan.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply