4 Resepi Daging Kijang

Daging kijang adalah daging dari binatang kijang yang merupakan salah satu hidangan eksotik dalam masakan tradisional Malaysia. Dari segi rasa, daging kijang tidak mempunyai banyak perbezaan dengan daging biasa, namun ia dianggap sebagai hidangan istimewa yang biasanya dimasak dengan cara yang mudah dan cepat empuk.

Segelintir masyarakat beranggapan bahawa daging hidupan liar seperti rusa, kijang, pelanduk dan landak lebih enak berbanding daging lembu atau kerbau untuk dijadikan hidangan sempena Aidiladha seperti rendang dan sebagainya. Daging kijang biasanya dimasak dengan pelbagai cara seperti digoreng dengan garam kunyit, dibuat gulai kerisik, atau diolah menjadi masakan berkuah seperti singgang.

1. Resepi Daging Kijang Masak Blackpepper

Bahan-bahan

  • 1kg daging diperam bersama gula, garam, ladahitam dan kunyit dan goreng
  • 2 kentang potong dadu goreng garing dan ketepikan
  • Ciliapi dipotong
  • 2 bawang holland potong bulat
  • 6 ulas bawang putih hiris nipis
  • Halia hiris nipis
  • 1 /4 cawan kicap manis
  • 3 sudumakan ladahitam blend kasar
  • Blend halus : 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara buat Daging Kijang Masak Blackpepper

  1. Bawang holland, putih dan halia di tumis garing ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama masukkan daging ke dalam jika minyak terlampau sikit tambah.
  3. Biar seketika dan masukkan bahan blend dan lada hitam kasar.
  4. Kacau hingga separuh pekat baru masukkan kentang dan bahan tumisan tadi.
  5. Kacau hingga pekat.

Sumber: Sabariah Bahasar dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Rendang Cili Api Daging Kijang

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo daging (bersihkn n toskn)
  • Santan kelapa
  • Kerisik kelapa
  • Minyak masak
  • Asam keping
  • 1 btg serai (dititik)
  • Daun kunyit (di hiris halus)
  • *Bj Ketumbar. }
  • *Jintan manis. }
  • *Jintan putih. }
  • *Kulit kayu manis.} (* sangai n blander kering)
  • *bunga lawang. }
  • #bunga cengkih. }
  • *buah pelaga. }

Bahan blender 

  • 2 bj bawang merah
  • 3 ulas bj putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 bj buah pala
  • Segengam cili api
  • 3 btg serai (di hiris)

    #Blander semua bahan di atas sampai halus

Cara buat Rendang Cili Api Daging Kijang

  1. Campurkan bahan yang di sangai kering dgn bahan tadi jadikn pes.
  2.  Panaskn minyak dalam kuali masukkn serai yang dititik tadi sampai naik bau,masuk bahan pes td kacau sampai bahan masak dan naik bau.
  3. Masukksn daging td kacau sampai sabati dgn bahan tadi dan biar sampai daging kecut (empuk) @ kering air.
  4.  Masukkn santan kelapa dan kacau selalu.
  5. Bila santan hampir nak kering masuk keresik, asam dan garam.
  6. Rasa semua cukup rasa daging dah empuk boleh tutupkan api dan tabur daun kunyit.

Sumber: Lynda Azlyn dari Masak Apa Hari Ni (MAH)

 

3. Resepi Daging Kijang Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan

  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Daging Kijang
  • Asam keping
  • Garam
  • Santan

Cara buat Daging Kijang Masak Lemak Cili Api

  1. Segengam cili api.
  2. Kunyit hidup di blend atau di tumbuk.
  3. Masukkan kan daging dalam periuk berisi air agak dan masukkan kan cili api diblend tadi bersama serai dan kentang potong.
  4. Asam keping satu.
  5. Perisakan garam dan ajinamoto, rebus sehingga masak, masukkan santan kotak atau santan perah.
  6. Kacau sehingga masak.

Sumber: Suziana Binti Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Stew Daging Kijang

Bahan-bahan

  • Bawang Holland
  • Daging Kijang
  • 4sd tomato puree
  • Mix herbs
  • Kiub pati ayam
  • 1sd tepung gandum
  • Ubi, carrot, saderi
  • Garam

Cara buat Stew Daging Kijang

  1. Tumis 2 sudu besar minyak masak.
  2. Bila minyak panas masukkan 1 biji bawang yang dipotong dadu (nak lagi best lalau ada bawang holland).
  3. Goreng seketika sampai bawang naik bau dan masukkan daging.
  4. Masak kejap daging tu biar keluar air dan masukkan 4 sudu tomato puree.
  5. Masukkan mix herbs 1 sudu, 1 kiub pati lembu/ayam.
  6. Masukkan bancuhan 1 sudu tepung gandum.
  7. Reneh seketika api slow.
  8.  Masukkan ubi, carrot n saderi.
  9. Tutup tudung periuk dan reneh api perlahan 20-30 min. Biar daging empuk.
  10. Perasakan dengan garam dan perasa hilal. Siap untuk dimakan.

Sumber: Syafiqah Mohd Radzi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Daging Eksotik Yang Sering Dijadikan Menu Enak?

Selain daripada daging kijang, terdapat juga beberapa daging lain yang boleh dijadikan menu eksotik. Daging jenis eksotik selalunya boleh didapati di dalam hutan oleh pemburu profesional atau orang asli. Dibawah merupakan senarai daging eksotik yang halal dimakan:

1. Daging Rusa

Daging rusa adalah salah satu hidangan binatang liar yang popular di Malaysia, terutamanya di kawasan kampung dan pedalaman. Daging ini biasanya dimasak dengan cara yang sama seperti daging lembu atau kambing, seperti dibuat rendang, gulai, atau digoreng dengan rempah-rempah tradisional.

2. Daging Pelanduk

Pelanduk merupakan binatang kecil yang dagingnya dianggap sebagai hidangan istimewa dalam masakan tradisional Malaysia. Daging pelanduk biasanya dimasak dengan cara dipanggang atau dibuat gulai dengan santan dan rempah-rempah tempatan yang memberikan cita rasa yang unik.

3. Daging Landak

Daging landak adalah hidangan eksotik yang popular di kalangan masyarakat tertentu di Malaysia. Ia biasanya dimasak dengan cara direbus atau dibuat sup dengan herba-herba tradisional, dan diyakini mempunyai khasiat untuk kesihatan dan kekuatan badan.

4. Daging Arnab Hutan

Daging arnab hutan adalah hidangan tradisional yang biasanya dimasak dengan cara yang ringkas seperti digoreng atau dibuat gulai. Daging ini mempunyai tekstur yang lembut dan rasa yang sedap, sering dijadikan hidangan istimewa dalam majlis-majlis tertentu atau sebagai makanan tradisional di kampung.

Leave a Comment