Kulat Sisir atau nama saintifiknya Schizophyllum commune ialah sejenis cendawan yang boleh dimakan dan popular dalam masakan Asia. Cendawan ini mempunyai tekstur yang unik dan biasanya didapati tumbuh pada kayu-kayu reput atau batang pokok.
Untuk memasaknya, bahan-bahan yang diperlukan ialah kulat sisir, bawang putih, bawang merah, cili padi, minyak masak, garam dan sedikit air. Cara memasak yang ringkas adalah dengan menumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan kulat sisir, tambah sedikit air, perasakan dengan garam dan masak sehingga kulat sisir empuk.
1. Resepi Kulat Sisir Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan
- Kulat sisir 1 mangkuk -bersihkan buangkan tangkai, buang kulit kayu dan cuci serta rendam dalam air
- 20 biji cili padi kampung.
- 2cm kunyit hidup
Semua bahan di atas di tumbuk halus. - 10 ekor ikan bilis cuci bersih
- Sedikit garam & perasa jika suka
- Ubi kentang di kupas dan potong dadu kecil
- Keladi lambuk dibuang kulit dan potong
- 1 batang serai diketuk
- Santan fresh.
Cara buat Kulat Sisir Masak Lemak Cili Padi
- Masuk semua dalam periuk dan masak.
- Selalalulah di kacau supaya santan cantik tidak bergentel. Bila kentang empuk .
- Rasakan garam secukupnya. Angkat dan hidangkan.
Sumber: Cik NA dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kulat Sisir Cili Api Pecah Telur
Bahan-bahan
- Kulat sisir
- Cili api tumbuk
- Bawang besar
- Bawang putih
- Telur
Cara buat Kulat Sisir Cili Api Pecah Telur
- Panaskan minyak, tumis bawang & bawang putih yang dh dihiris sampai naik bau.
- Add on lada tadi masak sampai pecah minyak.
- Pecahkan telur dalam 2 -3 biji masukkan kulat sisir balik dah mesra, angkat jangan lama, siap.
Sumber: Nana B Cats dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Cucur Cendawan Sisir
Bahan-bahan
Bahan tumbuk
- Bawang kecil 4-5 ulas
- Jintan manis 2 sudu makan (di tumbuk halus)
- Lepas siap tumbuk masukkan
- Cendawan@kulat sisir tadi. Tumbuk sikit-sikit tak payah halus
Bahan bancuhan
- Tepung gandum 3 cawan
- Bawang besar (potong dadu)
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit garam
- Air (sukatan agak-agak bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
Cara buat Cucur Cendawan Sisir
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam bahan bancuhan.
- Dah siap satukan, gaul rata dan biar 30 minit. Baru goreng.
Sumber: Suhaini Samsudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kulat Sisir Goreng Pedas
Bahan-bahan
- Dua genggam kulat sisir yg di jemur (rendam dan bilas 5x atau bagi betul bersih dan tapis pastikan air betul kering ketepikan)
Bahan tumbuk
- Bawang kecik dan bawang putih 3 ulas
- Halia dua hiris
- 2 bijik cabai hijau dan 2 bijik cabai merah
- Segenggam ikan bilis yang dh siap cuci
- Tumbuk halus semua bahan di atas kecuali kulat sisir
- Dua batang serai
- Sebijik telur
Cara buat Kulat Sisir Goreng Pedas
- Tumis semua bahan tumbuk dan serai.
- Dah wangi dan garing masukan sekeping asam keping dengan setengah cawan air.
- Dah didih masukan kulat sisir dah kacau dalam 3 minit. Pecahkan telur gaul seminit, siap.
Sumber: Asmiera Cik As dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Alternatif Bagi Kulat Sisir.
Seperti diketahui umum, kulat sisir mempunyai rasa dan bau yang agak kuat. Jadi bagi mereka yang tidak begitu menggemari kulat sisir, ini ada 5 lagi cadangan cendawan yang boleh dicuba.
1. Cendawan Tiram
Cendawan Tiram atau Oyster Mushroom adalah pilihan popular untuk dimasak tumis, soup atau goreng tepung. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara dan mudah didapati di pasar.
2. Cendawan Butang
Cendawan Butang atau Button Mushroom merupakan cendawan yang paling biasa digunakan dalam masakan tempatan dan antarabangsa. Ia sesuai untuk pelbagai jenis masakan termasuk sup, rendang dan goreng.
3. Cendawan Enoki
Cendawan Enoki atau Golden Needle Mushroom mempunyai bentuk yang unik dan panjang. Ia sangat popular dalam masakan steamboat dan soup, serta boleh digoreng rangup.
4. Cendawan Shiitake
Cendawan Shiitake adalah pilihan popular dalam masakan Asia dan memberikan rasa umami yang kuat kepada sesuatu hidangan. Ia sesuai untuk pelbagai jenis masakan termasuk tumis, soup dan nasi goreng.
5. Cendawan King
Cendawan King atau King Oyster Mushroom mempunyai saiz yang besar dan batang yang tebal. Ia sesuai untuk dimasak cara grill, tumis atau dipotong nipis untuk digoreng rangup.