Cendawan tiram adalah sejenis cendawan yang mudah didapati di Malaysia dan mempunyai rasa yang enak. Ia kaya dengan protein, vitamin B, dan mineral, menjadikannya pilihan sihat untuk hidangan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah cendawan tiram segar, tepung goreng, garam, dan lada hitam. Cara memasaknya mudah – basuh cendawan, potong bahagian pangkal, salut dengan tepung yang telah digaul dengan garam dan lada hitam, kemudian goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.

1. Resepi Cendawan Goreng Rangup

Bahan-bahan

  • Cendawan tiram
  • Tepung bestari
  • Telur
    * Tambah sedikit tepung gandum dalam tepung bestari untuk kurangkan rasa masin, jika suka.

Cara buat Cendawan Goreng Rangup

  1. Cuci cendawan dan toskan.
  2. Carik-carikkan cendawan.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sebati, kemudian masukkan cendawan dan gaul rata.
  4. Sediakan bekas yang berpenutup, masukkan tepung dan cendawan tadi, goncangkan sehingga semua cendawan bersalut tepung.
  5. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas, kemudian kecilkan api, jangan terlalu besar.
  6. Goreng cendawan hingga berwarna keemasan.
  7. . Hidangkan bersama sos cili Thai.

Sumber: Nur Masri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cendawan Tumis Lada Hitam

Bahan-bahan

  • Cendawan tiram
  • Bawang merah (hiris)
  • Bawang putih (hiris)
  • Cili padi (hiris)
  • Lada hitam (kisar kasar)

Cara buat Cendawan Tumis Lada Hitam

  1. Tumis bawang dan cili.
  2. Masukkan cendawan. Gaul rata
  3. Masukkan serbuk kunyit dan sikit lada hitam.
  4. Masukkan garam. Kacau lagi sampai cendawan layu. Siap.

Sumber: Salasiah Man dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cendawan Tiram Tumis Cili Api

Bahan-bahan

  • 2 pack cendawan tiram (potong ikut suka)
  • 10 bijik cili api (tumbuk kasar)
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • Garam dan serbuk cukup rasa maggi

Cara buat Cendawan Tiram Tumis Cili Api

  1. Masukkan sedikit minyak masak kedalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan pula bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi. Bila dah garing sikit masukkan bawang holland.
  2. Bila bawang holland tadi sudah layu, masukkan pula cendawan. Kacau rata, tambah air sikit.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa secukup rasa ye. Kacau rata! Siap. Sedia dihidangkan.

Sumber: Zaza Norizazaya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sup Cendawan

Bahan-bahan

  • Minyak jagung
  • 5 ulas bawang putih
  • Bawang merah
  • Isi ayam
  • 4 bj cili Padi
  • Air
  • Cendawan tiram
  • Fish ball/ tauhu
  • Sayur
  • Garam
  • Kiub pati ayam/perasa

Cara buat Sup Cendawan

  1. Panaskan minyak jagung, tumis 5 ulas bawang putih yang ditumbuk & seulas bawang merah yang dihiris sehingga keperangan.
  2. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil & 4 biji cili padi.
  3. Masukkan 1.5 liter air & biarkan mendidih.
  4. Masukkan cendawan tiram & biarkan hingga lembut atau masak.
  5. Masukkan fishball & tauhu. Boleh juga masukkan sayur seperti sawi jepun/bayam/carrot🥕/tomato.
  6.  Last sekali perasakan dengan garam/perasa/kiub pati ayam & taburkan daup sup/daun bawang & bawang goreng.

Sumber: Ila Nabila dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Alternatif Cendawan Tiram Dalam Masakan?

Cendawan Tiram memang enak, namun terdapat 5 lagi pilihan cendawan yang boleh dicuba dalam masakan. Cendawan tersebut adalah:

1. Cendawan Butang

Cendawan butang adalah antara cendawan yang paling popular di seluruh dunia. Ia mempunyai bentuk bulat dengan warna putih atau perang muda, dan sesuai digunakan dalam pelbagai masakan seperti sup, pasta, dan goreng-gorengan.

2. Cendawan Shiitake

Cendawan shiitake terkenal dalam masakan Asia dan mempunyai rasa yang kuat dan aromanya yang istimewa. Ia boleh didapati dalam bentuk segar atau kering, dan sangat sesuai untuk sup, nasi goreng, dan masakan oriental.

3. Cendawan Enoki

Cendawan enoki mempunyai bentuk panjang dan nipis seperti jarum dengan kepala kecil di hujungnya. Ia sangat popular dalam masakan Jepun dan Korea, sesuai untuk sup dan salad.

4. Portobello Mushroom

Portobello adalah cendawan butang yang dibiarkan matang sepenuhnya sehingga mencapai saiz yang besar. Ia popular sebagai pengganti daging dalam burger dan sangat sesuai untuk dibakar atau dipanggang.

5. King Oyster Mushroom

King oyster mushroom atau cendawan raja tiram mempunyai batang yang tebal dan kepala yang kecil. Ia popular dalam masakan Asia Timur dan sesuai untuk dimasak dengan cara tumis atau bakar.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply