Kentang ialah sejenis tanaman berubi yang ditanam di bawah tanah dan merupakan salah satu sumber karbohidrat yang popular di seluruh dunia. Ia boleh dimasak dalam pelbagai cara dan kerap digunakan sebagai makanan ruji atau makanan sampingan dalam hidangan.
Antara resepi yang mudah adalah kentang goreng. Bahan yang diperlukan adalah kentang, minyak masak, garam. Cara memasaknya adalah dengan mengupas dan potong kentang memanjang, rendam dalam air sejuk, keringkan, goreng dalam minyak panas sehingga keemasan, tabur garam.
1. Resepi Donut Kentang
Sukatan cawan
Bahan-bahan
- 1biji kentang size medium
- 1 paket yis kering
- 2 sudu susu pekat
- 1 cawan air suam
- 2 sudu gula
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu marjerin
- 1 sudu teh garam
- 1 biji telur
Bahan topping chocolate sedap
- Chocolate coin 1 cawan
- Minyak 1/2 cawan
Cara buat Donut Kentang
- Rebus kentang sampai empuk, sejukkan dan lenyek sampai halus.
- Campurkan yis, susu pekat,air suam dan gula dan biarkan kembang.
- Ramaskan tepung, garam dan marjerin hingga jadi macam serbuk roti.
- Kemudian campurkan kentang yang dah dilenyek halus, campuran yis tadi dan telur dan gaul rata.
- Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
- Adunan memang agak lembik, uli manja sampai tak melekat dekat tangan, tambah tepung sikit sikit kalau lembik.
- Lepas satu jam tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap. Masa ni ambil sikit tepung untuk terap acuan.
- Biarkan selama 10 minit dan boleh goreng.
Bahan topping chocolate sedap
- Double boil sampai choc cair, dah sejuk boleh celup donat.
Sumber: Syaz Amira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Bebola Kentang
Bahan-bahan
- •8biji ubi kentang (dikupas kulit dan direbus)
- 5sb tepung jagung
- Sedikit garam
Cara buat Bebola Kentang
- Rebus kentang sehingga betul empuk.
- Lenyek kentang hingga lumat.
- Masukkan tepung jagung dan garam, gaul adunan smpai sebati.
- Part ni sapu sedikit minyak di tapak tangan, uli dan uli adunan kentang menjadi size bebola yang anda suka.
- Panaskan minyak & goreng sehingga warna bebola bertukar kekuningan. Tapiskan. Siap untuk dihidang.
Sumber: NormaisAra Abdul Wahab dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Jejari Kentang Rangup Beperisa
Bahan-bahan
- Kentang direbus sehingga lembut- tapis dan lenyek
- Carrot hiris halus
- Daun sup hiris halus
- Daun bawang hiris halus
- Cili hijau thai hiris halus (jika untuk anak tak perlu letak)
- Tepung jagung
- Tepung beras
- Lada sulah
- Garam
- Perasa jika suka
Cara buat Jejari Kentang Rangup Beperisa
- Rebuskan kentang sehingga lembut tapis air sampai kentang kering.
- Tumbuk kentang dan masukkan hirisan halus carrot daun sup daun bawang, cili hijau thai, lada sulah dan garam.
- Masukkan setengah cawan tepung jagung dan 3 sudu tepung beras.
- Gaul halus canaikan bentuk bulat dan potong pakai pisau bentukkan seperti jejari.
- Kemudian masukkan dalam peti ais bahagian chiller dalam setengah jam barulah digoreng.
Sumber: Nor Seri Azlina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sambal Kering Ikan bilis dan Kentang
Bahan-bahan
- 5-6 biji kentang -basuh kupas & sagat.
- Ikan bilis semangkuk
- Cili kisar +bwg merah+bwg putih
- Air asam Jawa sikit
- Gula, garam, serbuk perasa
Cara buat Sambal Kering Ikan bilis dan Kentang
- Goreng kentang sagat sampai garing.
- Goreng ikan bilis garing.
- Tumis cili kisar, bawang tadi sampai garing minyak bagi lebih sikit.
- Selepas itu masuk sikit air masuk gula, garam, serbuk perasa dan air asam jawa.
- Masak sampai kering air & garing biar sejuk sambal dan gaul kan dengan kentang & ikan bilis.
- Dah sejuk masuk dalam bekas kedap udara.
- Boleh juga campur dengan kacang tanah goreng, tempe goreng @ bawang putih / merah goreng.
Sumber: Nida Mahmud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Alternatif Bagi kentang Goreng.
Bla dah bosan dengan kentang goreng, anda juga boleh mencuba pelbagai lagi resepi yang menggunakan kentang. Dibawah adalah senarai menu yang menggunakan kentang sebagai bahan utama.
1. Kentang Butir
Kentang butir adalah kentang yang dipotong dadu kecil dan digoreng sehingga garing. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang, minyak masak, garam dan lada hitam. Cara memasak: Potong kentang bentuk dadu kecil, goreng dalam minyak panas sehingga keemasan, tabur garam dan lada hitam.
2. Hashbrown
Hashbrown adalah sejenis hidangan sarapan yang diperbuat daripada kentang yang diparut halus dan digoreng. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang parut, tepung gandum, garam dan lada hitam. Cara memasak: Parut kentang dan perah airnya, campur dengan tepung dan perasa, bentuk kepingan nipis, goreng sehingga garing.
3. Wedges
Wedges adalah kentang yang dipotong baji dan digoreng dengan kulit. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang, minyak masak, garam, lada hitam dan paprika. Cara memasak: Potong kentang bentuk baji, rendam dalam air garam, keringkan, lumur dengan rempah, bakar dalam ketuhar sehingga garing.
4. Kentang Putar
Kentang putar adalah kentang yang dipotong secara berpilin dan digoreng. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang, minyak masak, garam dan cajun spice. Cara memasak: Cucuk kentang dengan lidi, potong berpilin, goreng dalam minyak panas sehingga garing, tabur perasa.
5. Tater Tots
Tater tots adalah bebola kentang yang diparut, dibentuk dan digoreng. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang parut, tepung jagung, garam dan lada hitam. Cara memasak: Parut kentang, perah air, campur dengan tepung dan perasa, bentuk bebola kecil, goreng sehingga garing keemasan.