Kalau singgah ke Negeri Sembilan memang wajib cuba hidangan masak lemak cili api. Nak-nak pulak pekena daging salai masak lemak memang tersandar habis. Nak tahu resepi daging salai masak lemak yang kaw? Kami kongsikan khas untuk anda.

Jom try!

1. Resepi Daging Salai Masak Lemak

Bahan-bahan

  • Daging

Bahan blend

  • Cili padi
  • Kunyit

Cara buat Daging Salai Masak Lemak

  1. Bersihkan daging. Kelar sikit lepastu gaul dengan kunyit. Bakar atas arang tu.
    Bakar sampai kering.
  2. Selepas itu angkat dan hiris.
  3. Cili padi ikut suka macam kami  50 batang cili padi hijau dan merah. Blend dengan kunyit hidup sekali.
  4. Kalau suka tambah bawang. Tambah lah bawang kecik. Ikut suka.
  5. Selepas itu kita rebus daging yang dihiris. Dengan cili padi yang dah di blend. Masukkan serai yang dah diketuk dengan daun kunyit. Masukkan juga asam keping.
  6. Rebus sampai daging lembut. Masukkan santan dan perasakan.

Sumber: Mirara Hishamuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh

Bahan-bahan

  • 1 kg daging salai
  • 15 biji belimbing buluh
  • 4 batang serai dititik
  • Semangkuk santan segar
  • 3 keping asam gelugor

Bahan-bahan kisar

  • 4 ulas bawang merah
  • Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Cara buat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Belimbing Buluh

  1. Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip.
  2. Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau.
  3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
    Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata.
  4. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Norhayati Che Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Masak Lemak Daging Salai + Pucuk Ubi

Bahan-bahan

  • Cili api + kunyit hidup (blender)
  • Daging dah di bakar @ salai (perap dengan sos tiram +garam) dan hiris nipis
  • Asam keping
  • Garam
  • Santan pekat
  • Pucuk ubi rebus

Cara buat Masak Lemak Daging Salai + Pucuk Ubi

  1. Masak cilipadi+kunyit hidup (blender) bersama daging yang di hiris nipis.
  2. Kacau sebati.
  3. Masukkan santan+asam keping+pucuk ubi.
  4. Kacau sebati.
  5. Masukkan garam.

Sumber: Noorasmidarz Zulkifly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Daging Salai Masak Lemak+ Petai

Bahan-bahan

  •  1kg Daging btg pinang (cuci bersih bahagian daging dikelar gaul kunyit serbuk & disalai menggunakan sabut@arang) lagi kering disalai lagu sedap hasilnya kemudian dipotong ikut ketebalan daging salai nipis di potong baru sedap
  • Cili api, kunyit hidup & serai(di tumbuk)
  • Asam keping
  • 2 biji kelapa
  • Petai

Cara buat Daging Salai Masak Lemak+ Petai

  1. Sediakan kuali masukkan daging, cili, serai yang siap ditumbuk rebus seketika.
  2. Agak-agak dah empuk masukkan santan kacau sebati, dah mendidih masukkan asam keping, pastikan garam secukup rasa.
  3. Kuah dah pekat hampir masak masukkan petai yang direbus tadi@ bahan yang ingin dicampurkan.
  4. Untuk campuran rebung, rebung masukkan lebih awal supaya rebung jadi lembut. Siap.

Sumber: SuiSan Aliezsha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Pasti anda terliur kan dengan resepi yang kami kongsikan ini. Kecur air liur dah tu.

Jom semak resepi dalca daging ini.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

1 Comment

Leave A Reply