Setiap kali tiba perayaan Tahun Baru Cina pasti hidangan wajib yang ada ialah yee sang. Menjadi acara makan besar yang wajib untuk setiap keluarga apabila berkumpul bersama-sama.

Hidangan yee sang ini terdiri daripada ikan  mentah beserta sayur-sayuran dan juga kekacang dan ditambah dengan sos plum untuk menambahkan rasa. Meriah kan hidangan ini? Berikut merupakan resepi yee sang yang kami kongsikan untuk anda

Jom kita try!

1. Resepi Yee Sang

Bahan-bahan

Bahan sos

  • Sos plumb
  • Madu
  • Jus lemon
  • Bijan

Bahan yee sang

  • Fish fillet
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Mangga muda
  • Timun
  • Limau
  • Kacang
  • Epal hijau
  • Sengkuang
  • Capsicum

Cara buat Yee Sang

  1. Campurkan kesemua bahan dan hidangkan bersama sos plum.

Sumber: Are Peace dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Goreng Yee Sang

Bahan-bahan

  • Nasi semalam
  • Bawang merah bawang putih dimayang
  • Serai, bunga kantan, daun limau nipis dihiris
  • Kacang panjang, timun, lobak merah dipotong
  • Garam, kiub ikan bilis
  • Ikan bilis goreng rangup

Cara buat Nasi Goreng Yee Sang

  1. Tumis bawang.
  2. Tumis separuh serai, bunga kantan dan daun limau sampai naik bau.
  3. Masukkan kacang dan lobak merah sampai sayur lembut.
  4. Bubuh garam dan sikit kiub ikan bilis (jika suka).
  5. Masuk timun dan baki serai, bunga kantan dan daun limau.
  6. Siap digoreng. Tabur ikan bilis atas nasi goreng yeesang.

Sumber: Aida Syazrina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Yee Sang

Bahan-bahan

  • Kobis ungu,
  • Lobak merah,
  • Sengkuang,
  • Timun,
  • Mangga,
  • Bijan hitam, bijan putih,
  • Oren mandarin,
  • Kacang gajus,
  • Biji kurma merah sebagai hiasan jadi mata dan hidung.

Bahan sos

  • Plum dicampur sikit air untuk cair sikit

Cara buat Yee Sang

  1. Bahan lain juga boleh ditambah: (ikut citarasa masing-masing).
  2. Pelbagai jeruk, sayur lain, buah lain, ikan salmon kepingan, jellyfish, tuna, abalone, minyak zaitun, madu.

Sumber: Janet Law dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Yee Sang Vegetarian

Bahan-bahan

  • (a) Sayur segar (pilih yg boleh dihiris) – lobak merah, sengkuang, timun, kobis ungu, lobak putih
  • (b) buah segar – limau cina, pear, limau bali, apple
  •  (c) Pelbagai jeruk buang air & dihiris (halia, betik, halia merah, buah pala)
  • Keropok ranggup
  • Kacang tumbuk
  • Sesame seed
  • Sos plum / jus limau nipis / jus lemon
  • Madu
  • Pepper, Herb
  • Sedikit olive oil (optional)
  • Add on (ikut citarasa) tak letak pun tak apa:
    Salmon slice / tuna dalam tin (buang air)

Cara buat Yee Sang Vegetarian

  1. Campurkan kesemua bahan A, B dan C.

Sumber:Janet Law  dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Bukan selalu kita nampak hidangan yee sang kan, jangan lupa cuba.

Jom semak resepi mee wantan ini pula.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply