Pak Choy atau Bok Choy adalah sejenis sayuran hijau dari keluarga sawi yang popular dalam masakan Asia. Bentuk daunnya lebar dengan batang yang putih dan rangup, kaya dengan vitamin C, A dan mineral seperti kalsium.
Untuk memasak Pak Choy, bahan-bahan yang diperlukan ialah: Pak Choy, bawang putih, halia, minyak masak, garam, dan lada putih. Cara masak: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan Pak Choy, kacau sebentar, tambah sedikit air. Masak sehingga sayur lembut, perasakan dengan garam dan lada putih.
1. Resepi Sawi Pak Choy Sos Tiram
Bahan-bahan
- 10btg sawi pak choy
- 2 ulas bwg putih
- 1/2 inci halia
*potong dadu kecil@racik halus - 2 sb sos tiram
- Sdkit lada hitam
- Sdkit garam
- 1 sk tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara buat Sawi Pak Choy Sos Tiram
- Basuh bersih sawi & celurkan sekejap, angkat & letak dalam bekas isi air sejuk (supaya sawi kekal segar & rangup) biar 2minit & toskan.
- Tumis lada & halia hingga sedikit kekuningan, masukkan sedikit air.
- Masukkan sos tiram, lada hitam, garam kacau sebati, last masukkan 2sb tepung jagung (untuk pekatkan kuah) mendidih tutup api & tuang atas sawi.
Sumber: Nieyna Alias dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Pak Choy Ala Chicken Rice Shop
Bahan-bahan:
- Sayur Pak Choy
- 3 sudu makan sos tiram
- 3sudu kicap mania/pekat
- 10 ulas bawang putih – diracik halus
- 5 sudu minyak bijan (minyak biasa pun boleh)
- Semangkuk air
Cara buat Pak Choy Ala Chicken Rice Shop
- Panaskan air dalam kuali letak sedikit minyak dan garam, rebus sayur untuk 1 minit angkat dan toskan susun dalam pinggan.
- Dalam kuali lain panaskn minyak, masukkan bawang putih yang dah dicincang halus goreng hingga garing dan ketepikan sebentar.
- Dalam kuali bekas goreng bawang putih tadi masukkan sedikit sos tiram, kicap pekat/manis letakkan air sikit demi sikit, kuah jangan pekat sangat jangan cair sangat.
- Tuang atas sayur tadi then tabur bawang goreng, siap.
Sumber: Mawar Merah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Pak Choy
Bahan-bahan
- Pak Choy
- Bawang putih 4 ulas (hiris nipis)
- Bawang merah sebiji (hiris nipis)
- Sos tiram
- Tomato Ceri 2, 3 biji (belah 4)
- Cabai benggala (potong memanjang)
Cara buat Pak Choy
- Panaskan minyak.
- Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
- Masukkan sos tiram.
- Masukkan Pak Choy.
- Masukkan sedikit air.
- Biarkan masak sekejap Pak Choy.
- Masukkan tomato ceri dan cabai benggala.
- Tuang atas pinggan tabur bawang goreng.
Sumber: Nur Sakinah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Fries Pak Choy
Bahan-bahan
- 2 biji kentang (rebus,lenyek)
- 2 sudu tepung jagung
- Carrot
- Sayur bok choy/pak choy
Cara buat Fries Pak Choy
- Gaul semua.
- Bentukkan ikut citarasa masing.
- Sesuai untuk resepi baby.
Sumber:NurAsikin Md Noor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Sayur Yang Popular?
Selain sayur Pak Choy, ada lagi sayur lain yang seangkatan dan boleh menghasilkan hidangan yang sedap. 5 diantaranya adalah:
1. Bayam Goreng
Bayam goreng adalah hidangan yang mudah dan berkhasiat. Bayam dimasak dengan bawang putih, bawang merah, cili padi dan garam mengikut citarasa.
2. Kangkung Belacan
Kangkung belacan merupakan hidangan yang sangat digemari ramai. Sayur kangkung dimasak dengan belacan, bawang, cili dan perasa yang sesuai untuk menghasilkan hidangan yang lazat.
3. Sawi Putih Stim
Sawi putih yang distim dengan cara yang ringkas menggunakan bawang putih dan halia. Hidangan ini sangat popular di restoran makanan Cina dan mampu mengekalkan kesegaran sayuran.
4. Kailan Ikan Masin
Kailan yang dimasak dengan ikan masin memberikan kombinasi rasa yang unik. Sayur ini biasanya ditumis dengan bawang putih dan ikan masin yang telah digoreng sehingga garing.
5. Baby Spinach Stir Fry
Baby spinach yang ditumis dengan ringkas menggunakan bawang putih dan perasa secukupnya. Hidangan ini popular kerana mudah disediakan dan berkhasiat tinggi.Copy