Bila dah selalu masak memang boleh kering idea. Kami cadangkan anda cuba resepi mee suah yang cukup mudah nak buat. Sesekali tukar selera makan mee pun okay juga kan. Hidangan mee suah ini juga sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Izinkan kami berkongsi resepi mudah ini.

Jom kita try!

1. Resepi Mee Suah Simple

Bahan-bahan

  • Mee suah
  • Bawang putih
  • Udang
  • Tauhu lembut
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lada sulah
  • Serbuk sedap rasa
  • Garam
  • Air
  • Bawang goreng
  • Cili merah potong

Cara buat Mee Suah Simple

  1. Tumis bawang putih.
  2. Masukkan udang dan air.
  3. Dah mendidih masukkan tauhu lembut,
  4. Selepas 3,4 minit masukkan mee suah, serbuk perasa, lada sulah dan garam.
  5. 3 minit dan angkat.
  6. Tabur daun sup dan daun bawang,
  7. Bawang goreng dan cili merah.

Sumber: Norim Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mee Suah

Bahan-bahan

  • Sepeket mee suah
  • Ayam /udang potong kcik
  • Telur 1
  • Bwg merah 3ulas (tumbuk)
  • Bwg putih 3 ulas (tumbuk)
  • Halia ckit (potong/tmbuk)
  • Sayur (carrot/ sawi)
  • Kiub ayam 1
  • Garam
  • Air 5 cwn
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Mee Suah

  1. Panaskan minyak, tumis bawang, halia dah naik bau, masukkan ayam.
  2. Tunggu biar air ayam kering baru masukkan air.
  3. Bila dah mndidih, masukkan kiub ayam, garam, sayur dan telur.
  4. Last sekli baru masukkan mee tunggu seminit kacau dah boleh tutup api.
  5. Angkat dah bole hidangkan.

Sumber: Jewel Ecah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Mee Suah Wantan Fishball

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Halia
  • Air
  • Ikan bilis
  • Wantan
  • Fishball
  • Lada sulah
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Cara buat Mee Suah Wantan Fishball

  1. Tumis bawang putih dan halia.
  2. Tambah air.
  3. Letakkan ikan bilis dlm sejemput.
  4. Tak perlu letak garam.
  5. Rebus sebentar dalam 5 minit.
  6. Dah jadi stok, keluarkan ikan bilis (boleh goreng kalau nak, buat hiasan sebab ikan dah tawar)
  7. Stok yang ada tu, letakkan wantan, fishball dan mee suah.
  8. Sebelum angkat, letak lada sulah dan daun bawang. Tak perlu tambah garam sebab mee suah sudah masin.
  9. Hiaskan dengan bawang goreng.

Sumber: Ereen Hadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Suah Pedas

Bahan-bahan

  • Sepaket mee suah
  •  Bawang merah dan putih (dihiris)
  • Satu kiub pati ayam
  • Sedikit cili padi ditumbuk kasar
  • sayur-sayuran ikut suka
  • Fish ball/sosej/isi ketam/ayam ikut suka nak letak apa
  • Telur 2 biji

Cara buat Mee Suah Pedas

  1. Rebus bawang, cili api tumbuk, sayur sekali.
  2. Masukkan kiub pati ayam, bebola, garam secukup rasa.
  3. Masukkan mee suah dan telur.

Sumber: Nurhaslin Ealin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi mee suah ini?  Kalau nak tahu resepi ini pun sesuai di makan oleh ibu berpantang.

Jom lihat resepi bihun sup utara ini pula.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply