Terung berlada adalah hidangan tradisional yang popular di Malaysia di mana terung dipotong, digoreng dan kemudian dihidangkan dengan kuah cili yang pedas. Bahan utama termasuklah terung, bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah, belacan, garam dan minyak masak.

Cara memasaknya mudah di mana terung dipotong memanjang, digoreng sehingga keemasan, dan diketepikan. Kemudian, tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih, cili dan belacan) sehingga wangi dan masukkan garam secukup rasa. Tuangkan tumisan cili ke atas terung yang telah digoreng.

1. Resepi Sambal Terung Berlada

Bahan-bahan

  • Cili padi segenggam
  • Bwg merah besar 2biji
  • Bwg putih 6 ulas

Cara buat Sambal Terung Berlada

  1. Blend semua bahan.
  2. Panaskan minyak tumis semua bahan yang dikisar.
  3. Letak garam, perasa, gula, gula melaka tak nak letak pun boleh. Sebelum bahan tumis nak kering, goreng terung sekejap dalam minyak panas jangan lama nanti lembik.
  4. Tumis sampai kering. Nak bgi bau wangi saya letak daun limau purut, last hiris bawang Holland, baru letak terung. Siap.

Sumber: Sharina Cekna dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Terung Goreng Berlada

Bahan-bahan

  • 2/3 biji terung panjang dipotong
  • 2 biji bawang merah besar (tumbuk/kisar)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk/kisar)
  • Segenggam ikan bilis digoreng garing
  • cili merah dan cili hijau (tumbuk/kisar)
  • cili padi (ikut anggaran kepedasan nak)- tumbuk/kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat Terung Goreng Berlada

  1. Panaskan minyak dan goreng terung, angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah.
  3. Apabila terbit bau wangi masukkan cili yang telah dikisar.
  4. Masak sehingga garing.
  5. Masukkan garam dan gula. Saya tambah dalam 1/2 cawan air sebab nak bagi dia berkuah sikit. Didihkan sekejap.
  6. Masukkan terung gaul sebati.
  7. Angkat dan taburkan ikan bilis goreng diatasnya – ikan bilis tmbuk kasar.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Terung Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 10biji terung potong ikut suka goreng
  • 150gm ikan bilis goreng garing

Bahan kisar

  • 10biji cili besar campur merah hijau
  • 15biji padi kalau nak masuk cili kering tukar dengan 10 tangkai cili kering
  • Sedikit halia
  • 2biji bawang merah besar
  • 3ulas bawang putih
  • Sedikit perahan limau @ lemon @ air asam jawa

Cara buat Sambal Terung Ikan Bilis

  1. Panas minyak masuk bahan kisar kacau hingga naik minyak dan garing.
  2. Masuk garam gula dan serbuk perasa perahan lemon @ asam jawa sesuai dengan citarasa masing-masing.
  3. Kalau nak kuah masuk air sedikit. Masuk terung dan ikan bilis kacau rata tutup api.

Sumber: Azizah Daud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Terung Berlada Petai

Bahan-bahan

  • Terung (goreng dulu)
  • Petai
  • Udang (optional)
  • Sos cili (optional)
  • Serbuk perasa
  • Blendkan/tumbuk (saya blend kering)
  • Cili api merah/hijau
  • Cili besar merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan

Cara buat Terung Berlada Petai

  1. Tumiskan bahan blend dan masukkan udang kering. Saya suka masukkan sos cili sikit.
  2. Agak nampak mcm dah kering baru masukkan petai. Masukkan sikit gula dan serbuk perasa.
  3. Last baru masukkan terung. Kacau sebati. Siap.

Sumber: Eiyda Aizrish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi menu Sayur Setanding Terung Berlada?

Bagi penggemar sayur, tidak sah setiap hidangan jika tanpa lauk sayur. Selain Terung Berlada, ini ada 5 lagi menu sayur ringkas yang tidak kurang hebatnya jika dihidang dengan nasi panas.

1. Bayam Goreng

Sayur bayam yang dimasak ringkas dengan ditumis bersama bawang putih, bawang merah dan udang kering. Cara memasaknya cepat untuk mengekalkan kesegaran sayur dan nutrisinya.

2. Kangkung Belacan

Sayur kangkung yang ditumis dengan bahan-bahan seperti belacan, bawang putih, bawang merah dan cili. Hidangan ini sangat popular di restoran mamak dan kedai makan tempatan.

3. Pucuk Paku Goreng

Sayur pucuk paku yang dimasak dengan cara ditumis bersama bawang merah, bawang putih dan cili padi. Rasanya yang unik menjadikan hidangan ini kegemaran ramai.

4. Kacang Buncis Goreng

Kacang buncis yang dipotong halus dan ditumis dengan bawang putih dan bawang merah. Boleh ditambah dengan udang kering untuk menambah rasa.

5. Sawi Putih Masak Sos Tiram

Sawi putih yang dimasak dengan sos tiram, bawang putih dan lada hitam. Hidangan ini popular di restoran makanan tempatan dan mudah untuk dimasak di rumah.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply