Mee Jawa Sarawak ialah hidangan mi yang popular di Sarawak, berbeza daripada Mee Jawa yang biasa ditemui di Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan mi kuning yang dimasak dengan kuah pekat yang diperbuat daripada sos tomato, kicap manis, dan campuran rempah ratus. Bahan-bahan utama termasuk mi kuning, taugeh, sayur-sayuran hijau, telur rebus, dan serbuk kacang tanah yang dikisar halus.
Cara penyediaan dimulakan dengan mengoreng mi kuning hingga garing, kemudian menyediakan kuah dengan menumis bawang merah, bawang putih dan rempah ratus. Masukkan sos tomato, kicap manis dan air secukupnya. Biarkan mendidih dan pekatkan kuah mengikut citarasa. Hidangkan mi dengan kuah, sayur-sayuran, telur rebus dan taburkan serbuk kacang tanah.
1. Resepi Mee Jawa Sarawak
Bahan-bahan
Bahan kisar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Udang kering
- Halia
- Lengkuas
- Serai
- Cili kering
Bahan lain
- Rempah kari daging
- Ayam
- Keledek rebus
Cara buat Mee Jawa Sarawak
- Kisar semua dan tumis.
- Keledek rebus yang dikisar.
- Masukkan gula garam dan perasa.
- Masak sampai empuk.
- Masukkan kiub pati ayam.
- Celur mee kuning.
- Rebus telur.
- Hiris lada dan daun sup.
- Akhir sekali letak bawang goreng.
Sumber: Hizatul Suria Mohd Aris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Mee Jawa Sarawak Style
Bahan-bahan
- Keledek (1/2 kg)
- Bawang merah (6 ulas)**
- Bawang putih (4-5 ulas)**
- Serai (3 batang, hiris)**
- Lengkuas 5-6cm mcm tu**
- Serbuk kari
- Daging lembu/isi ayam
- Kalau ada tulang lembu/bahagian rangka tulang ayam
Sambal cili
- Segenggam cili padi
- 4-5 ulas bawang putih
Cara buat Mee Jawa Sarawak Style
- Blend kesemua bahan bertanda **
- Keledek dibuang kulit, potong kecil, rebus keledek sehingga lembut. Kemudian blend halus sehingga menjadi puree. (1/2kg ni utk hidangan 6-7 org)
- Sementara itu, rebuskan ayam / tulang daging / isi daging dalam periuk berasingan sampai empuk.
- Tumis bahan blend (bawang+lengkuas+serai) sampai wangi. Kemudian masukkan serbuk kari (satu senduk besar), tumis.
- Masukkan sedikir air rebusan daging/ayam jika tumisan terlalu pekat/kering. Boleh sekali kepingan daging.
- Dah wangi, masukkan puree keledek, tambah air (boleh guna air rebusan daging/ayam tadi) ikut kuantiti yang di mahukan.
- Masak sampai mendidih, masukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula secukup rasa.
- Masak sampai kuah mendidih. Gaul selalu agar kuah menjadi pekat sekata. Kalau rasa nk tambah kepekatan, boleh je kalau nak tambah bancuhan tepung jagung (sikit).
- Nak celurkan mee kuning tu pulak : Didihkan air, masukkan bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis ke dalam air.
- Celur mee dlm air didih, angkat kan & sepit mee dengan penyepit supaya masak rata.
- Kemudian toskan dan celup balik dalam air biasa supaya mee tak melekat. Toskan bersih.
- Masukkan dlm bekas.
Sambal cili
- Gorengkan sekejap cili & bawang putih dengan minyak.
- Blend kan cili & bawang yang dah digoreng dengan kicap manis & gula.
Bahan hiasan
- Bawang goreng
- Isi ayam bahagian dada yang dah direbus tadi.
- Telur rebus
- Tauge
- Daun sup
- Hirisan cili utk hiasan
Sumber: Puteri Santubong dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Mee Jawa Sarawak Mudah
Bahan-bahan
- Sepeket mi kuning
*dibasuh dan dicelur sbntar kemudian toskan - Daging 1/2kg direbus dengan hirisan halia dan 3sekawan
*kemudian dihiris nipis.simpan air daging - Sebiji size sederhana ubi keledek oren
* direbus dan diblend halus - 2sdb cili kering
*kalau suka pedas lebihkan - 3sdb serbuk kari daging
Bahan sampingan
- Tauhu digoreng dan dipotong nipis
- Tauge dicelur
- Cili merah
- Bawang goreng
- Daun sup
- Isi ayam digoreng dan diracik (optional)
- Telur rebus
Bahan kisar
- 2~3biji bwg merah (kalau bawang merah ros kena lebihkan)
- 2 ulas bwg putih
- Sedikit halia
- Sedikit lengkuas
- Udang kering segenggam
Cara buat Mee Jawa Sarawak Mudah
- Tumis bahan kisar smpai agak garing, kemudian masukkan cili kering dan serbuk kari, tumis smpai pecah minyak.
- Masukkan ubi keledek dan 4 cawan air daging.
- Perlahankn api dan biar menggelegak, masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Kalau kuah kurang pekat, tambah 2sdb tepung jagung, bancuh dengan air dan kacau sampai agak pekat, kalau pekat tambah air daging, rasakan lagi secukup rasa.
- Dah siap hidangkan dengna bahan sampingan.
Sumber: Ayu Zalifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Mee Jawa Versi Sarawak
Bahan-bahan
- 4 biji Keledek (sederhana besar)
*Rebus sehingga empuk dan blend. - 6 ulas Bawang merah
- 5 ulas Bawang putih
- 2 btg Serai
- 2 inci Lengkuas
- 3 sudu besar Serbuk kari Adabi
- Daging lembu 1kg *rebus sehingga empuk, daging di hiris nipis*
Hiasan
- Telur rebus
- Tauge
- Cili besar
- Limau kasturi
- Bawang goreng
Cara buat Mee Jawa Versi Sarawak
- Bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas (blend skli).
- Keledek (blend halus) atau rebus keledek sehingga lembut, blend. (1/2kg utk hidangan 5-6 org)
- Tumis bahan blend (bawang, lengkuas, serai) sampai wangi.
- Tumis sekali serbuk kari (kalau utk 4-5org makan, kira sesenduk kari).
- Tumis sekali kepingan daging sikit untuk rasanya.
- Dah wangi, masukkan keledek yang dah diblend, tambah air (boleh guna air rebusan daging yang akan diguna untak bahan hiasan) ikut kuantiti di mahu (sedang pekat cairnya).
- Masak sampai mendidih, masukkan 2 sudu sos tiram, 4 sudu kicap manis, garam, gula secukup rasa.
- Masak hingga mendidih. Kalau rasa nak tambah kepekatan, tambah tepung jagung (sikit).
- Nak celurkan mee kuning, didihkan air, letak sikit bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis dalam air untuk celur mee tadi.
- Nak lagi ummpphh boleh buat kicap cili
- Bahan hiasan : Bawang goreng, kepingan daging rebus, telur rebus, tauge, daun sup, hirisan daging.
- Biasa di Sarawak dimakan dengan satay.
Sumber: Anna Mariana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Mee Yang Popular Di Sarawak?
Hidangan Sarawak dan Sabah agak asing bagi masyarakat di Semenanjung Malaysia. Ini senarai 5 lagi jenis mee yang biasanya boleh didapati di Sarawak dan Sabah.
1. Mee Kolok
Mee Kolok merupakan sejenis mi yang berasal dari Sarawak, dimasak dengan cara yang ringkas menggunakan minyak sayuran dan kicap, dihidangkan dengan hirisan daging dan sayur-sayuran.
2. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak adalah hidangan mi dalam sup yang kaya dengan rempah ratus seperti serai, halia, lengkuas, dan santan, dihiasi dengan udang, telur dan sayur-sayuran segar.
3. Tomato Mee
Tomato Mee adalah hidangan mi yang digoreng dan disiram dengan kuah merah yang diperbuat daripada sos tomato dan telur, popular di seluruh Sarawak dan Sabah.
4. Kolomee Kuching
Kolomee Kuching ialah sejenis mi yang dimasak dengan cara khas menggunakan minyak bawang putih dan kicap pekat, dihidangkan dengan hirisan ayam dan sayur-sayuran.
5. Kampua Mee
Kampua Mee adalah hidangan mi tradisional masyarakat Foochow di Sibu, Sarawak yang dimasak dengan minyak bawang putih dan kicap, dihidangkan dengan hirisan daging dan sayur-sayuran hijau.