4 Resepi Biskut Aiskrim

5/5 - (1 vote)

Biskut aiskrim adalah sejenis kuih tradisional yang popular semasa musim perayaan. Ia merupakan biskut nipis berbentuk seperti aiskrim. Biskut ini mempunyai cita rasa manis yang sederhana dan tekstur yang mudah hancur di mulut.

Bahan-bahan yang diperlukan termasuk tepung gandum, mentega, gula halus, telur, esen vanila, dan sedikit garam. Cara pembuatannya adalah dengan menguli semua bahan hingga membentuk doh yang licin, kemudian digulung nipis dan dipotong mengikut acuan berbentuk aiskrim. Biskut kemudiannya dibakar dalam ketuhar bersuhu sederhana sehingga keperangan dan rangup. Untuk dihidangkan, hujung biskut akan dicelup coklat dan ditabur chocolate rice bagi memperlihatkan ia seperti aiskrim.

1. Resepi Biskut Aiskrim

Bahan-bahan

  • 250g mentega
  • 1/2 cawan Nestum (dikisar halus)
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula halus
  • Tepung gandum
  • Esen vanila
  • Coklat masakan (dicairkan)
  • Hiasan

Cara buat biskut aiskrim

  1. Pukul mentega, gula dan telur sebati.
  2. Tuang esen vanila dan kacau lagi.
  3. Masuk Nestum dan gaul sebati.
  4. Letakkan tepung kastard, gaul menggunakan tangan.
  5. Masukkan tepung gandum mengikut kelembutan doh sehingga doh mudah dibentuk.
  6. Tekap menggunakan acuan sehingga doh habis.
  7. Bakar doh pada suhu 180°c selama 20 minit.
  8. Apabila sudah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang sudah dicairkan.
  9. Hias mengikut citarasa anda.

Sumber: Roslila Pakwanchik dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

2. Resepi Biskut Aiskrim Vanilla

Jika hendak biskut rasa sedap, pastikan guna mentega dan bukan marjerin.

Bahan-bahan

  • 2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula aising
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 1 biji telur gred C
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • Coklat masakan
  • Manik hiasan

Cara buat biskut aiskrim

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
  3. Kemudian, masukkan tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Jika adunan lembih, tambahkan tepung gandum.
  5. Uli sehingga tepung cantik dan tidak melekat di tangan.
  6. Leperkan doh dan tekap dengan acuan bentuk aiskrim.
  7. Sapukan kuning telur pada bahagian kon aiskrim.
  8. Panaskan oven pada suhu 170°c, gris loyang dan susun biskut. Bakar selama 35 minit.
  9. Sementara biskut dibakar, panaskan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
  10. Setelah biskut masak dan sejuk sedikit, celup biskut ke dalam coklat dan tabur manik hiasan.

Sumber: Zuridah Zu dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Biskut Aiskrim Susu

Bahan-bahan

  • 1 cawan / 250g buttercup
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil emplex
  • 5 sudu besar serbuk badam
  • Esen vanila
  • 300g dark chocolate compound Beryl’s
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • Manik hiasan

Cara buat biskut aiskrim

  1. Kacau mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanilla menggunakan senduk.
  2. Masukkan susu tepung, emplex dan serbuk badam.
  3. Masukkan semua tepung diayak sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Tekap doh dengan acuan.
  5. Sapu sedikit kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning ke atas batang aiskrim.
  6. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit ikut oven masing-masing.
  7. Sejukkan biskut dan celup ke dalam coklat yang sudah dicairkan. Tabur manik hiasan dan siap.

Sumber: Najwa Bahira dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Biskut Aiskrim

Bahan-bahan

  • 2 cawan mentega
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna kuning

Cara buat biskut aiskrim

  1. Pukul mentega dan gula.
  2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan semua tepung sedikit-sedikit. Kalau adunan lembik, tambahkan tepung gandum.
  4. Uli sehingga menjadi doh.
  5. Tekapkan doh menggunakan acuan. Sapu kuning telur pada kon aiskrim.
  6. Bakar pada suhu 170°c selama 35 minit.
  7. Celupkan coklat yang sudah dicairkan dan boleh dihias.

Sumber: Norliza Bonda dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Biskut Raya Popular Yang Ada?

Kalau biskut aiskrim popular dalam kalangan kanak-kanak, ini ada 4 lagi biskut yang digemari semua golongan. Antaranya adalah:

1. Tart Nanas

Tart nanas adalah kuih tradisional Malaysia yang sangat popular semasa musim perayaan. Kuih ini terdiri daripada pastri yang diisi dengan jem nanas yang manis dan masam. Bentuknya yang kecil dan corak yang menarik menjadikannya pilihan utama untuk dihidangkan kepada tetamu.

2. Kuih Bangkit

Kuih bangkit merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung sagu dan santan kelapa. Kuih ini mempunyai warna putih yang bersih dan tekstur yang lembut serta mudah hancur. Ia sering dihidangkan semasa perayaan dan menjadi kegemaran ramai keluarga.

3. Kuih Semperit

Kuih semperit adalah biskut tradisional yang dibuat menggunakan mentega dan mempunyai bentuk yang unik hasil daripada penggunaan paip khas. Kuih ini terkenal dengan rasa mentega yang kaya dan tekstur yang lembut namun rangup. Warnanya yang keemasan membuatnya kelihatan menarik dan menggugah selera.

4. Kuih Makmur

Kuih makmur merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dan kacang tanah yang dikisar halus. Kuih ini mempunyai bentuk bulat kecil dan sering disalut dengan gula halus. Rasanya yang gurih dan manis membuatnya menjadi pilihan popular semasa musim perayaan.

Leave a Comment