Daging Black Pepper ialah hidangan yang menggabungkan daging lembu yang dipotong nipis dengan sos lada hitam yang pekat dan berempah. Bahan utamanya termasuk daging lembu, lada hitam kasar, bawang, halia, sos tiram, kicap pekat, minyak masak dan garam.
Cara memasaknya dimulakan dengan menumis bawang dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong nipis dan dimarinasi dengan sos tiram. Selepas daging hampir masak, masukkan campuran sos yang terdiri daripada kicap pekat, lada hitam yang telah ditumbuk kasar dan sedikit air. Masak sehingga kuah pekat dan hidangkan panas.
1. Resepi Daging Blackpepper
Bahan-bahan
- Minyak masak
- 1kg daging
- 1/2 biji bawang merah (dihiris nipis)
- 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 inci halia (dihiris nipis)
- 2-3 sudu lada hitam (ditumbuk)
- 3 sudu sos lada hitam
- 1 sudu kecil kicap manis
- Sedikit garam dan perasa
- Air
- Sayuran
Cara buat daging blackpepper
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Gaul dan tumis sekejap.
- Masukkan air paras daging dan biarkan sehingga empuk.
- Tambahkan kicap, garam dan perasa. Jika daging belum empuk, tambahkan air dan masak sehingga empuk.
- Apabila daging sudah masak dan kuah sudah agak kering, masukkan sayuran dan tutup kuali. Tutup api dan biar dalam beberapa minit.
- Taburkan hiasan dan sedia dihidang.
Sumber: Farhana Mispan dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Daging Blackpepper
Bahan-bahan
- 600g daging batang pinang
- Bawang putih (ditumbuk)
- Capsicum (dipotong petak)
- Bawang Holland (dipotong petak)
- Daun bawang (dipotong panjang)
- Sos blackpepper
- Sos berperisa tiram
- Kicap lemak manis
Cara buat daging blackpepper
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan daging.
- Apabila daging dah keluarkan minyak dan airnya kering, masukkan semua sos. Kacau dan tambahkan sedikit air.
- Tambahkan lada hitam dan gaul sebati.
- Masukkan capsicum dan bawang holland. Gaul sehingga bahan tadi layu.
- Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Yuera Mansor dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Daging Black Pepper Simple
Bahan-bahan
- Bawang putih (diketuk)
- Halia (dihiris)
- Sos blackpepper
- Sos tiram
- Lada hitam kisar
- Daging
- Kicap
- Garam dan perasa
- Bawang holland
- Lada benggala
- Tepung jagung dibancuh dengan air
Cara buat daging black pepper
- Rebus daging terlebih dahulu sehingga separuh masak.
- Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia.
- Masukkan sos dan lada hitam kisar.
- Masukkan daging diikuti dengan kicap.
- Perasakan dengan garam dan perasa.
- Masukkan bawang holland dan lada benggala. Tuang tepung jagung yang sudah dibancuh.
- Kacau dan tunggu sehingga daging masak. Sedia untuk dihidang.
Sumber: Dina Amalia Nordin dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Daging Black Pepper Pekat
Bahan-bahan
- Daging
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 biji bawang holland
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Sos blackpepper
- 2 sudu lada hitam (ditumbuk)
- 1 biji capsicum hijau
- 2 biji tomato
- Lobak merah
- Daun bawang
- Garam, gula dan perasa
- Minyak masak
Cara buat daging black pepper
- Rebus daging sehingga empuk.
- Apabila air sudah kering, masukkan minyak masak dan serbuk kunyit. Kacau kemudian masukkan bawang putih, sos blackpepper dan lada hitam.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
- Masukkan lobak merah dan capsicum. Masak sehingga lembut.
- Masukkan tomato, bawang Holland dan daun bawang. Kacau dan siap.
Sumber: Salina Samad dari Masak Apa Hari Ni
Selain Daging Blackpepper, Apa Hidangan Lain Bagi Daging?
Daging Blackpepper antara sajian yang enak yang tak ditelan zaman. Ini 5 lagi hidangan daging yang boleh membuatkan para penggemar daging tidak dapat menolak.
1. Daging Mushroom
Hidangan ini menggunakan daging lembu yang dimasak dengan pelbagai jenis cendawan dan sos cendawan pekat. Ia dimasak dengan cara yang hampir sama seperti daging black pepper tetapi menggunakan cendawan butang, cendawan shiitake dan sos cendawan sebagai perasa utama.
2. Daging Butter
Masakan ini menampilkan daging lembu yang dimasak dengan mentega dan rempah ratus. Kuahnya yang creamy dan berlemak menjadikan hidangan ini sangat popular di restoran tempatan mahupun antarabangsa.
3. Daging Sweet & Sour
Hidangan yang menggabungkan rasa manis dan masam ini menggunakan daging lembu yang digoreng rangup dan disiram dengan sos yang diperbuat daripada nanas, cili dan tomato. Ia merupakan pilihan popular di restoran masakan oriental.
4. Daging Masak Halia
Masakan yang menggunakan halia sebagai perasa utama ini sangat popular kerana rasanya yang pedas dan merangsang selera. Ia dimasak dengan banyak halia segar yang dihiris halus bersama bawang dan daun bawang.
5. Daging Teriyaki
Hidangan yang berasal dari Jepun ini menggunakan sos teriyaki yang manis dan pekat sebagai perasa utama. Daging lembu dipotong nipis dan dimasak dengan sos teriyaki sehingga kuahnya melekit dan berkilat.